16 September, 2009

IQ Bukan Faktor Penentu Kejayaan

Pelbagai faktor lain seperti suasana, peluang, didikan
& kemahiran praktikal akan menentukan kejayaan


IQ menjadi ukuran yang diterima umum sebagai menentukan kebijaksanaan seseorang. Walaupun IQ memberikan seeorang kelebihan, tetapi ia bukan penentu mutlak kejayaan.

Tidak dinafikan bahawa IQ memberikan kelebihan. Namun begitu, menurut Malcolm Gladwell dalam bukunya Outliers, apabila seseorang mempunyai IQ sebanyak sekurang-kurangnya 120, ia tidak lagi menjadi faktor penentu.

Maksudnya kita tidak dapat menentukan dengan tepat sama ada orang yang mempunyai IQ 130 akan lebih berjaya atau IQ 150 akan lebih berjaya. Faktor lain yang penting termasuk apa yang dipanggilnya practical intelligence, suasana semasa dibesarkan dan peluang yang diperolehi dalam hidup.

Outliers ialah buku yang mengkaji faktor penentu kejayaan hebat yang dicapai oleh segelintir manusia terkemuka dan mengenepikan beberapa tanggapan umum yang dianggap menjadi penentu kejayaan.

Satu lagi perkara yang ditekankan ialah semua insan yang merupakan paling baik atau antara yang terbaik dalam bidang masing-masing telah menjalani latihan selama lebih kurang 10,000 jam atau bersamaan 10 tahun, tidak kira sama ada mereka 'gifted' atau tidak.

Buku ini memberikan harapan dan juga peringatan, bahawa bakat dan kebijaksanaan sahaja tidak mencukupi, tetapi paling penting ialah usaha dan juga kemahiran dunia sebenar.

4 ulasan:

Pok Li berkata...

Manusia merupakan makhluk dan sebaik-baik kejadian yang dicipta Allah. Banyak perkara yang tidak kita ketahui mengenai manusia. Walaupun kita juga manusia.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..

dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya 2009

semoga sentiasa ceria,sihat dan maju jaya.... amin.

selamat hari raya kepada abg Razali Razman dan keluarga...

tq... Maaf Zahir dan Batin

WS Solutions berkata...

cara berfikir juga salah satu faktor penentu kejayaan. alangkah baiknya jika kita berupaya untuk menyambung neuron2 dalam otak kita.. eheh..

p/s selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.

Unknown berkata...

Salam Pok Li, FL dan Syahril

Selamt Hari Raya dan Maaf Zahir Batin! Semoga Allah terima amalan kita di bulan puasa.