Profil Peribadi

Razali Razman memiliki dan menguruskan Razz Publications yang terlibat dalam bidang penterjemahan dan penulisan. Beliau menyediakan perkhidmatan kepada lebih 40 pelanggan termasuk Manulife, Zurich, TQPR, Sanofi, Novartis, HSBC Amanah, EPA, Bayer, Philips, Loccitane, Big Apple dan banyak syarikat lain. Berbekalkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, UM dan MBA dari IIUM, beliau mengkhusus dalam dokumen kewangan.

Minat dalam bidang ini mula disemai sejak menjadi Editor UM Accounting Journal 1997 (Bahasa Inggeris).  Setakat ini, Razali telah menulis buku Panduan Bijak Melabur, Petua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah serta e-book Panduan Asas Saham dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan untuk jualan umum dan buku panduan Rancang Pelaburan Dengan Bijak - Menerusi Unit Amanah untuk edaran dalaman ASNB, selain menyumbang beberapa artikel dalam majalah perniagaan, yang disenaraikan di bawah :
  1. The Internet , UM Accounting Journal 1997
  2. Media Berbeza, Untung Tetap Sama, Dewan Ekonomi, Okt, 2000
  3. Perkhidmatan Pelanggan Penentu Kejayaan Perniagaan , Dewan Ekonomi, Apr 2001
  4. Ceburi Bidang Perniagaan, Dewan Ekonomi, Jan 2002
  5. Faktor-Faktor yang Menyebabkan Kegagalan Perniagaan , Dewan Ekonomi, Apr 2002
  6. Penyata Ringkas Bagi Menilai Kedudukan Kewangan, Dewan Ekonomi, Jan 2003
  7. Melabur Dengan Bijak: Mengelakkan Jerat Pelaburan , Dewan Ekonomi, Jan 2005
  8. Kaedah Promosi Pemasaran dari Perspektif Islam (B1), Dewan Ekonomi, Aug 2005
  9. Kaedah Promosi Pemasaran dari Perspektif Islam (B2), Dewan Ekonomi, Nov 2005
  10. Keusahawanan Islam: Wajib Berasas Rangka Kerja Etika Islam, Agama & Falsafah, July 2006
  11. Peluang Dalam Kegawatan, Dewan Ekonomi, Disember, 2008
  12. Melabur Secara Sistematik , Dewan Ekonomi, Februari, 2009
  13. Melabur Sendiri atau Guna Khidmat Pengurus Dana, Dewan Ekonomi, Ogos 2009
Razali juga pernah menyampaikan ceramah berikut:
  1. Pelaburan Berasaskan Nilai - 2 bengkel saham untuk orang awam.
  2. Rancang Kewangan, Bina Kekayaan di Konvensyen Takaful Ikhlas
  3. ABC's of Stock Investing di Investor Expo 2010 
  4. How to Choose the Right Unit Trust Fund For You di Investor Expo 2010
  5. Panduan Bijak Melabur di MPH Mid Valley 
  6. Panduan Bijak Melabur di MPH One Utama
  7. Panduan Pelaburan Unit Amanah MPH Alpha Angle
  8. Perniagaan Kecil di Seminar Keusahawanan UIA
Selain itu, beliau  pernah menjadi hakim pembentangan perniagaan mengenai keusahawanan sukan sebanyak dua kali anjuran Fakulti Sains Sukan UM.

Dalam bidang sukan, beliau pada satu masa dulu aktif dalam permainan hoki dan merupakan ketua pasukan hoki Victoria Institution, KL Bawah 18, VIOBA and UM dan pernah bermain hoki di semua peringkat termasuk untuk pasukan Kuala Lumpur di SUKMA dan Piala Razak dan juga untuk pasukan Affin Bank dan Kuala Langat di Liga Kebangsaan.