24 Mei, 2011

KPJ Healthcare Telah Naik Tinggi

Tetapi pertumbuhan lebih perlahan dijangka untuk masa depan

KPJ Healthcare, anggota Kumpulan Johor Corporation,  ialah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan kesihatan yang memiliki 20 hospital di Malaysia dan 2 di Indonesia.  Antara hospitalnya termasuk Hospital Pakar Damansara, Hospital Pakar Damai, Hospital Ampang Puteri dan Hospital Tawakal.

Bagi pemegang saham KPJ Healthcare yang memegang saham ini untuk jangka panjang, sudah tentu mereka gembira dengan prestasi luar biasa saham dalam tempoh lima tahun lepas.


Dipetik daripada Bursastation

Saham ini telah naik berlipat kali ganda dalam temph lima tahun lepas sehingga ditutup pada harga RM4.20 semalam.  Saya ada menyentuh tentang KPJ Healthcare dalam buku saya Panduan Bijak Melabur.

Namun begitu prestasi KPJ Healthcare dilihat mula mendatar kebelakangan ini.  Pada suku pertama 2011, syarikat mencatatkan EPS 5.1 sen, lebih kurang sama dengan prestasi tahun lepas, walaupun hasil meningkat daripada 376 juta kepada 438 juta.

EPS syarikat untuk tempoh 5 tahun, selepas mengambil kira pecahan saham 2 untuk 1 pada tahun lepas, adalah seperti berikut:

2010  21.2 sen
2009  21.6 sen
2008  20.7 sen
2007 18.0 sen
2006 10.1 sen

Berasaskan EPS dua tahun lepas dan juga prestasi suku tahun semasa yang mendatar, KPJ diperdagangkan pada nisbah P/E  20 kali, yang agak tinggi.

Kita dapat lihat bahawa pertumbuhan  syarikat telah mula mendatar pada sekitar 2008 tetapi saham syarikat terus naik  kerana rerating, iaitu minat lebih tinggi daripada para fund manager kerana berjaya memasuki senarai syarikat dengan 100 modal saham terbesar.

Bagi saya, inilah saham yang dicari, iaitu saham tidak begitu dikenali yang berkembang sehingga mendapat perhatian ramai fund manager.

Namun begitu, pada paras ini, harganya agak mahal dan pertumbuhan pendapatannya agak mendatar. Walaupun jika harga naik lagi dalam tempoh terdekat, kadar kenaikan mungkin tidak sama seperti dulu.

Dalam keadaan tidak menentu semasa, ramai yang suka memegang KPJ sebagai defensive stock (seperti Apex Healthcare), namun kenaikan harga yang besar pada masa depan bergantung sama ada syarikat boleh melakukan sesuatu untuk meningkatkan keuntungan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam saudara Razali,

saya sudah memegang saham kpj utk tempoh beberapa thn. mmg benar nilai pelaburan sy tlh meningkat dgn cukup lumayan. syukur. pada pendapat sy perniagaan kpj di dlm negara mungkin tlh menghampiri tahap matang. dari pengetahuan sy masih ada lg beberapa hospital yg mengalami kerugian. cuma yg sy musykilkan kenapa kpj tidak membuka hospital di Penang yg merupakan antara bandar terpesat di Malaysia. satu lagi yg mungkin blh menjadi growth factor ialah pasaran luar negara yg masih belum byk diterokai oleh kpj. insyaallah satu hari nanti diharap kpj boleh menjadi global player seperti Parkway dan Ramsay(Australia).

Tanpa Nama berkata...

kpj dah ada kat penang tapi bukan kat pulau tapi kat mainland (seberang perai)

Unknown berkata...

Salam...mungkin KPJ boleh jadi global player tetapi kemungkinan besar dengan membeli syarikat lain yang sudah ada hospital sendiri dan bukannya dengan membina hospital baru.

TApi buat masa ini, untuk meningkatkan harga saham, syarikat perlu meningkatkan EPS yang kelihatan mendatar