Saya tak faham kenapa kita nak kerja dispac sedangkan kita boleh kerja di kedai mamak atau restoran lain...apa yang boleh kita belajar jadi dispac, sedangkan bila kerja restoran kita boleh belajar selok-belok berniaga.
Saya tak faham kenapa kita nak kerja 'admin' sedangkan kita boleh kerja dalam industri pembinaan...bukankah kalau kita belajar ikat batu-bata, lama-lama kita pandai bina.
Saya tak faham kenapa kita nak kerja kerani sedangkan kita boleh jadi tukang cat...tukang cat boleh dapat kurang-kurang RM75 sehari, tetapi kadangkala RM100 atau lebih...lepas tu jadi kontraktor cat.
Saya tak faham kenapa kita nak rebut-rebut bawa teksi sedangkan lebih berbaloi kalau kita belajar bawa traktor...bukankah bawa traktor dan kemudian beli traktor sendiri lebih besar ganjarannya.
Saya tak faham kenapa kita nak jadi driver orang sedangkan kita boleh belajar cuci kolam renang atau cuci pejabat atau cuci apa saja...dan lepas tu lama-lama miliki bisnes cuci.
Saya tak faham kenapa kita suka main skim cepat kaya (menurut Ust. Zaharuddin, kita No.2 di dunia di belakang Amerika) tetapi liat untuk membina kerjaya atau perniagaan yang menghasilkan nilai ekonomi sebenar.
Saya tak faham kenapa kita sanggup duduk dalam office berhawa dingin tapi gaji lebih kurang seribu sahaja sedangkan kita boleh ambil risiko dan berniaga...apa risiko anda? Gaji RM12,000 setahun?? Sedangkan potensinya hanya dibatasi kesanggupan anda berusaha.
Rupanya masih banyak yang saya tak faham...
5 ulasan:
satu perbandingan yang mudah tapi ramai memilih yang mudah dan popular
Ramai yang suka outsource, walaupun mereka mampu buat sendiri.
Zaman serba pantas, mudah & cepat; tepuk dada, tanyalah selera..
Betul..Masih ada perkaras yang anda belum faham..
*perkara
Salam,
Saya saja buatposting ni sebab apabila saya perlukan perkhidmatan tertentu, saya dapati kebanyakan pilihan yang ada terdiri daripada warga asing...dan bukan sikit pulak tu bayaran yang dikenakan...sebab tu tertanya-tanya kenapa orang kita tak nak buat...kerja-kerja macam ni lebih lumayan dan badan pun lebih sihat berbanding kerja berkaitan 'admin' atau 'blue collar jobs' di pejabat.
Catat Ulasan