Jangan putus asa, selagi ada kudrat dan daya fikiran, aset yang hilang boleh diperolehi kembali, yang musnah boleh dibina semula
Situasi semasa amat runcing bagi ramai penduduk di negeri di Pantai Timur dan Utara yang mengalami kesan banjir paling dahsyat dalam hidup kebanyakan mangsa.
Dalam keadaan ini mungkin ramai yang sedih dengan keadaan yang dihadapi. Namun begitu, bagi sebahagian besar daripada mangsa, mereka masih ada daya fikiran dan kekuatan fizikal. Dua aset ini, berbeza daripada segala aset lain yang hilang, ialah yang paling berharga.
Jika fikiran buntu dan asyik fokus kepada apa yang hilang sahaja, ini bermakna kita putus harapan. Sedangkan harapanlah adalah pencetus utama yang boleh merangsang fikiran dan kekuatan fizikal untuk bangkit kembali.
Beberapa hari lepas di Kuala Lumpur pun, sepanjang hari tidak ada satu ruang di langit yang tidak dilitupi awan. Tetapi sebagai seorang yang telah agak lama juga di bumi, saya tahu matahari akan bersinar kembali.
Saya lihat ramai di media sosial yang cuba mencari kesalahan itu dan ini. Seolah-olah perancangan boleh dibuat untuk keadaan luar biasa seperti ini. Memang tidak dinafikan bahawa perancangan lebih baik dan pemuliharaan alam sekitar boleh mengurangkan sedikit kesannya.
Bagaimanapun, perlu diingat bahawa lama dulu pun banjir besar pernah berlaku, sebelum ada sebarang pembangunan. Bagaimana untuk mencari kesalahan bagi bah besar yang berlaku pada masa lepas?
Ada perkara dalam hidup yang tidak dapat dirancang dan dielakkan. Itu takdir Ilahi dan ketentuannya. Yang menentukan perwatakan atau karakter kita di mata saya ialah bukan kekayaan anda atau kejayaan anda tetapi cara anda menghadapi bencana atau perkara di luar dugaan dalam hidup anda.
Lupakan kerugian yang dialami, lihat apa yang anda ada dan mulakan dari situ. Minta bantuan dan peruntukan yang sewajarnya kerana rakyat Malaysia amat pemurah dari segi sumbangan tenaga dan juga harta-benda.
Bila matahari bersinar kembali, tiba masanya untuk membersihkan kawasan dan mula menyemai harapan dan membina semula kehidupan.
Saya pasti anda akan berjaya, tidak kiralah sama ada musibah yang anda hadapi ialah banjir atau perkara lain seperti masalah kewangan atau hutang.
Seperti kata pepatah Inggeris, "What doesn't kill you will make you stronger". Yakinlah, matahari akan bersinar kembali.
Nota: Terima kasih kepada semua wira yang telah memberikan bantuan sama ada dari segi tenaga atau pun wang ringgit. Saya kagum dengan kemurahan hati anda.
31 Disember, 2014
23 Disember, 2014
10 + 2 Pengajaran Daripada Jesse Livermore
Seorang spekulator terkenal pada awal abad ke-20 berikan pengajaran yang amat berguna kepada pedagang dan juga pelabur masa kini
Walaupun saya seorang value investor dan bukannya spekulator, saya dapati ada banyak pengajaran yang boleh ditimba dengan melihat cara pedagang saham beroperasi dan bagaimana mereka mencatatkan untung dan mengalami kerugian. Salah seorang daripadanya ialah Jesse Livermore.
Jesse Livermore ialah seorang spekulator terkenal yang telah mencatatkan keuntungan besar pada tahun 1907 dan 1929 dan kemudian kehilangan wang yang dimenanginya dan diisytiharkan muflis pada tahun 1934. Banyak yang boleh dipelajari daripada pengalaman hidupnya.
Buku bertajuk Reminiscences of a Stock Operator yang ditulis oleh wartawan Edwin Lefevre mengisahkan hidup luar biasa dan pengajaran yang ditimba oleh spekulator ini.
John Maxfield daripada Motley Fool telah menulis satu artikel menarik bertajuk Ten Lessons From a Stock Operator mengenai sepuluh pengajaran daripada buku tersebut.
Saya terjemahkan dan tambah pandangan saya, di samping menyertakan dua lagi pengajaran yang saya dapati amat penting.
1. Musuh utama pelabur ialah diri sendiri. Beliau perlu melawan naluri semula jadinya untuk berjaya.
2. Melabur dalam pasaran tanpa sebarang ilmu adalah tindakan yang kurang bijak. Pelabur sanggup menghabiskan jumlah besar di pasaran tanpa sebarang pertimbangan berbanding apabila membeli sebuah kereta berharga sederhana.
3. Tidak perlu berdagang pada setiap masa. Kadang kala duduk diam lebih baik.
4. Tiada istilah "wang mudah" di pasaran saham. (Nota: Pada pendapat saya, perkara ini benar bukan sahaja di pasaran saham, tetapi dalam pelbagai usaha niaga atau pekerjaan lain).
5. Pasaran saham tidak wujud untuk memenuhi keperluan anda. Jangan cuba bermain pasaran untuk membeli kereta atau membiayai pendidikan atau sebagainya. Ramai yang rugi kerananya.
6. Sukar untuk mengelakkan diri daripada dipengaruhi jurujual, 'pakar' atau 'guru' yang mempunyai kemahiran memujuk atau menjual yang baik.
7. Untuk mencatat untung lumayan anda perlu bersabar. Hanya selepas memahami perkara ini barulah wang besar dapat diperolehi.
8. Anda perlu sentiasa menjangkakan sesuatu yang tidak diduga. Tiada siapa yang betul pada setiap masa di pasaran saham.
9. Keupayaan bertindak pantas adalah sama penting seperti membuat keputusan yang tepat.
10. Spekulasi saham jarang membawa keuntungan. Beribu orang yang terlibat dalam spekulasi saham tetapi hanya segelintir sahaja yang untung.
Sementara itu, ada dua pengajaran tambahan yang saya perolehi daripada kisah beliau:
1. Sekiranya anda telah meraih untung besar daripada saham, keluarkan sebahagian daripadanya untuk disimpan dalam bentuk tunai atau dilaburkan dalam hartanah. Pelbagaikan aset anda agar sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga, anda tidak hilang kembali semua untung yang diraih.
2. Penggunaan margin (hutang) secara agresif boleh menjadikan anda kaya lebih cepat atau muflis lebih cepat.
Nota:
Saya telah membeli ebook Reminiscences of a Stock Operator dari Google Play pada harga RM6.48. Di Amazon, harganya lebih tinggi untuk edisi Kindle tetapi edisi tersebut dipenuhi dengan ulasan terkini. Anda juga boleh mendapat versi PDF menerusi Internet kerana kalau tak silap saya, tempoh copyright telah luput, tetapi saya tak dapat memastikan perkara ini dengan tepat.

Label:
Pelaburan Saham,
Tokoh Pelaburan
15 Disember, 2014
Anthony Robbins Syorkan 7 Langkah Untuk Capai Kebebasan Kewangan
Anthony Robbins berbicara soal kewangan dalam buku barunya Money: Master the Game. 7 Simple Steps to Financial Freedom.
Anthony Robbins, seorang penulis terkenal, pembimbing kehidupan, penceramah motivasi dan jurulatih prestasi puncak telah menerbitkan sebuah buku yang memberikan nasihat kewangan dan pelaburan asas yang ditujukan secara khusus kepada mereka yang baru mendalami ilmu kewangan.
Berasaskan maklum balas dan review yang diberikan, secara umumnya buku ini adalah bermanfaat bagi mereka yang masih baru kepada perancangan kewangan peribadi dan pelaburan.
Tiada maklumat baru yang disampaikan, cuma ilmu kewangan yang amat berguna disampaikan dalam bentuk baru demi menggalakkan pembaca mengambil tindakan memperbaiki kedudukan kewangan mereka.
Untuk buku ini, beliau telah menemuramah ramai pakar kewangan dan pelaburan termasuk Warren Buffett, Ray Dalio, John Bogle, Carl Icahn dan Steve Forbes untuk merungkai rahsia mencapai kejayaan, kekayaan dan kebebasan kewangan.
Berikut adalah ringkasan 7 langkah yang disyorkan oleh Anthony Robbins untuk mencapai kebebasan kewangan:

- Buat keputusan untuk menjadi pelabur dan bukannya pengguna. Jangan beli produk syarikat tetapi beli sahamnya.
- Jadilah seorang yang memahami selok-belok kewangan. Kuasai ilmu mengenainya.
- Tetapkan sasaran yang boleh dicapai. Sasaran terlalu besar mungkin menyebabkan seseorang langsung tidak bermula.
- Nilai semula peruntukan aset anda. Ada yang patut disimpan dalam instrumen selamat dan ada yang patut digunakan untuk mengambil risiko.
- Buat perancangan untuk menjana pendapatan sepanjang hayat. Pendapatan, bukannya aset, yang membiayai kehidupan harian anda.
- Belajar daripada pakar kewangan dan pelabur terbaik. Contohi kaedah dan kejayaan mereka.
- Ambil tindakan sekarang dan bukan hanya merancang untuk melakukannya. Kegagalan paling besar ialah kegagalan untuk bermula.
Label:
Kewangan,
Pelaburan Saham,
Tokoh Pelaburan
10 Disember, 2014
Manfaat Analisis Senario dan Margin of Safety
Sentiasa letakkan margin of safety dan membuat analisis senario dalam keputusan pembelian saham
Penurunan harga minyak sedunia telah menekankan lagi betapa pentingnya margin of safety (margin keselamatan) dan membuat analisis senario, lebih-lebih lagi jika anda melabur dalam syarikat yang harga input dan outputnya bergantung kepada harga pasaran dunia.
Mengapa perlu ada margin of safety apabila membuat pembelian? Sebab jika analisis kita tentang sesuatu syarikat atau produknya salah, kita telah membeli pada harga yang cukup rendah untuk menampung kesilapan tersebut.
Selain itu, tindakan menganalisis pelbagai senario yang mungkin berlaku juga penting apabila menilai sesebuah syarikat. Sebagai contoh, semasa harga minyak berada pada paras lebih kurang USD100, ramai yang membuat unjuran dan menetapkan target price berasaskan harga minyak yang tinggi.
Ini bermakna jika anda membeli sebuah syarikat yang terlibat dalam industri minyak dan gas (O&G) pada waktu itu, anda bukan sahaja membeli berasaskan target price yang ditetapkan mengandaikan harga minyak yang tinggi, tetapi juga membeli pada nisbah harga pendapatan (P/E) yang tinggi.
Pada masa tersebut, banyak syarikat yang ingin menceburi atau menggiatkan lagi aktiviti dalam bidang O&G yang dianggap hangat, justeru harga naik ke paras P/E yang tinggi, maksudnya pelabur meramalkan pertumbuhan untung yang cukup memuaskan bagi syarikat.
Kesannya, jika timbul senario sebaliknya, iaitu harga minyak jatuh, berlaku double whammy. Pertama ialah kejatuhan untung, dan kedua ialah tekanan terhadap harga saham kerana P/E yang tinggi, memandangkan pelabur meramalkan pertumbuhan untung, tetapi yang berlaku ialah kemerosotan untung.
Bagi syarikat yang terlibat dalam komoditi seperti syarikat perladangan dan minyak & gas, amat penting untuk membuat analisis senario tentang bagaimana harga komoditi yang berkenaan mempengaruhi syarikat. Lazimnya, pergerakan harga saham akan sedikit sebanyak mencerminkan harga komoditi tersebut.
Dalam kes Petronas, berasaskan apa yang saya baca di akhbar, pihak kepimpinan Petronas sudah pun bersedia dan tiada masalah untuk menghadapi suasana harga minyak rendah dan juga keuntungan lebih rendah, cuma para penganalisis dan pelabur sahaja mungkin tidak mendengar amaran yang telah diberikan sejak tahun lepas.
Malah salah satu sebab mengapa saya telah menjual FGV dengan sedikit kerugian beberapa bulan lepas, yang saya terangkan dalam posting bertajuk Nota Mengenai Keputusan Menjual Saham II, ialah kerana terdapat kebarangkalian tinggi bahawa suasana harga minyak sawit lebih rendah mungkin berpanjangan.
Kini sentimen telah bertukar negatif, dan kebanyakan orang telah mengandaikan senario harga rendah pula. Apabila saham jatuh ke paras P/E yang berpatutan dan semua orang semakin pesimistik, itulah masanya untuk mengintai peluang untuk membeli.
Ini kerana syarikat minyak besar akan mengurangkan capex (perbelanjaan modal) dan menutup operasi marginal yang tidak lagi menghasilkan untung, menyebabkan bekalan turun kembali. Apabila bekalan mula menyusut, barulah wujud faktor yang akan mendorong kembali kenaikan harga.
Turun naik harga komoditi adalah sebahagian daripada kitaran perniagaan biasa dan pelabur yang bijak boleh mengambil kesempatan daripadanya.

Penyelidikan Saham
28 November, 2014
Tujuh Perkara Mudah Yang TIDAK Dilakukan Oleh Ramai Pelabur
Amalkan perkara berikut untuk tingkatkan prestasi pelaburan anda
Ben Carlson, CFA, seorang pengurus dana institusi di AS, dalam blognya A Wealth of Common Sense, menerangkan bahawa ada tujuh perkara yang lazimnya tidak dilakukan pelabur, sedangkan ia boleh meningkatkan prestasi pelaburan mereka.
Anda boleh membaca artikel penuhnya bertajuk, 7 Simple Things Most Investors Don't Do. Di bawah, saya meringkaskan, menterjemahkan dan menambah kepada pandangan beliau .
Dalam kesibukan pelabur mempelajari dan menggunakan pelbagai kaedah untuk membeli atau 'bermain' saham, beliau menyenaraikan perkara berikut yang tidak dilakukan oleh pelabur, sedangkan ia penting dalam proses pelaburan.
1. Memantau pelaburan dari segi portfolio keseluruhan
Anda perlu meninjau semua aset anda secara keseluruhan termasuk tunai, hartanah, saham, unit amanah dan sebagainya dan mengkaji tahap kepelbagaian aset, pulangan keseluruhan dan jumlah tunai yang anda pegang.
2. Menentukan peruntukan aset anda
Ini bermakna menentukan peratusan pegangan tunai, saham, unit amanah, hartanah dan aset lain seperti emas berasaskan tinjauan anda tentang ekonomi dan pulangan setiap aset pada masa depan. Kajian mendapati bahawa peruntukan aset, bukan pemilihan pelaburan, yang menentukan sebahagin besar daripada pulangan.
3. Mengira pulangan pelaburan anda
Ramai yang tidak melakukannya tetapi ini penting dan patut dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun. Kebanyakan pelabur tersalah anggap atau kira, dan mengandaikan pulangan mereka lebih tinggi daripada prestasi sebenar.
4. Menetapkan tempoh masa pelaburan apabila melabur
Ini akan membantu kita membuat keputusan yang lebih rasional. Adakah anda melabur untuk jangka pendek, jangka pertengahan atau jangka panjang? Ramai pelabur melabur untuk jangka pendek tetapi tiba-tiba menjadi pelabur jangka panjang bila mereka mengalami kerugian.
5. Menambah tabungan setiap tahun
Walaupun prestasi pelaburan yang kukuh adalah penting, cara paling baik untuk menambah kekayaan ialah dengan meningkatkan tabungan anda secara beransur-ansur. Tidak perlu ada kelayakan CFA untuk menyedari perkara ini.
6. Fokus pada perkara yang boleh anda kawal
Pelabur sibuk memikirkan hala tuju pasaran dalam tempoh terdekat tetapi pergerakan pasaran mustahil diketahui dengan tepat. Fokus kepada perkara yang boleh anda tentukan dengan tahap kebarangkalian yang lebih tinggi sahaja, seperti prestasi syarikat yang dilaburkan.
7. Melengahkan kepuasan
Ini bermakna menggunakan lebih banyak daripada wang untuk melabur dan menabung pada peringkat awal, sambil mengurangkan perbelanjaan dalam barangan yang memberikan kepuasan kepada anda dengan serta-merta. Matlamatnya ialah mencapai kesenangan dan kejayaan dalam jangka panjang.
Saya cadangkan anda melayari blog, A Wealth of Common Sense. Ada kandungan untuk beginner dan untuk pelabur advanced.

Membina Aset,
Pelaburan Saham
24 November, 2014
Menetapkan Kriteria Pemilihan Saham
Menentukan saham mana yang patut diselidiki lebih lanjut
Bagi Value Investor, kelemahan pasaran saham dalam tempoh dua tiga bulan lepas mungkin telah membuka sedikit peluang untuk membeli saham yang undervalued walaupun sebahagian besar pasaran masih lagi agak mahal.
Saya menggunakan kriteria berikut untuk meninjau saham mana yang dimasukkan dalam Watchlist saya. Saham dalam Watchlist ini ialah saham yang akan diselidiki dengan lebih lanjut, termasuk membaca laporan tahunan penuh, keputusan beberapa tahun lepas, meninjau produk dan pengurusan, membaca laporan penganalisis dan sebagainya.
Berikut adalah ukuran yang saya gunakan untuk memasukkan saham dalam Watchlist. Klik untuk lihat dengan lebih jelas:
Saya gunakan laman web shareinvestor.com.my untuk rangka custom screen yang menunjukkan apa ukuran yang saya mahu sahaja untuk memudahkan saya membuat penilaian pantas sama ada saham tertentu telah memenuhi kriteria pembelian saya.
1. ROE - Pulangan atas ekuiti ialah kriteria pertama yang saya lihat. Lazimnya saya suka jika syarikat tersebut mempunyai ROE lebih 10%
2. PE Ratio - Faktor kedua ialah nisbah harga pendapatan. Lazimnya saya pilih saham dengan PE di bawah 10 dengan fundamenals lain yang kukuh. Jika PE lebih 10, saya perlu pastikan bahawa untung mempunyai potensi besar untuk meningkat bagi menjustifikasi PE yang tinggi.
3. EPS - Saya bandingkan Rolling EPS dan EPS (Pendapatan Sesaham) untuk melihat situasi untung semasa syarikat berbanding untung pada tahun sebelumnya. Faktor pertumbuhan untung adalah penting.
4. Div Yield - bukan semua syarikat yang membayar dividen. Tetapi jika syarikat tersebut membayar dividen, pulangan dividen 3% atau lebih amat memuaskan. Perlu diingat Div Yield ini dikira berasaskan harga semasa dan bukannya nilai par.
5. P/NAV - Harga berbanding nilai buku atau juga kadangkala diolah sebagai Price to Book Value, mencerminkan harga berbanding nilai aset bersih (semua asset tolak semua liabiliti) syarikat. Bagi saya P/NAV kurang daripada satu adalah bonus, tetapi tidak harus dijadikan kriteria utama.
6. Net Debt to Equity - Nisbah hutang ekuiti. Seperti yang dilihat dalam jadual di atas, saya suka syarikat yang hutangnya sangat rendah atau amat kecil, tetapi ini tidak terlalu penting bagi sesetengah pelabur lain. Cuma ini pilihan peribadi saya sahaja.
Saya akan gunakan budi bicara untuk melihat saham mana yang mana analisis lanjut boleh dilakukan untuk seterusnya dimasukkan dalam Buylist dengan matlamat membeli sahamnya pada harga yang saya anggap sesuai.
Nota:
Walaupun menetapkan kriteria umum untuk membuat penyelidikan lanjut, keputusan jual beli akhir saya amat bergantung kepada budi bicara dan 'feel' dan tidak menggunakan formula tertentu atau menunggu setup tertentu atau apa-apa pun. Setiap saham dikaji berasaskan situasi uniknya. Ini untuk saya tetapi anda patut gunakan kaedah yang sesuai dengan anda.

14 November, 2014
Antara Trailing PE, Rolling PE dan Forward PE
Mengenali dan menilai tiga jenis nisbah harga pendapatan untuk ketelitian
Kebanyakan pelabur mengenali atau pernah mendengar tentang nisbah harga pendapatan atau price earnings (PE) ratio, yang merupakan salah satu ukuran penting untuk menilai sesuatu saham.
Nisbah harga pendapatan boleh digambarkan dengan cara berikut: Pada harga saham semasa, berapa tahun anda akan pulang modal berasaskan keuntungan atau pendapatan sesaham yang dicatatkan.
Sebagai contoh, jika harga saham XYZ ialah RM3 dan pendapatan sesaham ialah 20 sen maka Nisbah PE ialah 15. (RM3.00 / RM0.20).
Berikut adalah pendapatan sesaham (EPS) XYZ bagi tahun 2013 dan 2014.
S bermaksud Suku Tahun.
S113 6 sen; S213 4 sen; S313 5 sen; S413 5 sen; EPS 2013 20 sen
S114 3 sen; S214 5 sen; S314 4 sen;
Tetapi sekarang, persoalannya ialah pendapatan sesaham mana yang patut digunakan? Adakah tahun lepas, tahun semasa atau masa depan? Jawapannya ialah anda boleh menggunakan ketiga-tiganya sekali.
Trailling PE
Trailing PE atau PE pada tahun kewangan sebelumnya mengira PE berasaskan pendapatan sesaham pada tahun kewangan yang sebelumnya. Angka ini adalah angka yang sudah diumumkan dan bukannya anggaran dan inilah PE yang anda lihat dalam platform dagangan saham atau dalam kebanyakan data dan analisis tentang saham. Trailing PE bagi XYZ ialah 15, seperti pengiraan di atas.
Rolling PE
Rolling PE atau PE bergerak ialah ialah PE bagi empat suku terakhir syarikat. Berasaskan contoh di atas, kita ambil EPS Suku Keempat 2013 dan juga tiga suku tahun bagi 2014, iaitu bersamaan 17 sen. Maka Rolling PE ialah 18.3. Menerusi kiraan ini, kita dapat lihat prestasi merosot sedikit dan PE semakin meningkat.
Forward PE
Forward PE atau PE Hadapan ialah PE yang diunjurkan bagi tahun kewangan 2014. Berasaskan contoh di atas, kita hanya mempunyai keputusan untuk tiga suku tahun pertama. Suku keempat perlu kita anggarkan berasaskan budi bicara kita sendiri. Dalam contoh di atas, andaikan kita meramalkan EPS suku keempat ialah 4 sen, maka EPS bagi seluruh tahun ialah 16 sen. Justeru, Forward PE yang kita unjurkan ialah 18.8.
Manfaat Analisis
Jika kita menggunakan Trailing PE sahaja, kita tidak mengambil kira situasi semasa syarikat. Kita mungkin menganggap sesuatu syarikat undervalued kerana PE rendah tanpa menyedari bahawa prestasi keuntungannya sedang merosot untuk tahun semasa atau tahun depan.
Kesimpulannya ialah pelaburan saham dan prestasi syarikat perniagaan bersifat dinamik dan situasi sentiasa berubah. Kita bukan sahaja perlu meninjau prestasi masa lalu, tetapi melihat data terkini untuk memastikan kita membuat keputusan jual beli yang paling tepat.
Nota:
Saya suka beli syarikat yang kukuh dengan PE rendah dan EPS yang sedang meningkat.

09 November, 2014
Analisis Saham Dengan Shareinvestor WebPro
Khidmat asas RM240 setahun cukup untuk data fundamental lengkap
Pada tahun lepas, Bursastation, penyedia perkhidmatan data saham yang saya langgan dan pernah saya ulas perkhidmatannya dalam buku dan blog saya telah menghentikan perkhidmatan Basic (asas) yang lebih murah.
Tetapi sebagai ganti, syarikat yang sama telah menyediakan perkhidmatan Shareinvestor WebPro di www.shareinvestor.com.my yang membekalkan maklumat fundamentals yang jauh lebih menyeluruh dan juga kemudahan analisis teknikal asas.
Bagi pelabur fundementals yang melabur berasaskan kekuatan perniagaan, data yang diberikan oleh Shareinvestor boleh memudahkan kerja anda. Segala analisis yang saya terangkan dalam buku Bijak Melabur tak perlu dikira sendiri. Hanya perlu fahamkan sahaja maksud data, kerana semua maklumat sudah disediakan.
Berikut adalah antara data yang dibekalkan menerusi perkhidmatan ini berasaskan contoh syarikat yang dinamakan Homeritz. Sila klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.
1. Carta sehingga lima tahun, termasuk pelbagai pilihan data teknikal.
2. Maklumat fundamentals sepintas lalu mengenai saham syarikat.
3. Sebahagian besar nisbah kewangan bukan sahaja untuk satu tahun supaya kita boleh melihat trend dan peningkatan prestasi.

4. Dividen yang telah dibayar:
5. Perbandingan sektor dan kumpulan saham.
Data yang dipaparkan di atas adalah sebahagian sahaja dan ada pelbagai lagi maklumat yang disediakan seperti pergerakan harga, penyata kewangan, keputusan suku tahunan, pulangan saham, trend hasil dan untung dan portfolio saham yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelabur.
Pendek kata dengan semua maklumat ini, anda tidak perlu menjalankan pengiraan sendiri sebaliknya hanya perlu melengkapkan analisis dengan menilai kualiti pengurusan dan syarikat secara keseluruhan, kerana maklumat dan nisbah kuantitatif semuanya sudah disediakan.
Nota:
Saya menggunakan perkhidmatan Shareinvestor WebPro dan ini merupakan ulasan produk demi manfaat pembaca dan bukannya iklan daripada pengeluar produk yang diulas. Saya mengambil pelan asas dengan data Malaysia.
Malah dengan bayaran tambahan (saya tak ambil pilihan ini) anda boleh menerima anggaran penganalisis (consensus estimates) tentang saham dan juga penapis saham (stock screener) yang boleh menyenaraikan saham yang memenuhi kriteria tertentu.
Pelabur yang menggunakan analisis teknikal lanjutan lazimnya menggunakan perkhidmatan Shareinvestor Station yang lebih mahal.
03 November, 2014
Petua Pelabur Tersohor
Panduan Pelaburan Tokoh Terkemuka Dunia Saham
Alhamdulillah. Buku fizikal ketiga saya baru sahaja diterbikan dan kini boleh didapati daripada laman web saya www.laburniaga.com.
Buku ini meninjau kaedah pelaburan 10 pelabur fundamental yang terkenal supaya pelabur dapat mempelajari teknik pelaburan mereka tanpa perlu merujuk terlalu banyak sumber.
Membaca dan mengkaji kaedah pelaburan para pelabur yang berjaya mencatatkan rekod pencapaian luar biasa dalam jangka panjang ialah cara yang amat berkesan untuk mempelajari tentang dunia saham.
Kumpulan pelabur ini telah menjana pulangan yang lumayan untuk diri sendiri dan juga pelabur yang melabur dengan mereka. Kesemua pelabur yang dipaparkan dalam buku ini merupakan pelabur berasaskan fundamentals, iaitu berasaskan kekuatan perniagaan dan bukan pedagang jangka pendek yang menggunakan analisis teknikal.
Setiap seorang daripada mereka mempunyai kaedah yang mungkin sedikit berbeza antara satu sama lain tetapi hampir kesemua mereka mencari perkara yang sama apabila membeli saham, iaitu pelaburan yang boleh dibeli pada harga yang lebih rendah daripada nilai sebenar.
Pendek kata, para pelabur tersohor ini cuba menilai sesuatu syarikat dari segenap segi, termasuk potensinya pada masa depan dan kemudian membandingkannya dengan harga saham. Jika harganya berpatutan barulah mereka beli.
Lebih penting lagi sebahagian besar pelabur ini mempunyai rekod pencapaian yang sah dan direkodkan untuk jangka masa yang agak panjang.Ini bermakna ia bukan berasaskan dakwaan dan anggaran tetapi berasaskan rekod urus niaga yang sahih, sebahagian besarnya menguruskan wang pelabur dan juga wang sendiri.
Buku ini membolehkan pelabur kecil memanfaatkan kepakaran dan kebijaksanaan Warren Buffett, Ken Fisher, Peter Lynch, Benjamin Graham, Philip Fisher, John Templeton, Jim Rogers, John Neff, Walter Schloss dan John Bogle dalam membuat penilaian dan pemilihan saham.
Bagi setiap pelabur saya menerangkan:
- Prinsip pelaburan asas mereka.
- Cara mereka menguruskan portfolio.
- Apa yang mereka anggap sebagai saham undervalued.
- Situasi apa yang mendorong mereka untuk membeli.
- Bila mereka menjual saham atau pelaburan.
- Sepuluh petua dan sepuluh mutiara kata setiap seorang pelabur.
- Pandangan mereka tentang ekonomi dan pasaran secara keseluruhannya
Label:
Tokoh Pelaburan,
Ulasan Produk
26 Oktober, 2014
Menguruskan Portfolio Saham Anda
Uruskan pelaburan anda dengan teliti dan simpan rekod dan catatan yang lengkap untuk mengira untung rugi bagi seluruh operasi saham anda, bukannya mengira secara ad hoc
Ramai pelabur saham, terutamanya pelabur baru, melabur dalam pasaran saham dengan mengira untung rugi saham individu yang dilaburkan sahaja dan tidak menjejak operasi pelaburan secara keseluruhannya.
Jika anda seorang pelabur yang serius tentang pelaburan, berikut adalah beberapa cadangan untuk menguruskan pelaburan anda sebagai satu portfolio.
1. Tentukan berapakah wang yang ingin anda laburkan. Contohnya RM50,000. Wang ini tidak patut digunakan untuk tujuan lain dan anda tidak bercadang untuk mengeluarkannya dalam tempoh terdekat.
2. Tetapkan berapakah peratus maksimum yang anda patut pegang untuk setiap saham. Contohnya jika 20%, ini bermakna anda hanya memperuntukkan maksimum RM10,000 untuk membeli satu saham dan tidak lebih daripada itu. Tujuannya ialah untuk mengelakkan pendedahan terlalu besar kepada satu saham.
3. Jika kenaikan harga berlaku dan satu saham melebihi tahap tersebut, anda boleh terus pegang sehinggalah anda membuat keputusan untuk menjualnya atau anda boleh jual sedikit sehingga ia turun kembali kepada peratus yang ditetapkan. Ini bergantung pada budi bicara anda.
4. Berasaskan keadaan pasaran saham secara keseluruhan dan juga situasi ekonomi, tentukan berapa banyak tunai dan berapa banyak saham yang hendak dipegang. Biasanya dalam pasaran di mana banyak saham adalah undervalued, tambahkan pegangan saham. Dalam keadaan pasaran amat tinggi, maka tambah pegangan tunai. Tunai tersebut adalah sebahagian daripada portfolio anda.
5. Simpan semua rekod urus niaga dan catatkan di dalam spreadsheet. Dividen yang diterima daripada saham juga patut dicatatkan. Pulangan keseluruhan bagi saham tersebut ialah untung + dividen. Berikut adalah contoh pengiraan.
6. Pada akhir setiap tahun, tentukan nilai pegangan saham anda berasaskan harga saham pada akhir tahun, kemudian campur dengan pegangan tunai. Bandingkannya dengan nilai pada tahun lepas dan anda akan memperolehi pulangan portfolio anda untuk tahun tersebut.
7. Selepas beberapa tahun, anda boleh mengira pulangan terkompaun tahunan anda (annualised return atau compounded return) untuk menilai prestasi anda berbanding FBMKLCI, FBM Emas Shariah, Dana Unit Amanah, ASB dan Tabung Haji.
Dengan cara ini, anda sentiasa mempunyai gambaran tepat tentang kedudukan portfolio anda, dan turut mengambil kira kerugian anda. Ini membuatkan anda sedar bahawa walaupun anda mencatatkan untung hebat untuk beberapa saham, tetapi anda rugi dalam saham lain menyebabkan untung portfolio anda lebih sederhana.
Dengan pengiraan yang teliti, anda boleh membuat penilaian jujur terhadap diri sendiri dan mendapatkan gambaran yang tepat tentang keupayaan anda untuk melabur.

20 Oktober, 2014
Hampir Mustahil Untuk Meramalkan Pasaran
Jika pelabur terkenal seperti Fisher, Buffett, Lynch dan Graham tidak boleh melakukannya, apa yang membuat kita yakin bahawa 'pakar ekonomi' atau 'pakar saham' lain boleh memberikan market outlook yang tepat?
Pergerakan pasaran saham hampir mustahil diramalkan dalam jangka pendek. Malah dalam jangka panjang pun sangat sukar melakukannya.
Namun disebabkan terdapat permintaan besar bagi unjuran seperti ini, ramai yang sanggup memberikan ramalan walaupun tahap ketepatannya hanya 50-50.
Saya pernah membaca dalam salah buku Ken Fisher mengenai penyelidikan yang dijalankan terhadap ramalan ''pakar'' dan "penganalisis". Akhirnya tiada seorang pun yang didapati mempunyai kemahiran meramalkan pasaran dengan tepat. Sebahagian besarnya 50-50 sahaja.
Ada segelintir pelabur pintar yang tahu pasaran overvalued atau undervalued secara umumnya, tetapi pakar sebenar ini akan mengaku bahawa mereka tidak tahu bila reversal akan berlaku, cuma mereka bersiap sedia dengan bijak untuk menghadapinya.
Tetapi ramai pedagang pasaran begitu obsesi dengan ramalan pasaran dengan harapan mendapat sedikit trading edge atau kelebihan tetapi mereka tidak sedar bahawa meramal pergerakan pasaran adalah hampir mustahil.
Sebaliknya adalah lebih baik untuk fokus pada harga dan nilai sesuatu saham. Jika anda boleh menganggarkan nilai sesuatu syarikat, dan anda tahu harganya, keputusan jual beli menjadi lebih mudah.
Untuk mengetahui nilai saham, tumpukan pada operasi syarikat tersebut. Jangan bimbang tentang kesan ekonomi terhadap pasaran saham, tetapi sebaliknya fokus kepada situasi ekonomi yang diunjurkan dalam tempoh mendatang dan kemudian fikirkan bagaimana ekonomi tersebut akan mempengaruhi syarikat.
Konsepnya amat mudah, tetapi yang susah ialah cara menilai syarikat. Kerja kali pertama mungkin memerlukan ilmu, usaha dan masa, tetapi selepas itu anda hanya perlu memantau perkembangan syarikat dari masa ke masa dan tak perlu memandang skrin saham setiap hari.
Ini bukan bermakna anda tidak harus mempunyai pandangan tentang pasaran secara keseluruhan, tetapi dari segi umum sahaja dan bukannya secara tepat.
Pandangan tentang pasaran boleh dirumuskan dengan menilai tahap harga berbanding nilai kebanyakan syarikat di pasaran. Selepas itu kita buat keputusan berapa banyak saham dan berapa banyak tunai yang harus dipegang. Ini adalah sebahagian daripada pengurusan portfolio dan akan saya bincangkan dalam posting akan datang.
Bagi saya proses pelaburan adalah simple sahaja. Fokus pada syarikat dan prestasinya dalam tempoh terdekat dan jangka panjang, selepas mengambil kira situasi ekonomi yang bakal dihadapi. Segala perkara lain, seperti kata orang putih, hanyalah noise.

shareinvestor.com.my

Ekonomi,
Pelaburan Saham,
Penyelidikan Saham
15 Oktober, 2014
Kursus Asas Saham Cigku Saham
Bagi mereka yang baru belajar atau ingin tahu cara untuk mula berdagang saham, sertai kursus jom saham anjuran Cikgu Saham, guru saham wanita terkenal Malaysia yang telah ditemu ramah di Utusan Malaysia tempoh hari.
Beliau pernah melalui dua kemelesetan dan juga masa-masa pasaran hangat, dan akan mengingatkan anda bahawa ada masa untuk melabur dan ada masa untuk duduk diam. Katanya tak perlu terburu-buru sebab 'market hari-hari ada'.
Kursus ini amat sesuai kepada zero khowledge atau yang tiada apa-apa asas pelaburan saham diBursa Malaysia.
Siapa yang layak hadir:
TOPIK:

THE NOMAD SUCASA
JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR
1 NOV 2014
9.30 am - 1.00 pm
Kursus ini amat sesuai kepada zero khowledge atau yang tiada apa-apa asas pelaburan saham diBursa Malaysia.
Siapa yang layak hadir:
- Surirumah tangga yang ingin membuat pendapatan sampingan
- Pesara
- Pelajar diinstitut pengajian tinggi
- Sesiapa sahaja yang ingin tahu apa itu saham dan bagaimana untuk membuat keuntungan dipasaran saham Bursa Malaysia
TOPIK:
- Pengenalan saham
- Pendekatan Analisa Fundamental & Teknikal didalam membuat keputusan jual dan beli saham
- Bagaimana memohon saham IPO dan IPO MITI
- Perkara-perkara yang perlu diambil tahu oleh pelabur/trader didalam pelaburan saham Bursa Malaysia.
Yuran penyertaan: RM280 seorang
Sarapan pagi, minum pagi dan makan tgh secara buffet disediakan.
Sila layari cikgu saham.blogspot.com untuk melihat akitiviti2 yang diadakan dan hubungi azue88@gmail.com atau di talian 012-9150010 untuk tempahan dan keterangan lanjut.
Event ini dibawa khas oleh jomsaham.com, Triple Success Trading dan disokong oleh PM Securities Sdn Bhd.

Bengkel Saham
13 Oktober, 2014
Bengkel Saham 101 Tuan Zayed Zulkifli
Jika anda tidak tahu apa yang anda patut buat dengan saham anda yang dibeli pada harga tinggi tetapi jatuh merudum baru-baru ini, atau anda ada duit dan sedang menunggu masa paling sesuai untuk melabur, datanglah ke Bengkel Saham 101 Tuan Zayed Zulkifli. Beliau akan memberikan pencerahan tentang nilai sesuatu saham dan membantu anda membuat keputusan lebih bijak.
Bengkel Saham 101
- Mengenali ciri saham yang berkualiti
- Cara membaca laporan kewangan
- Kenali formula penilaian saham (intrinsic value)
- Tips elak melabur di kaunter yang menyebabkan kerugian
- Menjana pulangan pelaburan dengan cara selamat
- Pendapatan dividen secara berkala
Sila bawa laptop/notebook yang ada microsoft excel.
Tempat: PKNS Biz Point Seksyen 7, Shah Alam (Belakang Jakel, Berhampiran UiTM)
Masa: 8.00am - 1.00pm.
Tarikh: 18/10/2014
Yuran: RM180
Pembayaran boleh dibuat:
CIMB - 8600718064 (Zayed bin Zulkifli)
Maybank - 158248021000 (Zayed bin Zulkifli)
Sila emailkan bukti pembayaran: zayed.zulkifli@gmail.com
Untuk keterangan lanjut: 013-3873-225 (Zayed) zayed.zulkifli@gmail.com

