21 Mac, 2010

Kriteria Pelaburan Saham

Meninjau beberapa cara memilih saham
menggunakan kaedah fundamental analysis


Saya pernah membuat posting mengenai beberapa cara untuk memilih saham menggunakan analisis asas atau fundamental analysis di forum Bicara Jutawan. Saya paparkan posting tersebut di sini untuk tatapan pembaca blog, dengan sedikit tambahan dan perubahan.

1. Nisbah Harga Pendapatan atau P/E Ratio yang rendah, dengan pendapatan yang diramalkan meningkat
Nota:
- Mencari saham P/E rendah adalah senang, tetapi meramalkan sama ada syarikat akan meningkatkan keuntungan pada tahun kewangan akan datang adalah lebih susah.
- Berasaskan pemerhatian saya, saham dengan P/E rendah tidak akan naik harganya jika keuntungannya merosot.

2. Harga saham lebih rendah daripada aset ketara bersih, aset semasa bersih atau tunai bersih sesaham
Contoh: IGB, Dijaya
Nota:
- Bergantung kepada jenis aset syarikat.
- Kadangkala ada aset yang tak berfaedah dalam buku, justeru pelabur perlu berhati-hati.
- Saya lebih suka guna kaedah ini untuk menilai syarikat hartanah.

3. Turnaround Play - Ramalkan pemulihan syarikat
Cth MAS dan Proton yang menghadapi masalah satu ketika dulu.
Nota:
- Kaedah risiko tinggi / ganjaran tinggi
- Kadang-kadang syarikat tersebut gagal dipulihkan.

4. Ada potensi masa depan , jualan makin meningkat tapi catat kerugian
Cth: Ingress yang sudah tiga tahun rugi tetapi jualannya meningkat dan dijangka untung tahun ini.
Nota:
- Juga kaedah risiko tinggi/ganjaran tinggi
- Boleh cuba menilai menggunakan Price/Sales Ratio yang dipelopori Ken Fisher
- Kadang-kadang tak menjadi, seperti Nasioncom

5. Bayaran dividen tinggi, pertumbuhan stabil
Cth: F&N,Nestle: syarikat yang sungguh mantap
Nota:
- Jangan harap untuk menggandakan wang anda dalam jangka pendek
- Boleh memberikan pulangan dividen stabil dan mempunyai risiko rendah.

Kriteria di atas adalah antara cara saya memilih saham. Tetapi kaedah paling kerap saya gunakan sekarang ialah kaedah No.1 kerana prestasi banyak saham biasanya bergantung kepada prestasi keuntungannya. Saya juga suka kaedah No.4 tetapi untuk saham-saham sebegini, saya tetapkan stop loss atau trailing stop untuk menghadkan kerugian atau mengunci keuntungan yang sudah diperolehi.

Kaedah dan saham yang anda pilih bergantung kepada toleransi risiko anda. Jangan guna kaedah 3 dan 4 jika anda tidak sanggup menanggung risiko. Gunakan kaedah yang anda rasa selesa.

2 ulasan:

citate berkata...

saudara Razali, apa yg saya kurang faham adalah kenapa laman web yg berlainan memberi informasi yg berbeza tentang kedudukan kewangan sesuatu syarikat. cth:-syarikat ABC. laman 1- hasil rm10 juta
untung kasar rm 1 juta
untung bersih rm 500,000

laman 2-hasil rm 10 juta
untung kasar rm1.5 juta
untung bersih rm1juta.

perbezaan ini lebih ketara apabila kita melihat maklumat spt nilai aset ketara, book value dan sebagainya. yg mana satukah yg betul? bukankah para analisis ini merujuk pada syarikat tersebut terlebuh dahulu sebelum mengeluarkan analisa mereka. diharap saudara dpt memberi komen. terima kasih

Unknown berkata...

Salam Citate,

Kadang kala kesilapan boleh berlaku dalam proses menyampaikan maklumat...mereka buat posting laju dan banyak kesilapan boleh berlaku...dan saya pun kadang kala membuat kesilapan.

Penyelesaiannya ialah pergi ke bahagian listed companies > company announcements di Bursa Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat dan mutakhir.