Pastikan bahasanya betul; minta bantuan jika tak pasti
Resume adalah dokumen penting yang bertujuan menarik perhatian pegawai syarikat yang akan memilih pekerja. Beliau mungkin menerima banyak resume untuk diteliti.
Kemungkinan besar pengalaman dan kelayakan anda akan menjadi penentu tetapi bahasa yang tidak betul boleh menjejaskan peluang anda.
Memang bukan semua orang boleh menulis dengan sempurna. Mungkin ada kesilapan di sini sana. Tetapi resume ini adalah dokumen penting. Anda meminta orang lain mengambil anda berasaskannya.
Apa salahnya jika anda meminta kawan atau orang lain yang pandai menulis untuk menyemak dan membetulkan kesilapan pada resume?
Sebenarnya dari kaca mata saya, kalau resume anda penuh dengan kesalahan bahasa, ini mungkin menandakan anda tidak begitu kisah dan sikap sebegini akan dibawa ke tempat kerja.
Maka kesilapan bahasa dalam resume boleh menjejaskan peluang anda bukan kerana pembaca resume menganggap bahasa anda lemah (mungkin skop kerja tak memerlukan kepakaran bahasa yang tinggi) tetapi kerana mencerminkan sikap anda yang tidak teliti.
Malah cara anda menulis surat atau emel yang mengiringi resume juga tidak kurang penting kerana ia menunjukkan sikap dan kesungguhan anda.
Pada pendapat saya, berhati-hatilah apabila menulis resume, kerana ia boleh meningkatkan peluang anda mendapat kerja yang anda ingini, pada paras gaji yang dikehendaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan