Labur Niaga menyediakan lebih 550 artikel percuma mengenai pelaburan dan kewangan demi manfaat pembaca. Bilangan artikel semakin bertambah setiap minggu.
Labur Niaga bermaksud melabur dalam perniagaan. Perspektifnya adalah neutral, patuh syariah dan mengutamakan kepentingan pelabur kecil.
Dalam
dunia hari ini di mana orang ramai dihujani dengan pelbagai pujukan dan
ajakan untuk melabur dalam pelbagai instrumen, Labur Niaga ingin membantu anda membuat keputusan
yang tepat.
Kaedah pelaburan utama yang diketengahkan
ialah pelaburan berasaskan nilai, pelaburan berkos rendah, pelaburan dan
tabungan konsisten dan sasaran bersifat jangka panjang.
Tiada quick fix atau jalan pintas ditawarkan kerana penulis bukan pakar dalam teknik jalan pintas.
Selain daripada artikel percuma, pembaca juga boleh mendapatkan e-Risalah percuma bertajuk 16 Sifat Value Investor Hebat dengan menekan butang like dan komen/mesej pada FB page.
Di samping itu, terdapat tiga buku dan 2 ebook yang ditawarkan kepada pembaca. Insyaallah lebih banyak Risalah bercetak bakal diterbitkan pada masa depan.
Matlamat akhir Labur Niaga untuk menyediakan kelas bimbingan pelaburan dan kewangan tentang topik khusus pada harga yang termampu.
Ini hanya akan dilakukan apabila ada cukup follower/liker, iaitu lebih ramai yang mula sedar atau menerima manfaat konsep pelaburan dan kewangan yang diketengahkan Labur Niaga.
Jika anda rasa ada rakan anda yang boleh mendapat manfaat daripada artikel atau perspektif Labur Niaga, sila maklumkan atau share dengan rakan anda.
Jika artikel, risalah atau buku Labur Niaga pernah membawa manfaat kepada anda. Saya amat berbesar hati jika anda dapat memberikan testimonial dalam ruangan komen di bawah.
Terima kasih.
Razali Razman
1 ulasan:
Sebagai seorang pelabur kecil yang tiada asas pengetahuan dalam pelaburan..Buku paduan Bijak Melabur dan Paduan Pelaburan Unit Amanah adalah pilihan yang terbaik kepada pelabur baru yang mencari ilmu dalam pelaburan, bahasa yang ringkas dan mudah difahami membuatkan ianya patut di miliki oleh setiap pelabur-pelabur untuk membuat keputusan teguh dan berasas dalam setiap pelaburan dilakukan.
Catat Ulasan