Sejak dua tiga bulan ini, saya kurang membuat analisis tentang saham individu. Sebabnya ialah kebanyakan saham telah menaiki kenaiikan besar dalam tempoh dua tahun, sedangkan keadaan makroekonomi agak kurang pasti.
Dua saham terakhir yang saya tinjau, Federal Flour Mills dan CBIP ada naik walaupun pasaran tidak menentu. Masalahnya ialah dalam keadaan ini, jika keadaan makroekonomi terus kurang baik, termasuk kenaikan inflasi dan harga minyak, selain peningkatan kadar faedah oleh bank pusat, sukar untuk melihat 'bull market' dapat diteruskan.
Persoalannya ialah adalah pasaran akan mendatar atau menurun? Ini satu lagi faktor penting yang tidak dapat kita ramalkan dnegan pasti.
Jika kita melabur dalam sesebuah syarikat dalam jangka panjang, kita perlu meninjau keupayaannya mencatat hasil, mengekalkan atau meningkatkan keuntungan dalam suasana semasa, selain menampung kenaikan kos.
Apabila kita mengkaji pasaran dalam masa sebulan lepas, kita dapati ia sukar untuk berganjak dan volumnya juga tidak seberapa tinggi.
Dipetik daripada Bursastation
Jumlah dagangan semakin berkurangan, manakala graf indeks sudah mencecah purata bergerak 50 hari dan 100 hari, manakala purata bergerak 50 dan 100 hari kelihatan mula bersilang.
Amat sukat untuk menentukan hala tuju semasa. Ada masa tertentu, seperti di tengah kegawatan dua tahun lepas, memang sesuai untuk membeli kebanyakan saham. Tetapi dalam keadaan semasa, pendekatan tunggu dan lihat rasanya lebih selamat.
Saya juga rasa beberapa bahagian tertentu sektor hartanah mula goyah, terutamanya dengan banyak pembangunan yang sudah siap dan akan siap. Kadangkala saya terfikir berapa ramai orang yang mampu menyewa hartanah mewah atau ruang pejabat ini?
Walau apa pun, pastikan anda mempelbagaikan aset anda untuk memastikan bahawa jika berlaku kejatuhan sektor tertentu, ia dapat ditampung oleh kelas aset lain.
2 ulasan:
Tuan,
situasi pasaran semasa agak mendatar. apakah pandangan tuan mengenai IPO sekarang yg nampak lebih menceriakan?
Rasanya IPO lebih ceria tetapi pun kena lihat syarikat...kadangkala kalau silap haribulan, syarikat yang kurang dikenali dan hari pembukaan pasaran jatuh, mungkin saham ditutup lebih rendah pada hari pertama.
Tetapi jika saham memang nama besar dan popular, maka 'probablity' untuk naik selepas diperdagangkan jauh lebih tinggi.
Catat Ulasan