Sebenarnya bagi ramai orang, KWSP ialah satu-satunya tabungan yang mereka ada untuk persaraan. Ini sememangnya menjadi lumrah kehidupan dalam zaman konsumer masa kini di mana kebanyakan orang lebih suka untuk berbelanja dan mendapati sukar untuk menabung. Justeru, jika anda ada masalah menabung, anda harus memanfaatkan sepenuhnya tabungan KWSP dan menambah simpanan yang ada. Malah anda juga boleh melaburkan simpanan anda dalam unit amanah untuk meningkatkan lagi pulangan yang anda terima (selagi anda tidak membuat kesilapan besar semasa memilih syarikat pengurus dana).
Razif Yusof merungkai segala persoalan anda tentang KWSP dalam sebuah e-book yang padat dan bermanfaat. Berikut adalah manfaat yang boleh anda perolehi:
- Bagaimana menggandakan tabungan Akaun 1 simpanan KWSP anda dan mendapat dividen lebih tinggi.
- Memohon daripada majikan anda untuk meningkatkan potongan KWSP dari 11% kepada 20%.
- Menentukan keutamaan membayar hutang, membuat pelaburan dan simpanan.
- Memanfaatkan Akaun 2 untuk mendapatkan modal untuk berniaga, melabur dan sebagainya.
- Menyemak penyata KWSP tanpa perlu ke pejabat KWSP.
- Mempelajari tentang alat kewangan dan cara menggunakannya.
- Teknik yang betul mengurangkan hutang pinjaman rumah dengan duit KWSP.
Namun begitu, jika anda memang sudah fasih tentang KWSP, iaitu cara memaksimumkan tabungan, membuat pelaburan, mengeluarkan wang untuk tujuan khusus dan menyemak akaun menerusi Internet dan fungsi lain, maka buku ini bukan untuk anda.
Sebenarnya kebanyakan maklumat yang didapati di dana e-book ini boleh diperolehi dengan meluangkan masa menyemak laman web KWSP, bertanyakan soalan satu demi satu kepada pegawai KWSP dan juga bercakap dengan perancang kewangan.Tetapi tidak pasti sama ada anda sempat mengumpul maklumat atau merujuk di tempat yang betul, selain itu ia pasti mengambil masa yang lama.
Sekiranya anda mahukan sumber rujukan yang mudah dibaca dan boleh dimanfaatkan dengan serta-merta, dapatkan e-book KWSP: Satu Pendedahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan