13 Januari, 2010

Ajiya Bhd: Pengeluar Bumbung & Kaca Mantap

Syarikat catat prestasi cemerlang dalam kegawatan

Sambil membelek-belek buku Dynaquest Stock Performance Guide, saya ternampak sebuah syarikat yang agak kukuh dari segi operasinya, iaitu Ajiya Bhd.

Ajiya Bhd ialah syarikat yang mengeluarkan produk zink, aluminium dan logam untuk bumbung dan juga produk kaca yang berpangkalan di Segamat. Ajiya mempunyai dua anak syarikat utama iaitu Asia Roofing Industries yang tersenarai di Papan Utama dan Ajiya Safety Glass. Sila kunjungi laman web syarikat www.ajiya.com untuk maklumat lanjut mengenai latar belakang syarikat.

Syarikat ini mempunyai rekod keuntungan sepanjang tempoh sepuluh tahun lepas, dengan trend yang meningkat. Pendapatan sesaham pada tempoh lima tahun lepas ialah 17.1, 17.3, 25.2, 32.3 dan 31.8 sen. NTA sesaham pada tahun berakhir Nov 2009 ialah RM2.62.

Harga penutupnya pada hari ini ialah RM1.69. P/E ratio pada harga tersebut ialah lebih kurang 5.3. Harganya juga jauh di bawah NTA dan tahap hutang jangka panjangnya adalah amat rendah, sehingga boleh dibiayai dengan keuntungan setahun.

Carta sahamnya adalah seperti berikut:

Dipetik daripada Bursa Station

Daripada maklumat kewangan yang diperolehi, nampak seperti saham masih undervalued, walaupun telah naik tinggi dalam tempoh enam bulan lalu. Walau apa pun, seperti biasa pelabur dinasihatkan membuat kajian sendiri sebelum melabur.

Daripada apa yang saya lihat, pilihan yang ada ialah beli sekarang, atau mengambil pendekatan tunggu dan lihat jika anda rasa indeks akan jatuh dalam jangka pendek. Walau apa pun, jika dilihat daripada prestasi semata-mata, syarikat adalah kukuh dan sahamnya undervalued.

Nota: Penilaian ini bersifat jangka panjang dan bukannya menilai potensinya sebagai saham dagangan jangka pendek.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Ada pengumuman terbaru oleh pengurus Ajiya pada 29.03.2010 berkenaan dividen. Adakah kumpulan yang baru memegang saham mulai awal Februari 2010 layak mendapatnya. Terima kasih.

Unknown berkata...

Salam,

Memang layak. kalau tak silap ex-date ialah 14 Mei. Siapa yang beli sebelum ex-date ini layak mendapat dividen. Mungkin saya akan buat posting tentang dividen tidak lama lagi