Kelas Bimbingan Peribadi
- Panduan Asas Saham
- Value Investing
- Penyusunan Semula Pelaburan Peribadi
- Perancangan Kewangan / Peruntukan Aset
- Isu Kewangan/Pelaburan Lain
Kelas Bimbingan Peribadi
1. Panduan Asas Saham
Kelas selama tiga setengah jam, termasuk sesi soal jawab, berkaitan dengan asas saham, berasaskan e-book Panduan Asas Saham sebagai teks. Memberi panduan kepada pelabur tentang cara membuka akaun, simbol dan maklumat asas tentang skrin saham, cara key-in buy and sell order, pelbagai instrumen yang wujud di pasaran saham dan cara meraih untung daripadanya, maksud indeks saham, mengira pulangan saham dan banyak lagi. Sesuai untuk newbie yang belum atau baru hendak membuka akaun dan inginkan ilmu asas untuk menjadi pelabur bijak.
Tempoh Kelas: 3 1/2 jam.
Untuk Siapa: Pelabur Baru
Bilangan Peserta: 1 - 3 orang.
2. Value Investing
Kelas ini ialah mengenai Value Investing atau Pelaburan Berasaskan Nilai. Menunjukkan cara untuk memilih saham yang lebih rendah dariapda nilainya. Termasuk latihan praktikal di dalam kelas untuk menilai saham. Turut menunjukkan pelbagai sumber yang digunakan untuk mendapatkan maklumat, sama ada percuma atau pada harga rendah.
Membolehkan anda meninjau dengan pantas sama ada sesuatu saham itu patut diselidiki lebih lanjut. Kelas ini pernah saya berikan dalam bentuk Seminar anjuran Pakdi pada tahun 2013. Kelebihannya ialah kelas ini adalah dalam bentuk bimbingan peribadi dan soalan sentiasa boleh ditanya jika tidak faham.
Tempoh Kelas: 3 1/2 jam.
Untuk Siapa: Pelabur Pertengahan
Bilangan Peserta: 1 - 3 orang.
Untuk kadar dan maklumat lanjut mengenai kelas bimbingan peribadi, sila emel razali@laburniaga.com. Malah, jika anda ada kumpulan yang lebih besar, hubungi saya dan kita boleh berbincang tentang cara mengadakan kelas tersebut untuk kumpulan anda.
Khidmat Rundingan
1. Penyusunan Semula Pelaburan
Ramai pelabur yang mungkin telah lama terlibat dalam saham atau pernah melabur dalam unit amanah tanpa keputusan yang memuaskan. Saya boleh membantu anda menilai semula portfolio pelaburan anda untuk melihat sama ada ia memenuhi keperluan anda dan membincangkan cara untuk menambah baik portfolio tersebut supaya dapat memberikan pulangan lebih tinggi atau cuba memulihkan pelaburan yang rugi.
2. Perancangan Kewangan / Peruntukan Aset
Bagi mereka yang baru hendak menabung atau sesiapa yang sudah mempunyai simpanan yang besar tetapi tidak tahu bagaimana untuk mempelbagaikan dana kepada aset lain yang berisiko tetapi memberikan pulangan lebih tinggi. Pelbagai pilihan yang ada dan risiko yang wujud mengenainya akan dibincangkan sebelum mencadangkan peruntukan aset yang sesuai dengan kesanggupan anda menanggung risiko.
3. Isu Kewangan Lain
Sekiranya anda ingin mendapatkan nasihat tentang isu kewangan lain. Beritahu saya menerusi emel dan saya akan pertimbangkan sama ada saya mampu memberikan nasihat yang bernas berkaitan isu tersebut.
Untuk kadar dan maklumat lanjut mengenai khidmat rundingan, sila emel razali@laburniaga.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan