Padini Holdings ialah sebuah syarikat yang terlibat dalam pengeluaran pakaian dan produk fesyen dengan beberapa jenama terkenal seperti Padini, Padini Authentics, PDI, P&Co, Seed dan Miki.
Syarikat kini mengedarkan jenama fesyen sendiri dengan gedung runcit, francais dan kaunter di seluruh negara. Selain itu syarikat juga mengeksport produknya ke luar negara termasuk Thailand, Arab Saudi, Filipina, India, Indonesia dan beberapa negara lain.
Padini telah mencatatkan prestasi yang baik setakat ini dan beransur-ansur meningkatkan hasil, keuntungan dan juga harga sahamnya dalam tempoh lima tahun yang lepas.
Carta Padini - 5 Tahun
Dipetik daripada Bursastation
Sebenarnya pada akhir tahun lepas Padini telah melakukan pecahan saham 5 untuk 1, justeru menurunkan harganya kepada paras sekarang. Jika tidak, harga Padini sekarang berada pada tahap lebih RM6.50 berbanding harga semasa RM1.11.
Berikut adalah prestasi Padini untuk tempoh 5 tahun lepas, di mana EPS telah dilaraskan untuk mengambil kira pecahan saham bagi memudahkan perbandingan.
2006 4.4 sen
2007 4.8 sen
2008 7.9 sen
2009 9.4 sen
2010 11.6 sen
Paras hasil juga telah meningkat setiap tahun dan berganda dari 2006 hingga 2010 manakala dividen yang dibayar dalam tempoh lima tahun lepas adalah sekurang-kurangnya 40 peratus daripada untung.
Syarikat baru sahaja membuat pengumuman prestasi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 Jun 2011 dan mencatatkan EPS 3.71 sen untuk suku tersebut dan EPS 8.7 sen secara kumulatif untuk tiga suku tahun ini.
Pada paras tersebut syarikat dijangka meningkatkan prestasi EPS 2010. Diandaikan Padini mencapai EPS 12 sen pada tahun ini, sahamnya yang diperdagangkan pada harga RM1.11 pada penutup minggu lepas mempunyai P/E 9.25 yang agak berpatutan.
Secara keseluruhannya, syarikat ini nampak menarik dan berpotensi berkembang lagi. Selain itu jika ekonomi menghadapi sedikit kelembapan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, syarikat sebagai produk barangan pengguna mungkin boleh menampung kesannya.
Persoalan bagi pelabur yang berminat bukan sama ada syarikat ini kukuh atau tidak, tetapi pada harga apa yang patut dibeli? Bagi yang meramalkan saham ini boleh bertahan dalam segala keadaan ekonomi, harga semasa adalah agak baik.
Tetapi bagi mereka yang menganggap pasaran secara keseluruhan mungkin turun, mungkin boleh menantikan penurunan harga sebelum membeli.
Seperti biasa, pelabur perlu membuat penyelidikan dan penilaian sendiri dan tidak bergantung kepada pandangan yang saya berikan.
2 ulasan:
Bagaimana kita membuka akaun pelaburan Di PADINI HOLDING BERHAD??
Jeirah Domirin
email: jeirtom@gmail.com
hp: 0198004801
Macam mana nak melabur di saham padini...boleh bagitahu cara?
Email: chienmessi85@gmail.com
Catat Ulasan