12 Oktober, 2014
Bajet 2015 - Insentif dan Kesan Bagi Individu
Insentif dan kesan belanjawan terhadap individu dan keluarga sepintas lalu
Bajet 2015 meneruskan lagi usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi dan bertukar kepada pemberian bantuan langsung. Ini adalah sebahagian daripada proses untuk mengurangkan defisit yang telah bermula sejak beberapa tahun lepas.
Seperti tahun-tahun lepas, saya akan menyenaraikan langkah untuk menambah hasil Kerajaan yang akan meningkatkan kos kepada pengguna dan juga insentif yang diberikan kepada individu yang diumumkan dalam Bajet 2015.
Langkah Meningkatkan Hasil Kerajaan
Ramai yang beranggapan bahawa GST akan menambah kos secara menyeluruh, tetapi perlu diingat bahawa sebelum ini pun ada cukai jualan dan perkhidmatan, yang kini digantikan dengan GST.
Cuma GST dikenakan di pelbagai peringkat dan memang akan menaikkan sedikit kos kebanyakan barangan tetapi ada sesetengah barang yang mana harga tidak naik atau mungkin turun disebabkan dikecualikan daripada GST. Senarai tersebut boleh didapati di akhbar tempatan.
Sementara itu, beberapa insentif diberikan bagi menggalakkan pemiilkan rumah pertama.
Insentif Untuk Golongan Berpendapatan Rendah
Insentif Untuk Pelajar
Insentif yang disediakan pada tahun lepas telah dikekalkan, manakala pembayar pinjaman PTPTN diberi insentif.
Insentif Cukai
Insentif Penjawat Awam
Sejajar dengan usaha mengurangkan defisit, bajet kali ini menyaksikan defisit dijangka dikurangkan daripada 3.5% kepada 3.0% pada 2015, dengan matlamat mencapai belanjawan seimbang menjelang 2020.
Di samping itu, nisbah hutang kepada KDNK Kerajaan telah menyusut ke paras di bawah 53% pada Jun tahun ini berbanding 54.8% pada tahun lepas. Ini satu perkembangan yang baik. Walaupun nilai hutang meningkat sedikit, nisbahnya turun kerana peningkatan kukuh KDNK.
Diharapkan GST yang bakal dilaksanakan pada 2015 boleh meningkatkan lagi hasil dan terus mengurangkan kadar hutang. Saya tekankan sekali lagi bahawa pelaksanaan GST dan pengurangan subsidi adalah sesuatu yang perlu atas pelbagai sebab yang pernah saya jelaskan dalam beberapa posting lama saya.
Sememangnya pengurangan subsidi dan pengenaan GST adalah sesuatu yang perit terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah tetapi perlu dilakukan demi kelestarian jangka panjang kewangan negara. Jika tidak dilaksanakan sekarang, masalah besar akan timbul pada masa hadapan, yang mana proses ini terpaksa dihadapi juga, tetapi dalam keadaan yang jauh lebih membebankan.
Tetapi kerajaan mesti mengurangkan pembaziran dan ketirisan perbelanjaan supaya rakyat boleh menerima pelaksanaan GST dan pengurangan subsidi dengan hati lebih terbuka. Diharapkan insentif yang diberikan untuk golongan berpendapatan rendah dapat mengurangkan kesan proses rasionalisasi ini.
Nota: Jika ada insentif atau item relevan yang tertinggal atau ada sebarang kesilapan, sila maklumkan saya.

- Cukai Barangan dan Perkhidmatan 6% (GST) dilaksanakan mulai April 2015.
- Program subsidi akan terus disusun semula.
Hartanah
Saya tidak nampak sebarang perubahan dari segi cukai keuntungan harta tanah (RPGT) pada tahun ini. Kalau begitu, RPGT adalah seperti tahun lepas.
- Bagi hartanah yang dijual dalam tempoh tiga tahun, RPGT ialah 30%.
- Bagi hartanah yang dijual pada tahun ke-4 dan ke-5, RPGT ialah 20% dan 15% masing-masing.
- Selepas tahun ke-6, tiada RPGT dikenakan bagi individu; 5% bagi syarikat.
Sementara itu, beberapa insentif diberikan bagi menggalakkan pemiilkan rumah pertama.
- Had kelayakan pendapatan isi rumah bagi rumah PR1MA ditambah daripada RM8,000 kepada RM10,000.
- Skim pembiayaan sewa beli diperkenalkan untuk mereka yang tidak dapat pinjaman bank.
- Pengecualian 50% duti setem sehingga 31 Disember 2016.
- Had pinjaman skim rumah pertama ditambah daripada RM400,000 kepada RM500,000.
- Had umur peminjam dinaikkan kepada 40 tahun.
Insentif Untuk Golongan Berpendapatan Rendah
- BR1M kepada isi rumah dengan pendapatan di bawah RM3,000 akan ditambah daripada RM650 kepada RM950.
- BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 ditambah daripada RM450 kepada RM750.
- Bagi individu bujang berusia 21 dan ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000, BR1M akan ditambah daripada RM300 kepada RM350.
- Skim Khairat Kematian RM1,000 berkuat kuasa selama setahun.
Insentif Untuk Pelajar
Insentif yang disediakan pada tahun lepas telah dikekalkan, manakala pembayar pinjaman PTPTN diberi insentif.
- Baucar buku 1Malaysia bernilai RM250 setiap seorang untuk pelajar pengajian tinggi.
- Bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
- Rebat 10% bagi peminjam PTPTN yang membayar secara konsisten selama 12 bulan berturut-turut pada 2015.
- Diskaun 20% bagi mereka yang membayar sepenuhnya menjelang 31 Mac 2015.
Insentif Cukai
- Kadar cukai pendapatan akan dikurangkan 1 hingga 3 peratus untuk semua kategori pembayar cukai. Perlu diingat tahun lepas juga cukai dikurangkan antara 1 hingga 3 peratus.
- Kesannya ialah individu berkeluarga dengan pendapatan hingga RM4,000 sebulan tidak dikenakan cukai.
Insentif Penjawat Awam
- Pesara akan menerima bantuan kewangan khas RM250.
- Penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan dengan bayaran minimum RM500.
Sejajar dengan usaha mengurangkan defisit, bajet kali ini menyaksikan defisit dijangka dikurangkan daripada 3.5% kepada 3.0% pada 2015, dengan matlamat mencapai belanjawan seimbang menjelang 2020.
Di samping itu, nisbah hutang kepada KDNK Kerajaan telah menyusut ke paras di bawah 53% pada Jun tahun ini berbanding 54.8% pada tahun lepas. Ini satu perkembangan yang baik. Walaupun nilai hutang meningkat sedikit, nisbahnya turun kerana peningkatan kukuh KDNK.
Diharapkan GST yang bakal dilaksanakan pada 2015 boleh meningkatkan lagi hasil dan terus mengurangkan kadar hutang. Saya tekankan sekali lagi bahawa pelaksanaan GST dan pengurangan subsidi adalah sesuatu yang perlu atas pelbagai sebab yang pernah saya jelaskan dalam beberapa posting lama saya.
Sememangnya pengurangan subsidi dan pengenaan GST adalah sesuatu yang perit terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah tetapi perlu dilakukan demi kelestarian jangka panjang kewangan negara. Jika tidak dilaksanakan sekarang, masalah besar akan timbul pada masa hadapan, yang mana proses ini terpaksa dihadapi juga, tetapi dalam keadaan yang jauh lebih membebankan.
Tetapi kerajaan mesti mengurangkan pembaziran dan ketirisan perbelanjaan supaya rakyat boleh menerima pelaksanaan GST dan pengurangan subsidi dengan hati lebih terbuka. Diharapkan insentif yang diberikan untuk golongan berpendapatan rendah dapat mengurangkan kesan proses rasionalisasi ini.
Nota: Jika ada insentif atau item relevan yang tertinggal atau ada sebarang kesilapan, sila maklumkan saya.
07 Oktober, 2014
Perancangan Untuk Menunaikan Haji
Walaupun bagi kebanyakan orang muda, perancangan kewangan mereka mengutamakan simpanan wang untuk berkahwin, membina rumah tangga dan membeli rumah, sedikit pertimbangan patut diberikan kepada rancangan untuk menunaikan Haji, iaitu rukun Islam kelima.
Sempena Hari Raya Haji kali ini, mungkin sudah tiba masanya untuk membuat perancangan menunaikan ibadah Haji. Anda memerlukan sekurang-kurangnya RM10,000 untuk menunaikan Haji menerusi pakej muasasah Tabung Haji, dan sekurang-kurangnya RM18,000 jika menggunakan pakej swasta.
Lebih tinggi yang dibayar, lebih selesa pakej yang disediakan dari segi bilangan orang yang berkongsi bilik dan taraf bilik dan kemudahan yang disediakan.
Masalah dengan cara pertama ialah anda perlu menunggu giliran anda, dan jika anda baru sahaja mendaftar untuk nombor giliran baru-baru ini atau belum mendaftar, anda mungkin mendapati giliran anda berpuluh tahun lagi.
Pada pendapat saya, perjalanan menunaikan Haji ialah satu perjalanan paling penting dalam hidup yang memberikan pelbagai pengajaran. Justeru, jauh lebih banyak manfaat jika kita dapat menunaikan Haji pada usia yang muda, supaya pengajaran tersebut dapat diaplikasikan sepanjang hayat.
Untuk tujuan Haji, saya syorkan agar anda menabung dalam Tabung Haji sahaja, tak perlulah simpan dalam ASB dan sebagainya. Jika duit tersebut akan digunakan untuk menunaikan Haji, saya berpendapat kita perlu memastikan simpanan tersebut patuh syariah sepenuhnya.
Tidak perlu mengambil risiko untuk mendapatkan pulangan lebih tinggi dengan instrumen lain. Tabung secara beransur-ansur hingga sasaran anda dicapai.
Satu lagi cabaran selain daripada kewangan ialah faktor masa dan keluarga. Mungkin lebih senang apabila menunaikan Haji selepas bersara kerana kebanyakan tanggungjawab kita sudah selesai.
Tetapi kedua-dua cabaran ini boleh diselesaikan. Cuti boleh diambil dan kita boleh mencari penjaga sementara untuk anak-anak kita. Percayalah, anda akan kembali sebagai insan yang lebih baik selepas menghadapi segala kesukaran untuk merancang perjalanan anda.
Sesungguhnya Haji itu adalah kesusahan. Tetapi jika kesusahan itu diatasi supaya kita lebih dekat kepada Allah, maka kita akan menjadi lebih sabar, cekal, tabah dan berpandangan lebih luas.
Selain itu, kita akan melihat umat Islam dari seluruh pelusuk dunia dan membuka mata kita bahawa cara kita bukan satu-satunya cara. Kita akan menghargai kepelbagaian bangsa dan manusia yang ada.
Sebagai seorang yang telah ke sana beberapa tahun lepas untuk menunaikan ibadah ini walaupun pada mulanya tidak merancang untuk melakukannya sehingga lewat usia, memang saya amat bersyukur kerana terpanggil ke sana pada umur lebih muda.
Ternyata bukan sahaja pengalaman tersebut membuka mata saya, tetapi mengubah pandangan dan matlamat hidup saya sama sekali.
Kesimpulannya ialah kalau boleh pergilah menunaikan Haji seberapa cepat yang mungkin, kerana manfaatnya bukan sahaja untuk akhirat, tetapi juga di dunia.
Peringatan: Jika mengumpul duit ke sana, gunakanlah wang dari sumber pendapatan yang halal. Malah lebih baik jika selepas memasang niat dan memulakan tabungan, anda cuba ketepikan sejauh mana yang mungkin sumber pendapatan yang tidak patuh syariah.
Menuju ke Masjidil Haram
Sempena Hari Raya Haji kali ini, mungkin sudah tiba masanya untuk membuat perancangan menunaikan ibadah Haji. Anda memerlukan sekurang-kurangnya RM10,000 untuk menunaikan Haji menerusi pakej muasasah Tabung Haji, dan sekurang-kurangnya RM18,000 jika menggunakan pakej swasta.
Lebih tinggi yang dibayar, lebih selesa pakej yang disediakan dari segi bilangan orang yang berkongsi bilik dan taraf bilik dan kemudahan yang disediakan.
Bermalam di Muzdalifah
Wukuf di Arafah
Pada pendapat saya, perjalanan menunaikan Haji ialah satu perjalanan paling penting dalam hidup yang memberikan pelbagai pengajaran. Justeru, jauh lebih banyak manfaat jika kita dapat menunaikan Haji pada usia yang muda, supaya pengajaran tersebut dapat diaplikasikan sepanjang hayat.
Terowong menuju ke Jamrah
Untuk tujuan Haji, saya syorkan agar anda menabung dalam Tabung Haji sahaja, tak perlulah simpan dalam ASB dan sebagainya. Jika duit tersebut akan digunakan untuk menunaikan Haji, saya berpendapat kita perlu memastikan simpanan tersebut patuh syariah sepenuhnya.
Melontar Jamrah
Tidak perlu mengambil risiko untuk mendapatkan pulangan lebih tinggi dengan instrumen lain. Tabung secara beransur-ansur hingga sasaran anda dicapai.
Satu lagi cabaran selain daripada kewangan ialah faktor masa dan keluarga. Mungkin lebih senang apabila menunaikan Haji selepas bersara kerana kebanyakan tanggungjawab kita sudah selesai.
Tetapi kedua-dua cabaran ini boleh diselesaikan. Cuti boleh diambil dan kita boleh mencari penjaga sementara untuk anak-anak kita. Percayalah, anda akan kembali sebagai insan yang lebih baik selepas menghadapi segala kesukaran untuk merancang perjalanan anda.
Tawaf
Sesungguhnya Haji itu adalah kesusahan. Tetapi jika kesusahan itu diatasi supaya kita lebih dekat kepada Allah, maka kita akan menjadi lebih sabar, cekal, tabah dan berpandangan lebih luas.
Selain itu, kita akan melihat umat Islam dari seluruh pelusuk dunia dan membuka mata kita bahawa cara kita bukan satu-satunya cara. Kita akan menghargai kepelbagaian bangsa dan manusia yang ada.
Saie
Sebagai seorang yang telah ke sana beberapa tahun lepas untuk menunaikan ibadah ini walaupun pada mulanya tidak merancang untuk melakukannya sehingga lewat usia, memang saya amat bersyukur kerana terpanggil ke sana pada umur lebih muda.
Ternyata bukan sahaja pengalaman tersebut membuka mata saya, tetapi mengubah pandangan dan matlamat hidup saya sama sekali.
Masjid Nabawi
Kesimpulannya ialah kalau boleh pergilah menunaikan Haji seberapa cepat yang mungkin, kerana manfaatnya bukan sahaja untuk akhirat, tetapi juga di dunia.
Peringatan: Jika mengumpul duit ke sana, gunakanlah wang dari sumber pendapatan yang halal. Malah lebih baik jika selepas memasang niat dan memulakan tabungan, anda cuba ketepikan sejauh mana yang mungkin sumber pendapatan yang tidak patuh syariah.
30 September, 2014
Guna Stop Loss Atau Tidak?
Saya menerima soalan berikut daripada pembaca. Bagaimana untuk menentukan stop loss? Jawapannya ialah terpulang kepada anda untuk menentukan tahap stop loss. Tetapi sambil kita membincangkan subjek ini, satu lagi soalan yang lebih menarik ialah patutkah anda gunakan stop loss?
Kembali kepada soalan pertama, stop loss ialah paras di bawah harga belian asal di mana anda membuat keputusan untuk menjual demi mengelakkan kerugian yang lebih besar. Paras ini anda tentukan sendiri. Ada trader letakkan paras 5% di bawah harga belian, ada yang tetapkan 7% dan pula pula yang letakkan 10%. Terpulang kepada strategi dagangan anda.
Ini bermakna jika harga saham jatuh ke paras tersebut, anda jual saham itu tanpa menggunakan budi bicara, tanpa berfikir panjang dan tanpa sebarang analisis lanjut. Tujuannya ialah untuk mengelakkan kerugian besar sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dengan saham tersebut.
Satu lagi kaedah mirip 'stop loss' dinamakan trailing stop, di mana apabila saham telah naik melebihi harga belian dan sedang terus naik, kita tetapkan satu paras di bawah harga puncak untuk 'lock in' atau merealisasikan keuntungan.
Persoalan yang lebih penting ialah patutkah anda menggunakan stop loss? Pada pendapat saya:
Seorang fundamental investor perlu membuat keputusan berasaskan nilai dan harga saham. Ada kalanya saham jatuh buat sementara waktu tetapi fundamentals syarikat kukuh dan terdapat kemungkinan besar saham naik. Kita tak boleh jual semata-mata kerana harga jatuh.
Sebaliknya jika saham jatuh dan fundamentals syarikat mula lemah maka barulah pelabur patut mempertimbangkan untuk menjual pada harga yang terbaik yang boleh diperolehinya
Ken Fisher, salah seorang pengurus dana terkemuka dan penulis buku terkenal yang mempunyai ruangan di majalah Forbes, berkata berasaskan kajian yang dibuat, apabila harga saham mencapai paras stop loss, ia mempunyai kebarangkalian 50% untuk naik dan 50% untuk turun.
Jadi jika anda gunakan stop loss, anda mungkin rugi kerana tidak dapat memanfaatkan rebound yang berlaku. Kedua paras apa yang patut digunakan? Adakah 3%, 5%, 7% atau 10%? Penentuannya bersifat budi bicara (arbitrary) dan tidak ada paras tertentu yang terbukti lebih berkesan.
Peter Lynch, pengurus dana tersohor pada tahun 90an juga berkata stop loss tidak berkesan. Jual hanya jika ada masalah dengan syarikat atau jika kadar pertumbuhan atau prospeknya tidak seperti yang diunjurkan
Warren Buffet pula sudah tentu langsung tidak menggunakan kaedah ini. Stop loss ialah bagi mereka yang tidak sanggup membuat penilaian sewajarnya terhadap sesuatu syarikat.
Kesimpulannya, jika anda seorang trader, stop loss ialah alat berguna bagi anda dan perlu digunakan. Lebih spekulatif saham tersebut, lebih penting stop loss ditetapkan. Bagaimanapun sekiranya anda seorang pelabur berasaskan fundamentals, gunakan budi bicara sendiri dan analisis untuk mengkaji kesan kejatuhan harga dan sebabnya sebelum membuat sebarang keputusan.

- Ya jika anda seorang trader dan
- Tidak jika anda seorang fundamental investor

Soalan Lazim
23 September, 2014
Bengkel Saham 101 Tuan Zayed Zulkifli
Bengkel Saham 101
- Mengenali ciri saham yang berkualiti
- Cara membaca laporan kewangan
- Kenali formula penilaian saham (intrinsic value)
- Tips elak melabur di kaunter yang menyebabkan kerugian
- Menjana pulangan pelaburan dengan cara selamat
- Pendapatan dividen secara berkala
Sila bawa laptop/notebook yang ada Microsoft Excel.
Tempat: PKNS Biz Point Seksyen 7, Shah Alam
(Belakang Jakel, Berhampiran UiTM)
(Belakang Jakel, Berhampiran UiTM)
Masa: 8.30am - 1.00pm
Tarikh: 27/09/2014
Yuran: RM180
Pembayaran boleh dibuat seperti berikut:
CIMB - 8600718064 (Zayed bin Zulkifli)
Maybank - 158248021000 (Zayed bin Zulkifli)
Sila emailkan bukti pembayaran: zayed.zulkifli@gmail.com
Label:
Bengkel Saham
22 September, 2014
Nota Mengenai Keputusan Menjual Saham II
Kadangkala kita perlu mengakui kesilapan dan menerima kerugian
Jika minggu lepas saya menulis tentang dua saham, iaitu Ajiya dan YOCB, di mana keuntungan besar dicatatkan, kali ini saya menerangkan pula tentang keputusan untuk menjual saham dan menerima kerugian.
Walaupun anda pelabur paling hebat sekalipun, pasti ada masanya anda mengalami kerugian, dan keputusan untuk mengakui kesilapan dan menerima kerugian adalah sesuatu yang perlu kita lakukan kerana dalam keadaan tertentu, ia boleh mengelakkan kerugian lebih besar.
Satu saham yang saya jual dan menerima kerugian ialah Felda Global Ventures yang dijual beli tahun lepas. Berikut adalah maklumat mengenai urus niaga saham tersebut:

- FGV; Beli RM4.59 Jual RM4.16 Rugi 9.4%; Tempoh Pegangan 9 bulan.
Bursa Malaysia
Perkara yang perlu diberi perhatian ialah saya membeli saham ini kerana berpendapat ia syarikat yang agak mantap, tetapi menjualnya kembali kerana mendapati trend minyak sawit mentah (CPO) yang nampak seperti sudah mengakhiri up-cycle selelas kenaikan harga selama beberapa tahun.
Memandangkan industri ini bersifat cyclical atau kitaran, syarikat tidak boleh lari daripada penurunan harga komoditi yang mereka hasilkan, dan prestasinya amat bergantung kepada harga CPO.
Justeru dengan berat hati saya telah menerima kerugian, dan setakat ini nampak keputusan tersebut dapat mengelakkan kerugian yang lebih besar dengan kejatuhan selanjutnya harga saham.
Bagaimanapun, saya sentiasa memantau FGV dan akan membeli semula apabila berpendapat harganya cukup rendah untuk membolehkan keuntungan diraih kerana saya rasa syarikat ini mempunyai potensi pertumbuhan dalam jangka panjang.
Lebih cepat kita mengakui kesilapan, lebih baik supaya boleh menggunakan wang untuk memanfaatkan peluang pelaburan lain.
Nota: Terdapat dua pandangan tentang cara menangani penurunan harga saham syarikat yang kukuh. Ada pendapat yang kata terus pegang kerana kita mungkin sukar meramalkan bila untuk membeli kembali. Ada pendapat lain pula yang kata jual dulu dan kemudian dapatkan kembali pada harga yang lebih murah. Saya menggunakan kaedah yang sesuai dengan personaliti saya. Terpulang kepada anda untuk menggunakan kaedah yang sesuai dengan personaliti dan toleransi risiko anda.

