16 September, 2014

Nota Mengenai Keputusan Menjual Saham

Bila anda menjual saham bergantung kepada gaya pelaburan anda

Baru-baru ini saya menjual dua saham, iaitu Ajiya dan YOCB. Kedua-duanya dijual bukan kerana syarikat tersebut mencatat kerugian atau timbul sebarang masalah, tetapi kerana saya rasa harganya mungkin telah menepati sasaran, sedangkan untung tahun semasa mungkin berkurangan.

Berikut adalah maklumat mengenai urus niaga Ajiya dan YOCB:
  • Ajiya;  Beli RM1.73  Jual RM2.74  Profit 57.6%  Dividen 2.9%  ROI 60.5%;  Tempoh Pegangan 1 tahun 6 bulan;  Annualised 37.1%.
  • YOCB;  Beli RM0.68  Jual RM1.13  Profit 65.4%  Dividen 5.8%  ROI 71.2%;  Tempoh Pegangan 11 bulan.

Carta Ajiya dan YOCB untuk tempoh dua tahun:


Dipetik daripada Bursa Malaysia 
 
Sebab saya menjual:
  1. Harga telah naik tetapi keuntungan semasa turun.
  2. Saya ramalkan sukar bagi syarikat meningkatkan untung dalam tempoh satu dua tahun akan datang beraskan keadaan perniagaan semasa.
  3. Saya nak tambah pegangan tunai. 
Memandangkan kedua-dua saham ini adalah saham yang baik, saya akan sentiasa perhatikan sekiranya saham jatuh, dan saya akan beli semula pada harga yang saya rasa kembali di paras undervalued.

Perhatian bahawa umumnya terdapat dua pandangan mengenai penjualan saham dalam kaedah fundamental

Pertama ialah jika syarikat itu kukuh dan harga telah naik melebihi nilai atau untung merosot sikit, terus pegang kerana syarikat tersebut akan kembali meningkatkan untung pada masa depan.  Inilah kaedah yang digunakan oleh Buffett dan Philip Fisher.

Tetapi ada beberapa pelabur fundamental lain seperti Peter Lynch, Benjamin Graham dan John Neff umpamanya, yang akan jual dan menunggu untuk beli balik pada harga yang rendah.  Secara peribadi saya lebih cenderung kepada kaedah kedua.

Anda patut menentukan sendiri kaedah pelaburan yang sesuai dengan sifat peribadi dan kesanggupan anda menanggung risiko.

Nota: 
  1. Jangan ingat inilah pulangan yang wajar bagi portfolio saham, kerana dalam portfolio ada saham yang turun, ada yang mendatar dan ada yang naik sikit.  Ada tahun tertentu pula seluruh pasaran saham akan jatuh. Sasaran saya ialah pulangan 15% terkompaun tahunan untuk jangka panjang.
  2. Saya pernah menulis tentang Ajiya dan YOCB. Boleh klik untuk baca mengapa ia sesuai dibeli pada waktu itu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, adakah tuan menambah pegangan tunai di sebabkan pasaran saham akan mengalami kejatuhan?

Unknown berkata...

Wasalam,

Saya tidak pandai meramalkan pasaran saham...cuma saya rasa buat masa ini sukar unutk mencari saham yang undervalued. Jadi saya tambah pegangan tunai. Apabila saya rasa ada peluang, saya akan tambah pegangan saham. Semuanya bergantung kepada sama ada saya dapat mencari saham yang memenuhi kriteria saya atau tidak. Saya menjual apabila sasara telah dicapai atau saham tidak lagi memenuhi kriteria.