17 Jun, 2015

Coastal Contracts Nampak Kukuh

Coastal Contracts ialah sebuah syarikat pembina kapal sokongan luar pesisir mengikut tempahan yang turut menyediakan perkhidmatan pembaikan dan penyenggaraan kapal. Syarikat ini telah lama saya perhatikan dan kini mula sampai ke harga yang boleh dikatakan berpatutan.

Coastal telah mencatatkan prestasi yang kukuh sejak tempoh lima tahun lepas, dengan pendapatan yang konsisten dan nilai asset bersih yang kian meningkat.

Walaupun perniagaan pembinaan kapal nampak terjejas akibat kelemahan sektor minyak dan gas, Coastal Contracts mempunyai buku tempahan bernilai RM2.4 bn yang memberikan keyakinan terhadap keupayaannya untuk terus mencatatkan untung sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun akan datang.

Harga saham syarikat telah jatuh setahun lepas seiring dengan sentiment negatif perniagaan dan pasaran secara keseluruhan:

Bursa Malaysia

Berikut adalah ringkasan prestasi lima tahun lepas yang dipetik daripada laporan tahunan syarikat:

Laporan Tahunan 2014

Harga penutupnya semalam, 16 Jun, ialah RM2.82. Berikut adalah ukuran penilaian yang saya gunakan untuk menilai saham ini. Data diambil dari Shareinvestor dan The EdgeMarkets.


shareinvestor.com.my
 

The Edge Markets
 
Saham ini memenuhi hampir semua kriteria penilaian saya kecuali pulangan dividen sahaja. Syarikat juga tidak mempunyai hutang jangka panjang, menjadikannya saham yang agak menarik. Di samping itu, The Edge Markets memberikan penilaian Fundamental dan juga Valuation 3, angka tertinggi yang boleh diberikan.
 
Malah, syarikat baru mengumumkan data suku tahunan yang agak kukuh, dengan pendapatan sesaham 12.4 sen. Unjuran penganalisis bagi seluruh tahun ialah kira-kira 37 sen. Sasaran harga penganalis pula ialah RM3.35 oleh Ambank, RM3.47 oleh Alliance dan RM5.00 oleh Macquarie. Pandangan saya ialah ia boleh mencecah RM5 dalam keadaan pasaran positif.
 
Cuma buat tempoh enam bulan akan datang, mungkin sentimen pasaran saham dan ekonomi dunia akan mengekang sebarang kenaikan. Mereka yang berminat dengan saham ini sama ada boleh menunggu untuk penurunan lanjut dalam harga atau mendapatkannya sekarang.

Walau apa pun, saya rasa ini merupakan saham yang kukuh untuk jangka panjang. Malah KWSP juga baru sahaja menambah pegangan dalam saham ini, sedikit demi sedikit.

Nota:  Pandangan ini adalah berasaskan keadaan pada masa posting ini ditulis dan mungkin tidak lagi sesuai apabila anda membacanya. Walau apa pun, ini hanya pendapat peribadi penulis dan pembaca perlu membuat penilaian sendiri terhadap apa jua pelaburan. Artikel ini bukan nasihat atau cadangan untuk membeli. Penulis mungkin memiliki atau berminat untuk memiliki saham yang dianalisis dalam blognya.

Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan buku Panduan Bijak MelaburPetua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian.

Jika anda memerlukan khidmat rundingan & bimbingan pelaburan, sila klik Bimbingan & Rundingan.

PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat
Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.

6 ulasan:

Mohd Arif berkata...

Assalam tuan.apakah yg dimaksudkn dgn "buku tempahan" dalam artikel di atas?

Tanpa Nama berkata...

Spot on. I also have Coastal top in my shortlist. Previously you also highlighted APM. I suspect we may have many more similar companies in our list. I wish we could meet someday and have a chat. Salamm ramadan tuan. - MAS

Unknown berkata...

Wasalam, maksudnya ialah order book. Dalam kes ini bermaksud jumlah tempahan yang sudah diterima untuk membina kapal. Ada yang akan dibina, ada yang baru dibina dan ada yang sedang dibina.

Order book bagi syarikat lain pula bermaksud tempahan untuk produk dan perkhidmatan yang sudah diterima oleh sesuatu syarikat untuk produk atau perkhidmatannya yang perlu dilaksanakan pada masa depan.

Unknown berkata...

MAS - Salam Ramadan...you can connect with me on FB.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tn Razali,

Baru2 ini syarikat ada menerbitkan saham baru untuk kakitangan (ESOS) sebanyak 15%.
Apakah kesan signifikan penerbitan ESOS terhadap harga?
jika saya adalah pemegang saham kecil, adakah perkara ini men"dilute"kan pegangan saya atau ESOS dikatgorikan dalam "company share buy back" memandangkan pembeli saham adalah staff syarikat?

mohon pencerahan.
maaf jika pertanyaan saya tidak relevan.

terima kasih

Unknown berkata...

Ada sedikit dilution dan kesan terhadap harga adalah kecil. Ini kerana dalam ESOS kakitangan akan membayar untuk saham tersebut, walaupun pada harga lebih rendah daripada pasaran. Jadi dilution memang ada tetapi kecil. Ini bermakna bilangan saham di pasaran bertambah, tetapi aset syarikat juga bertambah daripada tunai yang diterima untuk jualan saham kepada kakitangan.

Ini tidak sama dengan co buyback kerana bilangan saham di pasaran akan bertambah, bukannya berkurangan seperti company buyback.