Masalahnya saya tak suka berbajet dan tak minat untuk menjejak perbelanjaan. Saya rasa lebih seronok untuk cari jalan menambah pendapatan daripada buat kira-kira secara detail.
Adakah cara yang lebih mudah? Bolehkah kita menguruskan kewangan dengan efektif tanpa bajet. Sebenarnya boleh. Saya guna teknik Pay Yourself First seperti yang disyorkan oleh ramai perancang kewangan.
Chris Cummings - freeimages.com
Saya buat tabungan peribadi sejurus selepas pendapatan diterima, selepas itu buat simpanan pendidikan anak-anak dan belanja bulanan tetap lain. Apa yang tinggal, itulah perbelanjaan saya dalam sebulan. Saya juga tidak menggunakan kad kredit.
Malah untuk menjadikannya jauh lebih efektif, anda boleh membuat pindahan automatik, iaitu menerusi arahan tetap, yang kini boleh dilakukan dengan mudah dan percuma menerusi perbankan dalam talian.
Memang sekali-sekala saya akan sediakan penyata pendapatan sebagai perancangan kasar belanja bulanan dan penyata aset dan liabiliti peribadi untuk melihat kedudukan aset. Tetapi setakat itu sahaja. Tiada kira-kira terperinci.
Ini bukan bermakna bajet itu tidak baik. Menyediakan bajet pasti lebih baik. Lebih-lebih lagi jika anda baru memulakan kerjaya dan kewangan anda ketat. Tetapi bajet bukan untuk semua dan sememangnya kurang sesuai untuk saya.
Dengan cara mudah ini, anda menjamin tetap membuat tabungan setiap bulan dan aset anda kian bertambah, tanpa perlu memikirkan hal bajet yang mungkin kurang menarik bagi sesetengah orang.
Jangan pula sebut yang Razali kata tiada guna buat bajet. Bajet adalah lebih baik dari tiada bajet, tetapi bukan satu kemestian. Buat apa yang sesuai dengan minat anda, selagi tabungan anda bertambah setiap bulan.
Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan buku Panduan Bijak Melabur, Petua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian.
PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat
PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat
Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.
1 ulasan:
Saya selalu cuba untuk catitkan sebab kadang kadang tak ingat duit habis kat mana.
Catat Ulasan