Jika namanya insurans, maka produk tersebut tidak patuh syariah
Saya menerima soalan berikut daripada pembaca:
Boleh tak saudara kenaplasti adakah Prulady dan Prulink tu patuh syariah? Saya dapat maklumat yang dua insurans ini tidak patuh syariah?
Sebenarnya jawapan kepada soalan di atas mudah sahaja, iaitu jika namanya insurans konvensyenal, maka produk tersebut tidak patuh syariah.
Pada satu masa dulu, kalau tak silap saya, insurans konvensyenal diharuskan demi kepentingan umum tetapi sekarang ini dengan adanya pelbagai produk takaful, tak perlulah guna insurans lagi kerana memang tidak patuh syariah.
Produk insurans dianggap tidak patuh syariah kerana mengandungi unsur gharar. Namun begitu ada pihak yang mempertikaikan hakikat ini, terutamanya kerana ilmu statistik dan aktuari yang canggih dan tepat boleh digunakan.
Tetapi masalah paling besar dengan produk insurans konvensyenal ialah dana insurans yang dikumpulkan daripada pemegang polisi tidak dilaburkan mengikut prinsip syariah dan mengandungi unsur riba dan pada pendapat saya, ini merupakan faktor utama yang menyebabkan insurans konvensyenal tidak patuh syariah.
Sekarang ini tiada masalah bagi kita kerana bagi kebanyakan produk insurans konvensional, sudah ada produk takaful yang menawarkan manfaat sama (walaupun tidak sama sepenuhnya).
Tetapi masalah timbul jika kita sudah ada polisi insurans lama yang kita bayar pada paras premium yang agak rendah pada masa dulu. Jika kita tukarkan kepada takaful, kita akan mengalami sedikit kerugian.
Kita akan dapat surrender value atau nilai serahan tetapi apabila kita bertukar, premium yang kita bayar adalah pada kadar terkini dan pastinya lebih tinggi sedikit. Di samping itu, kita mungkin perlu menunggu untuk tempoh tertentu sebelum boleh membuat tuntutan bagi penyakit kritikal yang ditetapkan.
Cara terbaik ialah bertukar antara insurans dan takaful daripada syarikat yang sama kerana ada syarikat yang menawarkan untuk meneruskan manfaat yang sudah dinikmati tanpa kehilangan sebarang manfaat.
Jika ini tidak boleh dilakukan, berundinglah dengan ejen takaful bagi menentukan cara terbaik untuk bertukar polisi tanpa menyebabkan kerugian besar.
Saya sendiri telah menukar insurans kesihatan saya kepada takaful. Apa yang saya lakukan ialah memegang kedua-dua insurans dan takaful secara serentak untuk tahun pertama takaful tersebut sebelum menebus polisi insurans lama saya. Ini untuk memastikan semua penyakit kritikal dilindungi dalam tempoh perpindahan, kerana saya bertukar kepada syarikat takaful berlainan.
Sebaliknya polisi anak saya pula boleh ditukar tanpa sebarang kerugian kerana polisi insurans ditukar kepada takaful daripada syarikat yang sama.
Saya bukan pakar insurans, kalau ada ejen takaful yang boleh memberi maklumat lanjut, saya alu-alukan ulasan anda.
18 April, 2011
15 April, 2011
Apakah maksud 'privatisation' saham?
Tawaran pengambilalihan atau pembayaran balik modal
Selepas proses, saham akan dikeluarkan dari senarai BSKL
Baru-baru ini Mamee-Double Decker telah mengumumkan proses pengurangan modal dan pembayaran balik modal terpilih yang bertujuan mengeluarkan saham daripada senarai BSKL.
Harga yang ditawarkan kepada pemegang saham ialah RM4.39. Paras ini memberikan premium 21.9% berbanding harga dagangan akhir RM3.60 di pasaran sebelum pengumuman dibuat.
Biasanya proses privatisation boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu menerusi tawaran am kepada pemegang saham, yang merupakan cara lazim, dan juga menerusi pembayaran balik modal, seperti yang dilakukan dalam kes Mamee-Double Decker.
Dalam kedua-dua keadaan, harga yang ditawarkan biasanya lebih tinggi daripada harga dagangan semasa untuk menarik pelabur menjual saham mereka.
Untungnya bagi pelabur ialah harga saham akan naik ke paras hampir ke harga tawaran. Pelabur boleh menjual saham di pasaran terbuka pada harga ini, menunggu untuk tawaran sebelum melupuskan saham. atau menolak tawaran yang dibuat.
Walau apa pun, kejayaan proses bergantung kepada tahap penerimaan pemegang saham. Sekiranya ramai pelabur yang enggan menerima tawaran ini, proses privatisation mungkin dibatalkan dan harga kembali ke paras asal melainkan tawaran pada harga lebih tinggi dibuat.
Pada satu masa dulu NST ada bercadang untuk mengambil alih Utusan dan harga Utusan telah naik tinggi tetapi selepas cadangan itu ditolak, harga Utusan jatuh dan tidak sampai ke tahap itu lagi.
Carta harga saham Mamee:
Dipetik daripada Bursa Malaysia
Kita dapat lihat di sini bahawa harga saham telah melonjak serta-merta selepas pengumuman. Tetapi harga hanya naik kepada RM4.23, dan bukan RM4.39 kerana proses belum disempurnakan. Masih ada beberapa perkara yang boleh menggagalkan proses ini.
Walaupun tawaran telah dibuat, tidak semestinya ia berjaya. Bagi pelabur yang mahu mendapatkan kepastian, mereka boleh jual pada harga pasaran semasa, walaupun ia lebih rendah sedikit daripada harga tawaran.
Ini adalah salah satu cara pemegang saham undervalued untuk meraih keuntungan. Jika harga pasaran masih tidak mencerminkan nilai sebenar, terdapat kemungkinan bahawa pemegang saham utama syarikat atau syarikat lain membuat keputusan mengambil alih syarikat tersebut dan mengeluarkannya dari senarai, menerusi tawaran pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa.

Label:
Pelaburan Saham
10 April, 2011
Bagaimana Kalau BNM Naikkan Kadar Faedah?
Kos hutang akan bertambah, bekalan wang pula akan dikekang
Pada awal bulan ini, Bank Pusat Eropah (ECB) telah menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25% kepada 1.25%. Malah ECB dijangka meningkatkan lagi kadar kepada 1.50% pada bulan Julai.
Bank Pusat China juga telah menaikkan kadar sejak tahun lepas manakala Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini menambah SRR (Keperluan Rizab Berkanun) kepada 2.0% daripada 1.0%, tetapi telah mengekalkan OPR (Kadar Dasar Semalaman) pada 2.75%. Walau apa pun, ramai yang menjangka kadar OPR akan dinaikkan lagi pada tahun ini.
Mengapa naikkan kadar?
Sebenarnya dunia kini sedang menghadapi masalah inflasi, terutamanya kenaikan harga komoditi, logam berharga dan bahan mentah yang agak tinggi. Antara sebab kenaikan harga berlaku ialah kerana permintaan lebih tinggi dan juga bekalan wang yang berlebihan dalam sistem kewangan dunia.
Bekalan wang berlebihan wujud kerana dalam tempoh beberapa tahun lepas, kadar faedah hampir di seluruh dunia berada pada tahap rendah. Apabila kadar faedah rendah, ini bermakna kos dana adalah rendah dan terdapat banyak wang dalam edaran.
Wang berlebihan ini akan mencari aset untuk dilaburkan, meningkatkan permintaan bagi aset dan pelaburan, seterusnya, lantas mendorong kenaikan harga.
Salah satu sebab mengapa emas telah naik dengan ketara sejak beberapa tahun lepas adalah kerana ramai orang yakin terhadap keupayaan emas untuk mengekalkan nilai berbanding wang, lebih-lebih lagi dengan dasar wang longgar yang menyebabkan lebih banyak wang dicetak.
Kadar faedah terpaksa dikekalkan pada tahap rendah sejak dua tiga tahun lepas kerana dunia mengalami kemelesetan ketara. Untuk menjana kegiatan ekonomi, kadar faedah diturunkan bagi menggalakkan pelaburan dan bukannya simpanan.
Tapi kesannya ialah kenaikan harga barang dan juga hartanah (kerana kos pembiayaan yang murah). Justeru Bank Pusat terpaksa mengimbangi antara matlamat mengembangkan ekonomi dan mengawal inflasi.
Apabila kadar faedah naik, sudah tentulah ramai di antara kita terasa kesannya kerana kebanyakan kita ada mengambil pembiayaan, terutamanya pembiayaan perumahan, dengan kadar faedah (konvensional), keuntungan (BBA) atau sewa (musyarakah mutanaqisah) yang berubah.
Selain daripada itu, kos pembiayaan lebih tinggi boleh menyebabkan golongan tertentu tidak layak membuat pembiayaan kerana ansuran lebih tinggi.
Syarikat perniagaan juga terpaksa membayar kos pembiayaan lebih tinggi, justeru memberi kesan kepada untung. Tahapnya bergantung kepada berapa banyak modal syarikat yang dibiayai oleh hutang.
Namun, kenaikan kadar faedah berpotensi mengekang kenaikan harga, terutamanya harga hartanah, kerana kebanyakannya sudah mencapai tahap tidak mampu dimiliki oleh orang biasa. Di samping itu, kadar deposit bank juga dijangka meningkat seiring kenaikan kadar Bank Pusat.
Kita sebagai penghutang, penabung atau pelabur, kita perlu membuat persiapan untuk melaraskan strategi kewangan kita untuk mengambil kesempatan atau mengurangkan kesan jika kenaikan kadar dibuat oleh BNM.