16 September, 2014
Nota Mengenai Keputusan Menjual Saham
Bila anda menjual saham bergantung kepada gaya pelaburan anda
Baru-baru ini saya menjual dua saham, iaitu Ajiya dan YOCB. Kedua-duanya dijual bukan kerana syarikat tersebut mencatat kerugian atau timbul sebarang masalah, tetapi kerana saya rasa harganya mungkin telah menepati sasaran, sedangkan untung tahun semasa mungkin berkurangan.
Berikut adalah maklumat mengenai urus niaga Ajiya dan YOCB:
Carta Ajiya dan YOCB untuk tempoh dua tahun:
Sebab saya menjual:
Perhatian bahawa umumnya terdapat dua pandangan mengenai penjualan saham dalam kaedah fundamental.
Pertama ialah jika syarikat itu kukuh dan harga telah naik melebihi nilai atau untung merosot sikit, terus pegang kerana syarikat tersebut akan kembali meningkatkan untung pada masa depan. Inilah kaedah yang digunakan oleh Buffett dan Philip Fisher.
Tetapi ada beberapa pelabur fundamental lain seperti Peter Lynch, Benjamin Graham dan John Neff umpamanya, yang akan jual dan menunggu untuk beli balik pada harga yang rendah. Secara peribadi saya lebih cenderung kepada kaedah kedua.
Anda patut menentukan sendiri kaedah pelaburan yang sesuai dengan sifat peribadi dan kesanggupan anda menanggung risiko.

- Ajiya; Beli RM1.73 Jual RM2.74 Profit 57.6% Dividen 2.9% ROI 60.5%; Tempoh Pegangan 1 tahun 6 bulan; Annualised 37.1%.
- YOCB; Beli RM0.68 Jual RM1.13 Profit 65.4% Dividen 5.8% ROI 71.2%; Tempoh Pegangan 11 bulan.
Carta Ajiya dan YOCB untuk tempoh dua tahun:
Dipetik daripada Bursa Malaysia
- Harga telah naik tetapi keuntungan semasa turun.
- Saya ramalkan sukar bagi syarikat meningkatkan untung dalam tempoh satu dua tahun akan datang beraskan keadaan perniagaan semasa.
- Saya nak tambah pegangan tunai.
Perhatian bahawa umumnya terdapat dua pandangan mengenai penjualan saham dalam kaedah fundamental.
Pertama ialah jika syarikat itu kukuh dan harga telah naik melebihi nilai atau untung merosot sikit, terus pegang kerana syarikat tersebut akan kembali meningkatkan untung pada masa depan. Inilah kaedah yang digunakan oleh Buffett dan Philip Fisher.
Tetapi ada beberapa pelabur fundamental lain seperti Peter Lynch, Benjamin Graham dan John Neff umpamanya, yang akan jual dan menunggu untuk beli balik pada harga yang rendah. Secara peribadi saya lebih cenderung kepada kaedah kedua.
Anda patut menentukan sendiri kaedah pelaburan yang sesuai dengan sifat peribadi dan kesanggupan anda menanggung risiko.
Nota:
- Jangan ingat inilah pulangan yang wajar bagi portfolio saham, kerana dalam portfolio ada saham yang turun, ada yang mendatar dan ada yang naik sikit. Ada tahun tertentu pula seluruh pasaran saham akan jatuh. Sasaran saya ialah pulangan 15% terkompaun tahunan untuk jangka panjang.
- Saya pernah menulis tentang Ajiya dan YOCB. Boleh klik untuk baca mengapa ia sesuai dibeli pada waktu itu.
Label:
Pelaburan Saham,
Penyelidikan Saham
07 September, 2014
8 Petua Pelaburan Charlie Munger, Orang Kanan Warren Buffett
Pelabur tersohor yang mempunyai rekod pencapaian cemerlang sebagai pelabur dan mainkan peranan penting sebagai No.2 di Berkshire Hathaway
Charlie Munger ialah Naib Pengerusi Berkshire Hathaway, syarikat pegangan yang diterajui oleh Warren Buffett. Beliau yang pada mulanya merupakan seorang peguam telah menjadi rakan kongsi firma pelaburan sendiri dan selepas itu menyertai Buffett di Berkshire Hathaway.
Walaupun kurang terkenal berbanding Buffett, Munger juga seorang pelabur yang handal. Berikut adalah rekod prestasi Charlie Munger sebelum beliau berganding bahu dengan Buffett.
Saya telah mengumpulkan 8 petua pelaburan Charlie Munger di bawah daripada pelbagai sumber:
Sebagai penutup, saksikan video sebahagian daripada temu ramah dengan Munger di saluran BBC. Nasihat mengenai pelaburan bermula pada minit ke-6:
Nota: Sebahagian daripada maklumat yang terkandung dalam artikel, termasuk jadual prestasi Charlie Munger, dipetik daripada blog bertajuk A Wealth of Common Sense oleh Ben Carlson.
Charlie Munger ialah Naib Pengerusi Berkshire Hathaway, syarikat pegangan yang diterajui oleh Warren Buffett. Beliau yang pada mulanya merupakan seorang peguam telah menjadi rakan kongsi firma pelaburan sendiri dan selepas itu menyertai Buffett di Berkshire Hathaway.
Walaupun kurang terkenal berbanding Buffett, Munger juga seorang pelabur yang handal. Berikut adalah rekod prestasi Charlie Munger sebelum beliau berganding bahu dengan Buffett.
- Labur dalam syarikat yang mana operasinya boleh kita fahami, dengan ciri tertentu yang memberikannya kelebihan daya saing yang mampu dikekalkan.
- Pihak pengurusan syarikat hendaklah mempunyai bakat dan integriti yang tinggi.
- Pastikan bahawa harga saham adalah munasabah dan memberikan sedikit margin of safety.
- Setiap pelabur perlu melabur mengikut keperluan dan ciri psikologinya sendiri. Jika kerugian membuatkan anda rasa resah, lebih baik melabur secara konservatif atau hanya menabung sepanjang hayat.
- Adalah mustahil untuk menjadi pelabur yang bijak tanpa membaca secara meluas dalam pelbagai topik.
- Jika anda melabur dalam jangka masa yang panjang, pasti ada masa di mana anda akan mengalami kerugian dan kaedah pelaburan anda dipersoalkan. Anda perlu menerima hakikat ini.
- Volatility atau turun naik sesuatu saham mencipta peluang untuk pelabur yang sanggup bersabar.
- Kadangkala kita perlu melabur dan mengambil pendekatan yang berbeza daripada sebahagian besar daripada pelabur lain.
Sebagai penutup, saksikan video sebahagian daripada temu ramah dengan Munger di saluran BBC. Nasihat mengenai pelaburan bermula pada minit ke-6:
Nota: Sebahagian daripada maklumat yang terkandung dalam artikel, termasuk jadual prestasi Charlie Munger, dipetik daripada blog bertajuk A Wealth of Common Sense oleh Ben Carlson.
Label:
Pelaburan Saham,
Tokoh Pelaburan
02 September, 2014
Mengejar Istana di Awangan: 10 Pemerhatian dan Cadangan Mengenai Saham Spekulatif
Kenaikan dan penurunan beberapa saham spekulasi boleh jerat pelabur yang begitu teruja mengejar kehangatan
Baru-baru ini kita mendengar tentang kenaikan dan penurunan beberapa saham 'mainan', yang menjerat sesetengah pelabur kerana mereka tidak begitu maklum dan baru mencuba 'permainan ini'. Tak perlu saya sebut saham yang mana.
Malah sejak setahun dua ini, pelabur kecil dilihat telah kembali ke pasaran. Malangnya saham yang dikejar ialah saham yang sepatutnya dijauhi oleh amatur. Tinggalkan saham seperti ini kepada spekulator full time dan mereka yang ada maklumat dalam.
Saya berikan sedikit ulasan dan cadangan bagi mereka yang terlibat dalam saham spekulatif:
Nota: Carta diambil daripada laman web Bursa Malaysia

