11 Oktober, 2015

Menyemak Kedudukan Kredit Anda Dengan CTOS

Bagi mereka yang ingin mendapatkan pinjaman, mempunyai masalah hutang pada masa lalu atau pernah mengalami apa jua bentuk urusan mahkamah berkaitan kewangan, anda boleh menyemak kedudukan kredit anda menerusi CCRIS dengan mengunjungi Bank Negara atau lebih mudah lagi, mendapatkan maklumat tersebut di dalam talian daripada CTOS.

Maklumat yang diberikan CTOS turut mengandungi data yang diperolehi daripada CCRIS.

Anda patut meninjau kedudukan kredit anda sebelum memohon sebarang bentuk pinjaman. Dengan menyemak data ini sebelum membeli sebarang hartanah atau rumah atau mendapatkan pembiayaan lain, anda boleh membayar wang pendahuluan dengan lebih yakin.

Cara untuk mendapatkan laporan anda:
  1. Pergi ke laman web www.ctoscredit.com.my dan kemudian klik Personal.  
  2. Selepas itu klik GetMyCTOS Report. 
  3. Di sana anda perlu membuat pendaftaran kali pertama dengan nombor KP dan kemudian mengisi borang.  
  4. Selepas itu mereka akan menghantar email pengesahan dan meminta anda menghantar salinan KP menerusi emel, SMS atau Faks.
  5. Selepas pengesahan KP diterima daripada anda, mereka akan hantarkan laporan kredit melalui emel.
  6. Anda boleh menyemaknya dari masa ke masa selepas itu di laman web CTOS.
Perkara menarik tentang kemudahan ini ialah jika anda dapati maklumat tentang anda adalah salah, anda boleh menghubungi CTOS untuk membetulkannya dengan menyerahkan dokumen yang berkenaan. Sebagai contoh jika hutang atau kes mahkamah telah diselesaikan, kemukakan buktinya kepada mereka.

Selain daripada menerusi komputer, anda juga boleh memuat turun aplikasi CTOS melalui App Store atau Google Play.

Berikut adalah antara maklumat yang terkandung dalam laporan ini:


Data mengenai status bankrup, status kredit daripada CCRIS dan juga situasi cek tendang daripada DCHEQS turut disediakan. Manakala di bahagian lain laporan ini pula terdapat senarai kedudukan anda sebagai pengarah atau pemilik syarikat.

Untuk memudahkan mendapat pinjaman, anda patut menjaga kedudukan kredit anda untuk memastikan tidak terlewat membayar hutang atau mempunyai hutang tertunggak.

Dengan adanya kemudahan ini daripada CTOS, anda boleh memantau kedudukan kredit dan juga membetulkan sebarang maklumat yang tidak tepat tentang hal-ehwal kewangan anda.

Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan buku Panduan Bijak MelaburPetua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian.

PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat

Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.

3 ulasan:

Khairul berkata...

Tuan,

Adakah rekod cek tendang menyebabkan sebarang kesulitan bila memohon pembiayaan dan sebagainya daripada pihak bank?

Unknown berkata...

Rasanya rekod negatif ini akan diambil kira dalam gambaran keseluruhan tetapi tidak seteruk tidak membayar ansuran bulanan pinjaman. Jika ada rekod, maklumkan kepada CTOS sebabnya jika ada sebab munasabah.

Tanpa Nama berkata...

salam, saya tak faham sangat laporan ctos ni..kalau value tulis 'not selected' maksud apa ye??