Bayangkan anda nak melabur sehingga seratus ribu ringgit untuk beli saham IPO. Atau anda mungkin nak pinjam jumlah itu untuk melanggan IPO tersebut. Tidakkah anda mahu tahu serba sedikit tentang syarikat? Atau anda selesa bergantung kepada laporan atau cadangan penganalisis atau laporan akhbar?
Saham IPO ialah seperti semua saham lain di pasaran, maka ia perlu dinilai sama seperti saham yang sudah tersenarai. Masalahnya ialah ia tiada
track record sebagai saham tersenarai, jadi apa yang boleh kita gunakan untuk menilai hanyalah
prospektus yang diterbitkan.
Prospektus mungkin mencecah beratus-ratus muka surat, tetapi jangan bimbang, anda hanya perlu membaca dengan teliti beberapa muka surat penting dan
scan muka surat lain untuk maklumat berkenaan. Masa setengah jam hingga satu jam pun cukup, dan lebih teliti lebih baik.
Semua prospektus boleh didapati di Bursa Malaysia di bawah bahagian
Company Anouncements/Prospectus. Klik
sini untuk mendapatkannya.
Latar Belakang Syarikat
Sekurang-kurangnya ambil tahulah apa yang syarikat tersebut keluarkan, walaupun hasrat anda nak flip (menjual saham sejurus selepas disenaraikan) saham tersebut. Manalah tahu kalau harga tak naik sekurang-kurangnya anda ada
back-up plan berasaskan nilai syarikat.
Latar belakang syarikat boleh didapati di muka surat awal prospektus.
Dolphin ialah sebuah syarikat pengeluar mesin pengilangan minyak sawit, industri yang tidak begitu glamor dan kurang mendapat perhatian lebih-lebih lagi kerana industri minyak sawit itu sendiri sedang mengalami tekanan akibat penurunan harga minyak sawit.
Bagaimanapun, syarikat tetap berjaya meningkatkan untung pada tahun 2014 dalam suasana industri yang mencabar.
Penyata Kewangan Proforma
Bahagian ini memaparkan Penyata Untung Rugi dan Lembaran Imbangan. Perkara paling penting untuk ditinjau ialah trend dan margin keuntungan bagi penyata untung rugi. Manakala bagi lembaran imbangan, antara lain lihat pada modal kerja (asset semasa tolak liabiliti semasa), paras hutang jangka panjang dan kedudukan tunai syarikat.
Matlamat anda (jika anda tahu membaca akaun) ialah untuk melihat sama ada kedudukan kewangan syarikat adakah kukuh.
Ringkasan Kewangan
Di sinilah maklumat asas mengenai
valuation atau penilaian boleh didapati kerana di sini nilai
per share atau sesaham digunakan. Ini penting kerana
per share information adalah paling relevan bagi pelabur kecil.
Angka yang perlu diperhatikan di atas ialah adjusted EPS (pendapatan sesaham). Pada harga penyenaraian RM0.68 sen, PE ratio semasa (0.68/0.0546) bagi saham ini ialah lebih kurang 12. Ini bermakna saham ini ditawarkan pada nilai yang lebih murah daripada Malakoff yang dijual pada PE kira-kira 18.
Tawaran dibuat pada harga lebih murah kerana ia syarikat kecil, tiada nama dan pelabur mungkin tidak begitu yakin tentang kestabilan dan kebolehpercayaan untungnya.
Tetapi kita juga perlu bandingkan dengan syarikat lain dalam industri yang sama. Berasaskan kajian saya, syarikat CBIP dalam industri yang sama dengan
track record lebih lama dan nama lebih besar boleh dibeli pada PE 11.5 sekarang ini.
Maklumat Penting Mengenai IPO
Di sini maklumat mengenai proses penyenaraian dan bilangan saham yang diterbitkan boleh didapati.
Satu lagi data penting ialah
net asset value atau nilai aset bersih syarikat, pada RM0.36 sesaham berbanding harga tawaran RM0.68 sen sesaham.