- Ramai orang dah lupa atau langsung tak tahu bahawa tujuan asal melabur saham ialah melabur dalam syarikat supaya kita memanfaatkan keuntungan yang diraih.
- Nilai sesuatu syarikat amat bergantung kepada untungnya. Walaupun harga dalam jangka pendek boleh lari jauh daripada tahap untung, dalam jangka panjang ia akan kembali kepada nilai berasaskan untung (dan juga aset).
- Kalau saham naik melonjak dan syarikat tiada untung, itu bermakna kita mengejar istana di awangan, atau orang putih kata castles in the air.
- Melainkan untung meningkat untuk menyokong harga yang tinggi tersebut, harga akan jatuh kembali tanah, setimpal dengan kedudukan kewangannya yang berada 'di bawah tanah'.
- Sesetangah orang langsung tak tahu apakah bisnes yang diceburi oleh syarikat yang dilaburkan.
- Walaupun anda seorang trader atau spekulator, sekurang-kurangnya dapatkanlah sedikit maklumat tentang perniagaan dan paras untung syarikat. Masa sepuluh minit pun dah cukup.
- Walaupun anda bijak berdagang dan exit pada masa yang tepat, untung yang anda raih bukan berasaskan penciptaan nilai tetapi diraih daripada tangan orang lain.
- Bagi saham tertentu, anda bermain dengan pro atau sindiket. Berwaspada!
- Saham yang dah jatuh boleh hidup kembali dan naik lebih tinggi, tetapi jangan sampai kena gigit dua kali.
- Trader yang lebih bijak akan menggunakan stop-loss atau trailing stop untuk jual jika berlaku kejatuhan, tetapi dari segi praktikal sukar untuk laksanakan apabila berlaku penurunan mendadak.
Nota: Carta diambil daripada laman web Bursa Malaysia
Label:
Pelaburan Saham,
Penyelidikan Saham
26 Ogos, 2014
11 Petua Tom Peters Untuk Hadapi Kesukaran Perniagaan atau Kerjaya
Langit tidak sentiasa cerah dan penulis dan perunding terkenal ini berikan beberapa petua berguna untuk menghadapi masa-masa sukar
Walaupun BNM mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang pada kadar lebih 6% suku tahun lepas, saya dapati perkembangan ekonomi ini tidak begitu seimbang kerana situasi perniagaan 'on the ground' nampak sukar bagi beberapa sektor termasuk komoditi, hartanah dan penerbangan.
Tidak dinafikan indeks hartanah dan saham berada hampir di paras tertinggi, tetapi sesetengah rakyat biasa yang tidak banyak memiliki aset terhimpit dengan kenaikan harga. Sesetengah peniaga kecil pun mungkin menghadapi sedikit kesukaran.
Maklumat di atas bukanlah berasaskan kajian terperinci tetapi berlandaskan pemerhatian dan pengalaman yang dihadapi oleh kenalan.
Jika anda termasuk dalam golongan ini, berikut adalah petua berguna yang diberikan oleh Tom Peters untuk mengharungi masa-masa sukar yang dipetik daripada bukunya, The Little Big Things: 163 Ways to Pursue Excellence.
Nota: Saya syorkan agar anda mendapatkan buku The Little Big Thing: 163 Ways to Pursue Excellence yang saya dapati sangat berguna. Sebenarnya beliau meletakkan 46 petua tetapi saya pilih yang paling relevan dan menggabungkan beberapa petua dalam satu ayat.

- Datang kerja lebih awal, balik kerja lebih lewat dan bekerja lebih keras.
- Sanggup kerja untuk gaji lebih rendah, walaupun anda berat hati menerimanya.
- Anda menerima lebih banyak tugasan atau projek secara sukarela.
- Anda sentiasa cuba bersikap positif dan menampilkan wajah ceria walaupun di dalam hati anda tidak gembira.
- Anda bersedia untuk melakukan sebaik mungkin dalam kerja dan perniagaan dan bersyukur dengan pendapatan yang ada sekarang.
- Anda membina jaringan secara agresif (networking) dan sentiasa berhubung dengan semua kenalan selain selalu bergaul dengan orang yang lebih muda.
- Anda ringkaskan hidup anda dan ketepikan segala kemewahan peribadi.
- Anda meningkatkan piawaian kerja ke tahap cemerlang, dan bersikap obsesi untuk memperbaiki segala kesilapan serta memberi perhatian kepada butiran kecil.
- Anda belajar kemahiran atau ilmu baru dan juga sanggup mengajar orang lain ilmu lama yang anda ada.
- Ucapkan terima kasih jika kejayaan dicapai dan bertanggungjawab atas kegagalan, sambil bersikap baik hati dan prihatin terhadap orang lain.
- Anda terima kegagalan dan cuba dan cuba lagi, sambil mengelakkan orang yang bersikap negatif.
Nota: Saya syorkan agar anda mendapatkan buku The Little Big Thing: 163 Ways to Pursue Excellence yang saya dapati sangat berguna. Sebenarnya beliau meletakkan 46 petua tetapi saya pilih yang paling relevan dan menggabungkan beberapa petua dalam satu ayat.
Label:
Muhasabah,
Perniagaan
23 Ogos, 2014
Proses Pelaburan Dana Berprestasi Tinggi
Kita tinjau teknik pelaburan pengurus dana Kenanga Syariah Growth Fund, dana yang catat prestasi cemerlang dalam tempoh 10 tahun
Pada posting saya minggu lepas mengenai dana yang mencatatkan prestasi terbaik dalam jangka panjang, saya memaparkan jadual yang menunjukkan prestasi dana untuk tempoh 10 tahun dari laman web Morningstar. Di tempat teratas ialah Kenanga Syariah Growth yang mencatatkan pulangan terkompaun tahunan lebih 14%.
Memandangkan prestasi cemerlang dana dalam jangka panjang, cuba kita lihat proses pelaburan mereka berasaskan brosur yang dikeluarkan:
Proses ini boleh dicontohi oleh pelabur kecuali cara Kenanga menentukan nilai instrinsik/sebenar, yang mana mereka gunakan kaedah discounted cash flow (DCF) yang mungkin sedikit sukar bagi pelabur baru.
Secara alternatif, pelabur boleh menggunakan ukuran penilaian yang lebih ringkas berasaskan untung, aset dan dividen, dan sekiranya saham tersebut diliputi oleh penganalisis, mereka boleh menggunakan fair value yang mereka tetapkan menerusi kaedah DCF sebagai petunjuk tambahan.
Nota:
Untuk penerangan tentang cara menilai sesuatu saham menerusi pelbagai kaedah, dapatkan buku Panduan Bijak Melabur. Untuk mempelajari teknik DCF atau teknik yang sepertinya, sila follow En. Zayed Zulkifli yang pernah menganjurkan bengkel mengenai topik ini. Klik topik bengkel saham di halaman kanan blog ini.

Mereka melakukannya seperti berikut:
Kami berfikir seperti pemilik perniagaan
Seperti mana-mana ahli perniagaan, kriteria berikut mesti dipenuhi sebelum kami mempertimbangkan penilaian sesebuah syarikat dan memasukkannya ke dalam portfolio Dana:-
- Model perniagaan dan tawaran nilai berdaya maju
- Kualiti pengurusan terbukti
- Kualiti pendapatan yang mantap
- Lembaran imbangan kukuh
Kami membeli perniagaan berkualiti di bawah nilai sebenar
Bagi kami, pelaburan dalam syarikat dengan perniagaan yang lemah dan membayar harga terlalu tinggi berbanding nilai intrinsik/sebenar mewujudkan risiko paling besar. Proses pelaburan kami berusaha untuk memanfaatkan perniagaan dengan pendapatan berdaya maju yang diperdagangkan nilai intrinsik/sebenar. Kami menggunakan kaedah aliran tunai terdiskaun sebagai ukuran nilai utama untuk menentukan nilai asas/sebenar bagi membuat semua keputusan. Kami juga menggunakan kaedah penilaian lain dalam proses penilaian kami.
Kami berusaha melindungi anda daripada kemerosotan ketara
Pengurusan risiko portfolio adalah sebahagian daripada proses pelaburan untuk mencapai pulangan yang konsisten. Kami mengamalkan mekanisme pengurusan risiko yang berikut:-
- Siri semakan had untuk memastikan portfolio dipelbagaikan dengan secukupnya
- Membina dan mengimbangi semula portfolio untuk memastikan pergerakan turun naik portfolio adalah kurang ketara daripada pergerakan pasaran
- Jualan dilaksanakan secara berdisiplin dalam keadaan berikut
- Saham tidak lulus ujian kriteria pemilihan saham
- Andaian yang dibuat dalam proses penilaian tidak dipenuhi, lantas menjejaskan julat nilai intrinsik
- Had pendedahan telah diatasi
- Saham dalam portfolio mencatatkan prestasi lebih rendah daripada penanda aras dalam tempoh yang sewajarnya
- Saham jatuh di bawah peratus tertentu selepas kenaikan terkini ke paras tertinggi
Proses ini boleh dicontohi oleh pelabur kecuali cara Kenanga menentukan nilai instrinsik/sebenar, yang mana mereka gunakan kaedah discounted cash flow (DCF) yang mungkin sedikit sukar bagi pelabur baru.
Secara alternatif, pelabur boleh menggunakan ukuran penilaian yang lebih ringkas berasaskan untung, aset dan dividen, dan sekiranya saham tersebut diliputi oleh penganalisis, mereka boleh menggunakan fair value yang mereka tetapkan menerusi kaedah DCF sebagai petunjuk tambahan.
Nota:
Untuk penerangan tentang cara menilai sesuatu saham menerusi pelbagai kaedah, dapatkan buku Panduan Bijak Melabur. Untuk mempelajari teknik DCF atau teknik yang sepertinya, sila follow En. Zayed Zulkifli yang pernah menganjurkan bengkel mengenai topik ini. Klik topik bengkel saham di halaman kanan blog ini.
Label:
Pelaburan Saham,
Penyelidikan Saham,
Unit Amanah
18 Ogos, 2014
Bengkel Jom Saham Bersama Cikgu Saham di Ipoh
Peluang untuk warga Ipoh mempelajari teknik asas pelaburan saham
Mentor saham wanita terkemuka Malaysia akan menganjurkan satu lagi bengkel saham, kali ini di Ipoh. Dibawa khas kepada newbie atau zero knowledge yang tidak mempunyai asas pelaburan saham Bursa Malaysia. Sesuai kepada semua peringkat umur, latar belakang dan pekerjaan.
Pengisian:
1. Asas saham
2. Urusn iaga secara on line trading.
3. Pendekatan analisa Fundamental & Teknikal
4. Bagaimana memohon saham IPO & IPO MITI
5. Bagaimana menjana untung di pasaran saham Bursa Malaysia
Tetamu jemputan: En Abdul Jamal Abu Hanifah yang mempunyai pengalaman hampir 31 tahun di pasaran saham Bursa Malaysia secara sepenuh masa.
Yuran: RM180 seorang (20 orang pertama)
RM220 seorang (21-40 orang)
RM250 seorang (41 orang seterusnya)
Booth pembukaan akaun CDS & Trading disediakan.
Seminar intensif ini dibawakan kepada anda oleh Triple Success Trading, jomsaham.com dan disokong oleh PM Securities Sdn Bhd.
Sila pm Cikgu Saham atau email azue88@gmail.com untuk tempahan dan pertanyaan.

Langgan:
Catatan (Atom)