Bajet 2016 ialah bajet yang disediakan untuk menghadapi keadaan semasa yang mencabar, di mana hasil minyak telah menurun tetapi sedikit sebanyak ditampung oleh kutipan GST. Seperti tahun-tahun lepas, saya akan menyenaraikan kesan dan insentif dalam Bajet 2016 yang berkait secara langsung dengan individu.
Peningkatan Kos atau Pengurangan Insentif bagi Individu
Jika tahun lepas individu terpaksa menghadapi GST dan rasionalisasi subsidi, tahun ini Kerajaan telah meningkatkan cukai pendapatan golongan berada dan menarik balik insentif persekolahan kepada golongan sederhana.
- Cukai Pendapatan dinaikkan daripada 25% kepada 28% kepada individu yang berpendapatan Sejuta Ringgit dan ke atas
- Cukai Pendapatan dinaikkan daripada 25% kepada 26% bagi individu yang berpendapatan RM600,000 hingga RM1,000,000.
- Insentif RM100 untuk setiap murid sekolah kini terhad kepada golongan berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sahaja.
Hartanah
Saya tidak nampak sebarang perubahan dari segi cukai keuntungan harta tanah (RPGT) pada tahun ini. Kalau begitu, RPGT adalah seperti tahun lepas.
Saya tidak nampak sebarang perubahan dari segi cukai keuntungan harta tanah (RPGT) pada tahun ini. Kalau begitu, RPGT adalah seperti tahun lepas.
- Bagi hartanah yang dijual dalam tempoh tiga tahun, RPGT ialah 30%.
- Bagi hartanah yang dijual pada tahun ke-4 dan ke-5, RPGT ialah 20% dan 15% masing-masing.
- Selepas tahun ke-6, tiada RPGT dikenakan bagi individu; 5% bagi syarikat.
Insentif Untuk Golongan Berpendapatan Rendah
- Menerusi Skim e-Kasih, isi rumah dengan pendapatan di bawah RM1,000 kini diberikan RM1050.
- BR1M kepada isi rumah dengan pendapatan di bawah RM3,000 akan dinaikan daripada RM950 kepada RM1,000.
- BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 ditambah daripada RM750 kepada RM800.
- Bagi individu bujang berusia 21 dan ke atas dengan pendapatan bulanan tidak lebih RM2,000, BR1M ditambah daripada RM350 kepada RM400.
- Skim Khairat Kematian RM1,000 akan diteruskan.
Insentif Untuk Pelajar
Insentif yang disediakan pada tahun lepas telah dikekalkan, tetapi hanya untuk pelajar dan golongan berpendapatan rendah sahaja.
- Baucar buku 1Malaysia bernilai RM250 setiap seorang untuk pelajar pengajian tinggi.
- Bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, tetapi terhad kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
Insentif Cukai
- Insentif cukai bagi setiap anak dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 seorang anak.
- Pelepasan individu untuk pasangan yang tidak bekerja dinaikkan kepada RM4,000
- Pelepasan bagi anak berusia lebih 18 tahun di IPT dinaikkan daripada RM6,000 hingga RM8,000.
- Pelepasan untuk anak OKU sebanyak RM6,000 diberikan dan sehingga RM14,000 jika mereka melanjutkan pengajian
- Anak yang menyara ibu bapa berpendapatan kurang RM2,000 dapat pelepasan RM1,500 setiap seorang.
Insentif Penjawat Awam
- Pemberian khas sebanyak RM500.
- Bayaran khas kepada pesara sebanyak RM250
- Gaji permulaan minimum RM1,200 bagi penjawat awam
- Pencen minimum RM950 bagi pesara dengan perkhidmatan sekurang-kurangnya 25 tahun
Insentif Pekerja
- Gaji minimum RM1,000 di Semenanjung dan RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 1 Julai 2016.
Insentif GST Kadar Sifar
- Ditambah kepada 8,360 jenis ubat.
- Susu bayi dan kanak-kanak berasaskan kacang soya
- Penerbangan laluan perkhidmatan luar bandar
Data Penting Lain Tentang Bajet
- Sejajar dengan usaha mengurangkan defisit, bajet kali ini menyaksikan defisit dijangka dikurangkan daripada 3.2% kepada 3.1% pada 2015.
- Tanpa GST tahap defisit negara adalah jauh lebih tinggi.
- Nisbah hutang kepada KDNK Kerajaan telah meningkat kembali kepada 54% berbanding 53% pada tahun lepas.
- KDNK dijangka berkembang pada kadar lebih perlahan 4.5 - 5.0 peratus pada 2015.
Secara umumnya, saya berpendapat bajet ini adalah munasabah. Berbeza daripada ramai orang lain, dari segi ekonomi saya rasa tindakan untuk mengenakan GST dan memansuhkan subsidi adalah tindakan yang perlu memandangkan situasi semasa.
Masalahnya ialah ketirisan, pecah amanah dan pelbagai isu lain. Di samping itu, pelaksanaan projek infrastruktur dan pengangkutan boleh dilakukan dengan lebih cekap untuk mengurangkan kos kepada pengguna.
Prestasi Perdana Menteri dari segi ekonomi adalah memuaskan di mata saya. Ramai orang tidak begitu faham dan tidak mahu faham mengapa tindakan tertentu perlu diambil. Tetapi sebenarnya ia amat diperlukan dan perlu dilakukan juga akhirnya, kalau tidak sekarang, pada masa depan.
Namun begitu, situasi 1MDB dan penerimaan jumlah wang yang begitu besar dalam akaun peribadi tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan. Justeru, sukar untuk meminta rakyat menerima segala kesusahan dan kos yang perlu ditanggung.
Rakyat akan memandang segala yang dilakukan dari sudut negatif. Tiada simpati di pihak saya bagi mereka walaupun saya anggap pengurusan ekonomi pihak pemerintah dari segi perancangan makro adalah agak memuaskan.
Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan buku Panduan Bijak Melabur, Petua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian.
PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat
PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat
Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.
1 ulasan:
Dah like tuan :)
Catat Ulasan