06 April, 2011
Penuhi Janji Kepada Pelanggan
Mengotakan kata anda salah satu daripada teras perniagaan
Dalam menjalankan perniagaan, salah satu perkara paling penting yang menentukan kejayaan ialah menepati janji kepada pelanggan. Jika anda janji akan datang pada jam 3.00 ptg, pastikan anda sampai pada waktu itu. Jika anda janji untuk siapkan sesuatu projek menjelang hari Isnin, pastikan hari Isnin sudah siap. Kalau anda janji nak hantar barang yang dipesan pada hari esok, pastikan ia sampai kepada pelanggan esok walau apa pun keadaan cuaca.
Jangan buat janji kalau anda tak pasti dapat menunaikannya. Saya sendiri akan menolak tugasan yang mungkin tidak pasti dapat disiapkan dalam tempoh yang dikehendaki, walaupun terpaksa melepaskan untung daripada tugasan tersebut..
Konsep ini tersangatlah mudah tetapi anda mungkin terkejut berapa banyak perniagaan yang tidak mengutamakannya.
Selain itu, jangan hanya mementingkan pelanggan sahaja, tetapi jangan lupa pembekal anda. Jika anda janji nak bayar dalam masa 30 hari, bayarlah dalam tempoh itu. Anda mungkin rasa anda sebagai pelanggan boleh buat sesuka hati dengan pembekal, tetapi siapa tahu, apabila anda benar-benar terdesak, mereka tidak mahu membekalkan anda kerana tidak percaya dengan cakap anda.
Sebenarnya konsep menepati janji ini satu amalan dan etika perniagaan yang baik. Tetapi saya tahu bahawa ada yang tidak mengamalkannya. Saya amat tak suka kalau saya dilayan dengan baik dan pelbagai kata-kata manis ditabur tetapi bila tiba waktu untuk penyerahan, janji tidak dikotakan dan pelbagai alasan diberi.
Memang kita tidak boleh melakukannya setiap kali dan mungkin ada sekali-sekala, kita gagal memenuhi janji atas sebab yang tidak boleh dielakkan, tetapi kita perlu pastikan bahawa sebab itu benar-benar tidak boleh dielakkan dan meminta maaf kepada pelanggan.
Salah satu matlamat perniagaan ialah mencatatkan seberapa banyak jualan yang mungkin tetapi bukan dengan mengorbankan janji perkhidmatan kita kepada pelanggan. Bila kita memenuhi janji, kita dianggap sebagai boleh dipercayai. Faktor kebolehpercayaan adalah salah satu sebab utama mengapa pelanggan lebih suka memilih kita.

Perniagaan
03 April, 2011
Apakah Maksud Saham Bertahan?
Saham bertahan biasanya disyorkan dalam keadaan tidak menentu
Setiap kali kita memasuki fasa ketidakpastian dunia, kita akan mendengar pakar-pakar saham di akhbar mencadangkan saham bertahan atau defensive stocks. Apakah sebenarnya saham bertahan?
Saham bertahan ialah saham yang tidak begitu terjejas jika pasaran saham jatuh atau mengalami fasa tidak menentu. Tetapi seperti yang diduga, apabila pasaran 'hot', saham ini pula kurang diberi perhatian kerana kenaikannya lebih lambat dan tidak 'hangat' seperti saham yang pantas berkembang.
Saham bertaham lazimnya membayar tahap dividen tinggi (sebab itu harganya dapat bertahan). Selain itu syarikat terlibat dalam industri di mana pelanggannya perlu tetap membeli produk walaupun dalam keadaan ekonomi gawat.
Biasanya saham bertahan boleh ditemui dalam sektor barangan pengguna, penjagaan kesihatan dan farmaseutikal dan telekomunikasi.
Kita sedia maklum bahawa barangan pengguna dan produk kesihatan tetap perlu dibeli oleh pengguna dalam apa jua keadaan pasaran. Sebab itulah kedudukan syarikat yang mengeluarkan barangan ini tidak begitu terjejas dalam ekonomi gawat.
Satu saham bertahan yang pernah saya sebutkan ialah Apex Healhcare. Kita lihat prestasi Apex Healthcare berbanding indeks komposit:
Kita dapat lihat bahawa apabila indeks jatuh, saham ini naik, sebaliknya apabila pasaran secara keseluruhan naik dengan ketara pada tahun lepas, Apex Healthcare hanya mendatar. Itulah satu sifat saham bertahan, iaitu ia mempunyai tahap korelasi rendah dengan indeks pasaran.
Tetapi pelabur tidak harus terlalu terpengaruh dengan ulasan-ulasan di media. Masukkan saham bertahan sebagai sebahagian daripada portfolio anda, tetapi jangan pula terikut-ikut nasihat 'bermusim'. Bila anda mula mendengar pakar sibuk menceritakan tentang saham bertahan, memang mereka betul, tetapi tindakan sepatutnya diambil dua tiga bulan dulu, sebelum ketidaktentuan berlaku..
Sentiasa fikirkan senario yang mungkin wujud dan sesuaikan saham mengikut senario tersebut, tetapi pastikan ada saham lain yang boleh dimanfaatkan kalau senario unjuran utama anda tidak berlaku.

Dipetik daripada Bursa Station

Langgan:
Catatan (Atom)