26 April, 2011

Bersedia Untuk Pasaran Mendatar?

Pasaran di paras sama sejak awal tahun, dengan sedikit tanda kelemahan

Pada awal tahun, semua pakar meramalkan bahawa pasaran saham akan naik, sehingga mencapai paras 1,700 menurut beberapa orang penganalisis.  Malah, paras tersebut diunjurkan dicapai pada separuh pertama tahun.

Kemudian, pada bulan Februari ada pula yang mendakwa bahawa risiko sudah mula meningkat, harga minyak naik terlalu tinggi, kadar faedah akan dinaikkan, pelbagai bencana alam berlaku dan pasaran djangka jatuh.

Tetapi ada satu lagi senario yang mungkin berlaku, iaitu pasaran  bergerak naik dan turun dalam jangka pendek, tetapi kenaikan dan penurunan mengimbangi satu sama lain  sehingga akhir tahun.  Ini juga satu kemungkinan yang perlu dipertimbangkan.

Carta indeks FBMKLCI untuk tempoh enam bulan lepas:

Dipetik daripda Bursastation


Kita boleh lihat bahawa paras pada awal tahun 2011 dan pada akhir tarikh semasa adalah hampir sama sahaja. Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas kita lihat satu lagi carta:

Dipetik daripada Bursastation


Adakah puncak telah dicapai?  Lazimnya tempoh purata pasaran 'bull' atau menaik ialah dua tahun dan rasanya dua tahun telah berlalu sejak paras dasar krisis pada Mac 2009. Tetapi 'lazimnya' tidak bermakna ia pasti berakhir, kerana ada kalanya bull market kekal lebih lama.

Walau apa pun, seperti yang kita sedia maklum bahawa beberapa faktor mula wujud yang berpotensi menjejaskan prestasi pasaran, termasuk pertumbuhan untung syarikat yang mendatar, peningkatan kadar faedah, harga minyak tinggi dan keadaan global yang kurang memberangsangkan.

Baru-baru ini S&P telah meletakkan penarafan Amerika di bawah pemerhatian untuk tempoh 2 tahun, dengan penarafan tertinggi diturunkan sekiranya tidak tindakan ketara diambil untuk menampung defisit.

Tetapi  keadaan keuntungan syarikat secara keseluruhan mungin hanya mendatar dan tidaklah menyusut.  Jadi potensi untuk 'crash' juga tidak begitu besar, melainkan satu 'shock' atau kejutan berlaku kepada sistem kewangan dunia.

Pendek kata, anda juga perlu bersiap sedia untuk senario pasaran mendatar, di mana pemilihan saham yang betul akan menentukan pulangan anda.

Tiada ulasan: