22 Jun, 2011

MFCB Sangat Undervalued?

Harga saham kelihatan rendah berbanding potensi keuntungan

Seorang pembaca meminta saya menganalisis Mega First Corporation Berhad. Syarikat ini ialah sebuah syarikat yang terlibat dalam tiga bidang utama, iaitu loji jana kuasa, kuari dan pembangunan hartanah.  Sebahagian besar daripada hasil dan keuntungannya diperolehi daripada operasi penjanaan kuasa.

Sekali pandang keputusan yang dicatatkan oleh Mega First boleh dikatakan sangat mantap:

Dipetik dari Laman Web Megafirst

Harganya pada penutup hari ini ialah RM1.73. Berasaskan pendapatan sesaham 28.4 sen tahun lepas, saham syarikat diperdagangkan pada P/E lebih kurang 6 sahaja! Daripada ukuran ini sahaja, saham nampak sangat undervalued.

Berikut adalah carta harga saham syarikat:

Dipetik daripada Bursa Station

Harga saham telah naik hampur mencecah RM2.00 pada akhir tahun lepas tetapi telah kembali stabil pada purata sekitar RM1.70 - RM1.75.

Perkara yang menarik ialah prestasi suku pertama syarikat adalah amat memberangsangkan, dengan hasil yang lebih tinggi dan juga pendapatan sesaham sebanyak 9.56 sen sesaham.

Selain itu, sejak tempoh setahun lepas, syarikat telah membeli balik sahamnya secara agresif. Nampaknya pihak pengurusan kelihatan yakin dengan sahamnya sendiri.

Daripada pandangan kasar, syarikat ini nampak sangat undervalued, tetapi adakah terdapat sebab tersirat mengapa harganya tidak naik lebih tinggi?  

Setakat yang saya tahu, syarikat pernah ditegur Bursa Malaysia pada Oktober 2010 kerana gagal mendedahkan urus niaga tertentu, tetapi masalah itu lebih bersifat teknikal sahaja.

Sekiranya apa yang kita lihat benar, saham Mega First ternyata diperdagangkan pada nilai yang hebat. 

Nota: Diharap jika ada sesiapa yang tahu secara lebih mendalam tentang Mega First, harap dapat maklumkan.

3 ulasan:

Anak Kampung berkata...

apa pandangan saudara berkenaan saham scan associates bhd. Syarikat kembali untung dan mendapat banyak kontrak kerajaan.

http://jomduit.blogspot.com/

Unknown berkata...

salam,

Memang scan associates nampak sudah pulih...tapi mungkin tunggu keputusan satu atau dua suku tahun untuk mendapatkan kepastian sebenar. Tetapi kalau saudara ada maklumat khusus yang menunjukkan syarikat ini memang pasti meraih untung, maka sudah tentulah boleh labur secepat mungkin. Justeru, semuanya bergantung kepada kualiti maklumat dan prestasi pada tempoh seterusnya tahun ini.

Anak Kampung berkata...

MAMPU/PERKHIDMATAN/1/2011
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MEMBANGUN,
MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENYELENGGARA
PERKAKASAN DAN PERISIAN BAGI PERKHIDMATAN
PUBLIC KEY INFRASTRUCTURE (PKI) KERAJAAN DI
MAMPU, JABATAN PERDANA MENTERI
SCAN ASSOCIATES
BERHAD
RM 14,721,500.00