22 Oktober, 2009

Isu 'Keislaman' Perbankan Islam Dikupas

Prof. Dr Mohd Nazari Ismail - Perbankan Islam
Penuhi Keperluan Ummah


Semalam saya ada membaca artikel oleh Prof. Dr Mohd Nazari Ismail dari UM mengenai 'keislaman' konsep perbankan Islam dalam sisipan StarBiz (20 Oktober, 2009).

Beliau membincangkan isu di mana sesetengah pihak mengkritik perbankan Islam sebagai mencerminkanbank konvensional, sedangkan kontrak perbankan Islam dipertahankan pula oleh cendekiawan Islam yang menganggapnya halal, walaupun ia mirip pinjaman yang diberikan oleh bank konvensional. Ini kerana akad dan kontrak yang halal tidak boleh dianggap haram, semata-mata kerana cirinya mirip perbankan konvensyenal.

Menurut Dr Nazari, kontrak perbankan Islam seperti Musharakah, Al Bai Bithaman Ajil, Al Istisna dna Ijarah ternyata halal dan kontrak seperti ini dirangka oleh pakar Fiqh dan kewangan Islam yang alim.

Pada pandangan beliau, kedua-dua pihak tidak sepatutnya bertelagah antara satu sama lain, sebaliknya mereka patut memberi tumpuan kepada kelemahan perbankan riba konvensyenal dan cara-cara untuk menghapuskan penggunaan sistem berasaskan riba sepenuhnya.

Perbankan Islam memenuhi keperluan ummah bagi pembiayaan. Hakikatnya ialah ia memainkan peranan untuk membantu membiayai aktiviti perniagaan dan juga pembelian aset masyarakat.

Saya sendiri amat bersetuju dengan pandangan ini. Memang tidak dinafikan bahawa Perbankan Islam ada kelemahan, kadangkala dari segi produk yang lebih mahal atau dari segi keraguan mengenai kontrak yang digunakan. Namun begitu ia merupakan alternatif yang sahih. Dalam apa jua proses dan inovasi, mesti ada kelemahan di peringkat awal.

Perkara yang paling penting ialah terus memperbaiki kelemahan dan memastikan kontrak lebih mirip kepada konsep pembiayaan sebenar dan dalam hal ini, saya dapati kemajuan ini memang mula berlaku. Perbankan Islam sekarang bukan seperti perbankan Islam 10 tahun lalu. Ia lebih baik dari segi kontrak dan juga lebih bermanfaat kepada pengguna. Dalam tempoh 10 tahun akan datang, saya rasa penambahbaikan akan terus dibuat untuk menjadikannya benar-benar mantap.

Matlamat kita ialah mengelakkan perbankan berasaskan riba, sambil memenuhi keperluan pembiayaan individu dan masyarakat. Pada pendapat saya, perbankan Islam berpotensi untuk melakukan kedua-duanya, walaupun ia masih belum sempurna sekarang.

2 ulasan:

RAHISAM RAMLI berkata...

Salam Saudara Razali, instrumen Islam sudah semakin meluas dalam pasaran saham. Keyakinan kepada perbankan Islam juga memberi indikator usaha kerajaan untuk menembusi blok konvensional. Sewajarnya kita menlai secara positif.

Tanpa Nama berkata...

sistem perbankan islam septutnya bleh membantu, tetapi oleh kerana sistem ekonomi menggunakan sistem kapitalis, mahu atau tidak sistem perbankan islam terpaksa mengikut rentak sistem ekonomi bagi mengelakkan kerugian