Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa ekonomi KDNK Malaysia berkembang pada kadar 4.6% pada suku pertama tahun 2011.
Berikut ialah pertumbuhan KDNK Malaysia sejak suku pertama 2010:
S1 2010 - 10.1
S2 2010 - 9.0
S3 2010 - 5.3
S4 2010 - 4.8
S5 2011 - 4.6
Tetapi pertumbuhan yang diumumkan ini ialah pertumbuhan tahunan, iaitu jika dibandingkan dengan suku pertama tahun 2010. Sebaliknya jika dibandingkan dengan S4 2010 (quarter on quarter) ekonomi telah menyusut sebanyak 3.1%.
Berikut ialah graf daripada Buletin Ekonomi Suku Tahunan Bank Negara Malaysia, yang dipetik daripada laporan Maybank Investment Bank::
Menurut analisis firma broker, walaupun pertumbuhan semakin perlahan, mereka dapat melihat kestabilan pada separuh kedua tahun 2011, berasaskan pelaksanaan projek ETP dan harga komoditi.
Beberapa firma menetapkan sasaran pertumbuhan seluruh tahun pada kadar antara 5.5% sehingga 6.0%, seiring dengan ramalan bahawa separuh kedua 2011 dijangka lebih kukuh.
Tetapi ada faktor yang boleh menjejaskan senario ini:
- Situasi luar, termasuk keadaan hutang Amerika dan beberapa negara Eropah
- Inflasi yang semakin meningkat menaikkan kos input
- Kenaikan kadar faedah untuk mengawal inflasi meningkatkan kos kepada perniagaan dan pengguna.
2 ulasan:
Salam, minta tolong tuan jelaskan sedikit mengenai saham Hong Leong Ind. K. Fima & MFCB.
Wasalam
Insyallah pada masa depan kalau ada kesempatan saya buat analisis...sekarang tengah sibuk sikit.
Catat Ulasan