Bagaimana Hasil IPO Digunakan
Kita juga ingin tahu bagaimana duit daripada IPO ini digunakan. Kadangkala IPO digunakan semata-mata untuk membeli saham daripada pemegang saham utama. Dalam kes ini ia digunakan di dalam syarikat. Cadangan penggunaannya juga nampak munasabah.
Maklumat Lain
Selain itu, ada pelbagai maklumat lain tentang syarikat dan anda boleh
scan seluruh dokumen dan beri lebih perhatian kepada fakta yang anda rasa penting, contohnya siapakah pemilik saham utama dan pengarah syarikat dan latar bekalang mereka.
Di samping itu, jika ada laporan penyelidikan mengenai industri, anda boleh luangkan sedikit masa untuk membaca jika kelapangan. Dalam prospektus Dolphin, ada satu laporan industri yang amat berguna yang ditulis oleh Protege Associates. Maklumat tersebut berfaedah jika anda ingin memahami industri sawit dan mempunyai saham syarikat lain dalam industri.
Selain Daripada Prospektus
Selain daripada data dalam prospektus, terdapat beberapa faktor makro di luar syarikat yang akan mempengaruhi pergerakan harga saham, dan kepentingan maklumat ini adalah bergantung sama ada anda seorang
flipper atau pelabur jangka panjang.
Keadaan Industri dan Ekonomi
Keadaan industri dan ekonomi akan mempengaruhi prestasi syarikat dan kita tidak boleh lari daripada menilai industri dan ekonomi apabila menilai syarikat. Bagi saya, potensi Dolphin ialah dalam jangka panjang, untuk pegangan 3 tahun seiring dengan pemulihan harga dan industri minyak sawit.
Laporan Penyelidikan
Anda juga boleh mencari laporan penyelidikan dan
target price bagi saham IPO menerusi Internet. Lazimnya bagi IPO besar seperti Malakoff, banyak maklumat yang boleh didapati, tetapi bagi IPO kecil seperti Dolphin, tak ramai yang
follow.
Sentimen Pasaran Semasa
Bagi flippers pula, sentimen pasaran saham apabila saham disenaraikan adalah perkara paling utama untuk menentukan sama ada anda boleh menjual saham pada keuntungan. Satu lagi indikator ialah tahap lebih langganan terhadap saham. Namun begitu, kita hanya boleh mengetahui tahap lebih langganan selepas permohonan telah ditutup, maka yang boleh kita nilai hanyalah ialah sentimen pasaran semasa.
Kadangkala syarikat yang bagus pun terjejas akibat sentimen pasaran.yang kurang baik. Jadi spekulator yang mahukan
quick profit perlu mengambil kira perkara ini, terutamanya jika anda berhutang untuk membeli saham (sesuatu yang tidak saya syorkan)
Pandangan Peribadi
Bagi saya pada harga tawaran, nilai Dolphin boleh dianggap 'fair' bagi pelaburan antara 3 - 5 tahun. Cuma untuk syarikat lebih kecil, saya lebih suka PE 10 dan ke bawah sebelum beli, dengan potensi pertumbuhan untung pada tahun akan datang.
Pendek kata saya rasa nilainya saksama dan saya mungkin pertimbangkan beli di pasaran terbuka jika harganya sesuai dan selepas melihat keputusan untuk beberapa suku tahun akan datang. Atau dalam bahasa mudah, saya hanya beli jika rasa
undervalued. Jika tidak, banyak saham lain yang ada di pasaran.
Bagi flippers pula, saya tak boleh nak cakap memandangkan sentimen pasaran semasa. Seperti kata orang putih,
"Anything can happen".
Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan buku Panduan Bijak Melabur, Petua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian.
Jika anda memerlukan khidmat rundingan & bimbingan pelaburan, sila klik Bimbingan & Rundingan.
PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat
Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Secara alternatif, jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.