22 September, 2014

Nota Mengenai Keputusan Menjual Saham II

Kadangkala kita perlu mengakui kesilapan dan menerima kerugian

Jika minggu lepas saya menulis tentang dua saham, iaitu Ajiya dan YOCB, di mana keuntungan besar dicatatkan, kali ini saya menerangkan pula tentang keputusan untuk menjual saham dan menerima kerugian.

Walaupun anda pelabur paling hebat sekalipun, pasti ada masanya anda mengalami kerugian, dan keputusan untuk mengakui kesilapan dan menerima kerugian adalah sesuatu yang perlu kita lakukan kerana dalam keadaan tertentu, ia boleh mengelakkan kerugian lebih besar.

Satu saham yang saya jual dan menerima kerugian ialah Felda Global Ventures yang dijual beli tahun lepas. Berikut adalah maklumat mengenai urus niaga saham tersebut:
  • FGV; Beli RM4.59 Jual RM4.16 Rugi 9.4%; Tempoh Pegangan 9 bulan.
Carta saham FGV untuk tempoh 2 tahun lepas dipaparkan di bawah:
Bursa Malaysia
 
Perkara yang perlu diberi perhatian ialah saya membeli saham ini kerana berpendapat ia syarikat yang agak mantap, tetapi menjualnya kembali kerana mendapati trend minyak sawit mentah (CPO) yang nampak seperti sudah mengakhiri up-cycle selelas kenaikan harga selama beberapa tahun.
 
Memandangkan industri ini bersifat cyclical atau kitaran, syarikat tidak boleh lari daripada penurunan harga komoditi yang mereka hasilkan, dan prestasinya amat bergantung kepada harga CPO.
 
Justeru dengan berat hati saya telah menerima kerugian, dan setakat ini nampak keputusan tersebut dapat mengelakkan kerugian yang lebih besar dengan kejatuhan selanjutnya harga saham.
 
Bagaimanapun, saya sentiasa memantau FGV dan akan membeli semula apabila berpendapat harganya cukup rendah untuk membolehkan keuntungan diraih kerana saya rasa syarikat ini mempunyai potensi pertumbuhan dalam jangka panjang.
 
Lebih cepat kita mengakui kesilapan, lebih baik supaya boleh menggunakan wang untuk memanfaatkan peluang pelaburan lain.

Nota: Terdapat dua pandangan tentang cara menangani penurunan harga saham syarikat yang kukuh. Ada pendapat yang kata terus pegang kerana kita mungkin sukar meramalkan bila untuk membeli kembali. Ada pendapat lain pula yang kata jual dulu dan kemudian dapatkan kembali pada harga yang lebih murah. Saya menggunakan kaedah yang sesuai dengan personaliti saya. Terpulang kepada anda untuk menggunakan kaedah yang sesuai dengan personaliti dan toleransi risiko anda.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macamana untuk menentukan stop loss. ada trend yang perlu diperhatikan ke.

Tanpa Nama berkata...

aiya ,guru pun bleh rugi ,anak murid teruklah mcmni .

Unknown berkata...

Anon 1, Stop loss telah dibincangkan pada artikel seterusnya.

Anon 2, Bukan satu ini sahaja yang pernah rugi, ada lagi yang lain...:) Malah Buffett pun ada rugi dan tak sembunyikan kerugiannya. Pelabur perlu diberi peringatan bahawa kerugian adalah lumrah pelaburan. Yang penting untuk capai pulangan memuaskan bagi portfolio pelaburan dalam jangka panjang ialah pastikan saham untung lebih banyak daripada saham rugi secara konsisten.

Tanpa Nama berkata...

pendapat en razali utk FGV sekarang?

Unknown berkata...

Pada pendapat saya RM3.00 - RM3.50 boleh dikatakan fair value. Dalam tempoh 1 - 5 tahun akan datang, kemungkinan berlaku upcycle dalam harga CPO dan pada waktu itu harga berpotensi naik dengan ketara semula.

Tanpa Nama berkata...

dah beli balik FGV?

Unknown berkata...

Dah beli pada RM2.13...walaupun harga sekarang telah naik naik balik...ada kemungkinan satu lagi tempoh kelemahan sebelum pemulihan sebenar.