Pertumbuhan tidak terbatas akhirnya bawa padah
Semalam, 26, Nov., Dubai World, iaitu bahagain pelaburan milik kerajaan Dubai, mengumumkan bahawa ia telah meminta para peminjam untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman terhadap hutang yang ditanggung bernilai $60 bilion.
Pengumuman ini memeranjatkan pasaran dunia, kerana jika Dubai World gagal membayar balik pinjaman, maka banyak bank yang memberikan pinjaman kepadanya akan merasai kesannya.
Selain itu, satu lagi persoalan yang menjadi tanda tanya ialah projek-projek yang dilaksanakan oleh Dubai World. Jika projek-projek ini terjejas, maka sesetengah tempat di Asia pasti merasai kesannya, terutamanya syarikat yang terlibat dengan projek di Dubai, dan ini satu perkembangan yang agak membimbangkan.
Di Malaysia sahaja kita dapat lihat bahawa Dubai World telah membatalkan MoU dengan MMC bagi satu projek di Malaysia dan membatalkan hasratnya untuk melabur dalam Bank Islam. Berita tersebut mungkin petanda awal kepada situasinya sekarang.
Dubai ialah sebuah bandar yang berkembang sangat pesat pada alaf baru, mungkin perkembangannya terlalu pesat. Dengan pelbagai projek membina bangunan canggih dan hotel mewah yang jauh lebih mewah daripada apa yang dianggap mewah di sini, cita-cita tidak terbatas telah menggoncang kedudukannya. Mungkin situasinya begitu 'surreal' dan kini mereka terpaksa berpijak di bumi nyata.
Situasi ini lebih dekat dengan Asia. Di Asia sekarang ini terdapat sedikit 'bubble' dalam pasaran saham, walaupun kenaikan saham tidak begitu ketara di Malaysia berbanding pasaran lain di Asia. Masalah Dubai World ini pasti menjejaskan pasaran saham rantau ini dan global. Adakah ini jarum kecil yang akan menusuk buih-buih kenaikan pasaran yang sedang membuak-buak? Terpulang kepada anda untuk membuat penilaian.
Saya sendiri tak begitu pasti, tetapi selama dua tiga minggu ini, seperti yang saya nyatakan dalam posting saya baru-baru ini, saya lihat seperti indeks di Malaysia sudah penat mendaki. Saya telah mengeluarkan lebih 50% daripada wang daripada pasaran. Pelaburan yang tinggal hanya syarikat yang sangat menguntungkan sahaja.
Selamat Hari Raya Haji diucapkan kepada para pembaca.
2 ulasan:
Hi Razali Razman
Bagaimana pula industri hartanah Malaysia adakah juga 'bubble'? Mengenai pasaran saham Malaysia, jika skrg elokkah kita cash out sementara menanti correction untuk mengaut keuntungan? Sekian
Terima Kasih.
Unit Trust
Tak semestinya cash out completely...tapi kurangkan peruntukan aset dalam saham. Pegang saham yang benar-benar kukuh. Itu yang telah saya lakukan, sebelum situasi ini berlaku. Bukan masalah Dubai World sahaja yang saya bimbang...mungkin saya akan kupas dalam posting seterusnya.
Sebenarnya di Malaysia saya rasa tak ada bubble...pasaran hartanah dan saham pun taklah tinggi sangat...cuma bubble wujud di beberapa tempat lain dunia dan dalam keadaan sekarang ini apabila sentimen bertukar negatif di sana, pasaran Malaysia juga akan terasa tempiasnya.
Peristiwa Dubai World dinamakan 'exogenous shock' dan saya rasa mungkin ada risiko satu atau dua lagi exogenous shock sebelum ekonomi global pulih sepenuhnya.
Catat Ulasan