09 Disember, 2009

Ceramah Buku Panduan Bijak Melabur

Bincang pilihan saham dan peruntukan aset

Pada hari Ahad ini, saya akan mengadakan 'talk' terakhir saya tahun ini di MPH One Utama (New Wing). Seperti biasa acara ini percuma dan terbuka kepada semua.

Mereka yang berminat digalakkan datang awal sikit kerana memang susah cari parking lepas waktu tengah hari di One Utama.

Tempat: MPH One Utama (New Wing)
Tarikh : Ahad, 13 Disember, 2009
Masa : 2.00 - 3.00 ptg

Saya akan membincangkan topik berikut:

1. Mengapa melabur dalam saham?
2. Teknik pelaburan asas
3. Mencari idea pelaburan
4. Pemilihan saham
5. Peruntukan aset
6. Situasi semasa - (sangat penting)
7. Mengawal perasaan

Saya menjemput para pembaca blog untuk bersama saya. Lima pembeli pertama buku pada hari tersebut akan menerima satu buku percuma daripada Azizi Ali.

2 ulasan:

Khazaimi berkata...

Salam,
Tak de turun JB ke?
All the best

Unknown berkata...

Wasalam,

Thanks.

Kalau ada sapa-sapa jemput, saya takde masalah untuk turun JB. Cuma buat permulaan ni mungkin di KL dulu.