21 Disember, 2009

Green Packet: Pelaburan Risiko Tinggi

Pemilik BroadBand P1 Guna Strategi Agresif

Siapa yang tak kenal dengan Rangkaian Broadbank WIMAX P1 sekarang, dengan iklan potong-potong-potong di televisyen. Selain daripada memberikan satu lagi pilihan jalur lebar, syarikat yang memiliki P1 ialah Green Packet (GP), yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Daripada strategi pengiklanan, promosi dan peluasan rangkaiannya, GP ternyata menggunakan strategi agresif dengan membuat perbelanjaan besar untuk mengembangkan perniagaan dengan pantas. Berikut adalah sedikit data mengenai GP:

1. Untuk 9 bulan berakhir 30 Sept 09, GP alami kerugian besar RM82.9 juta.
2. Tetapi hasil (revenue) syarikat untuk tempoh yang sama meningkat dengan ketara kepada RM101 juta.
3. Justeru kerugian dialami kerana kos promosi/pengiklanan dan perkembangan rangkaian yang tinggi
4. Berasaskan angka hasil dan kerugian semasa, pihak pengurusan mengandaikan bahawa mereka perlu 200,000 pelanggan untuk pulang modal (Sekarang ada 100,000).
5. Pihak pengurusan tetapkan sasaran pulang modal pada Suku 1 2010 (tapi saya rasa mungkin susah dicapai sepantas itu, mungkin pada suku kedua)

Faktor positif:
1. Kos pemerolehan pelanggan (iklan dan promosi agresif) dan kos meluaskan rangkaian dijangka stabil apabila jenama sudah mapan.
2. Jumlah pertambahan pelanggan pada S3 09 lebih tinggi daripada TM
3. Hasil meningkat dengan ketara
4. Telah membina jenama yang dikenali ramai

Risiko:
1. Persaingan sengit daripada peserta sedia ada termasuk daripada khidmat broadband daripada pembekal perkhidmatan bimbit.
2. Pelancaran High Speed Broadband TM tahun depan
3. Sukar mencapai dan mengekalkan sasaran bilangan pelanggan
4. Kekurangan modal sebelum dapat menghabiskan peluasan rangkaian atau mencapai jumlah pelanggan sasaran (malah kalau tak silap syarikat baru buat tawaran saham persendirian - private placement).

Berikut adalah carta saham GP untuk tempoh satu tahun lepas:

Dipetik daripada Bursa Station

Kita dapat lihat bahawa harga saham sejak kebelakangan ini adalah volatil. Saya ingin menekankan di sini bahawa pelaburan ini berisiko tinggi kerana jika perkembangan perniagaan tidak seperti yang dirancang, syarikat berpotensi untuk mengalami kegagalan besar, seperti Nasioncom yang terlibat dalam VoIP satu ketika dulu.

Walau apa pun saya meninjau syarikat ini kerana ada sesetengah pelabur yang lebih suka melabur dengan saham yang volatil sebegini. Saya juga suka mengkaji syarikat seperti ini dari sudut perniagaan dan persaingan. Kita tunggu dan lihat sama ada strategi agresif peserta baru ini dapat mengatasi gergasi yang sudah lama bertapak di pasaran.

Bagi saya persaingan amat baik bagi pasaran broadband, dengan harapan harga perkhidmatan akan jatuh untuk kebaikan kita yang banyak menggunakan Internet.

8 ulasan:

Pok Li berkata...

Tempat saya masih belum dapat liputan, hanya berlegar di kawasan bandar Kuala Terengganu. Mungkin tiada istilah 'potong' lagi ditempat saya ni :)

Tanpa Nama berkata...

Salam..Saya baru melibatkan diri beli saham ni 3 bulan lepas. Saya mula buat untung beli warrant GPacket 3 bulan yg lepas dan dapatlah untung dalam RM3++. Kemudian saya beli lagi 300unit pd harga RM0.905 dan 2600 unit pada harga RM0.955. Sekarang harga jatuh ke RM 0.680. Pada pandangan sifu adakah sya perlu tunggu sampai harga naik atau saya bertindak jualnya skrg memandangkan kenyataan sifu 'Green Packet: Pelaburan risko tinggi?

Baru2 ni pula saya ada beli saham Maxis. Apakah pendapat sifu tentang saham maxis? :)

Unknown berkata...

Salam Pok Li

Harap-harap sampailah tu dalam setahun dua ni..kalau tak P1, syarikat lain...janji ada pilihan untuk pengguna

Unknown berkata...

Wasalam,

Bukan sifu...hanya penyampai maklumat sahaja...:)

Ada cara akademik untuk menilai sesuatu waran tetapi umumnya bagi pelabur biasa seperti kita cara itu terlalu rumit. Justeru cara lebih mudah ialah menilai waran berasaskan sahamnya induknya. Umumnya kenaikan harga saham akan diiringi kenaikan harga waran.

Seperti yang saya katakan, amat sukar untuk menilai sama ada harga saham/waran akan naik atau turun bagi Green Packet kerana semuanya bergantung kepada kejayaan pelaksanaan strateginya. Orang dalam syarikat pun tak akan dapat meramalkan sama ada harga akan naik atau turun. Semuanya bergantung kepada sama ada pengguna menerima P1 Wimax atau tidak.

Apa yang saya tahu sudah dinyatakan dalam posting. Keputusan terletak di tangan saudara.

Cuma dua perkara ingin saya sentuh, pertamanya saya dapati bahawa saudara melabur untuk jangka pendek. Saya cadangkan saudara gunakan kaedah teknikal analisis untuk membuat penilaian (pendekatan saya lebih menjurus kepada fundamental analysis). Keduanya ialah apabila melabur untuk jangka pendek, ada baiknya untuk meletakkan stop loss, iaitu antara 5 - 10% daripada harga belian. Ini bermakna kalau harga jatuh ke tahap stop loss yang ditetapkan, anda jual untuk mengelakkan kerugian lanjut. Dengan cara ini, anda boleh menghadkan kerugian dengan menjual di sekitar harga 81 sen dan 86 sen. Mungkin stop loss boleh digunakan pada urus niaga anda yang seterusnya.

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih ye atas pandangan En. Razali. Saya setuju sgt dgn pandangan tu.. :)

Tanpa Nama berkata...

Apa pandangan En. Razali tentang syer Air Asia utk thn 2010 ni?

Unknown berkata...

Salam,

Nampak seperti passenger volume akan meningkat dan bisnes akan bertambah baik tahun ini...


tapi risikonya harga minyak pula makin naik dan tahap hutang Air Asia adalah sangat tinggi.

Mungkin berpotensi untuk naik tapi secara peribadi saya biasanya tak beli saham kapal terbang...:)

Saham ini memang exciting...cuma pastikan anda sentiasa pantau perkembangan syarikat

Tanpa Nama berkata...

Thanks :)