Syarikat ini ialah sebuah syarikat yang kukuh tetapi harga sahamnya terjejas teruk akibat kejatuhan harga minyak sejak lewat tahun lepas. Ada pembaca yang bertanya mengenai syarikat ini dan saya telah meninjau dan mendapati prestasinya agak kukuh,
Jika kita melihat graf harga sahamnya sejak lima tahun lepas, kita dapat lihat kenaikan ketara dan kemudian junaman seiring kejatuhan harga minyak.
Bursa Malaysia
Prestasi suku tahunannya merosot, seperti yang dijangka pada suku tahun dan separuh tahun terbaru seiring kejatuhan harga minyak, tetapi kedudukannya masih mantap walaupun menghadapi keadaan semasa yang mencabar.
Bursa Malaysia
Tetapi sebelum tahun kewangan semasa, kita dapat lihat bahawa Dayang mencatatkan keputusan yang kukuh tahun demi tahun, dengan hasil dan keuntungan yang meningkat sepanjang tempoh tersebut.
Laporan Tahunan Dayang
Seterusnya kita lihat pula nisbah kewangan Dayang:
shareinvestor.com.my
Apa yang saya lihat ialah sebuah syarikat kukuh dengan hutang bersih yang rendah dan keuntungan yang konsisten, walaupun ia merosot pada tahun semasa.
Saya telah memperolehi saham ini dan baru hendak menulis mengenainya apabila sahamnya telah naik kira-kira 20 sen dalam tempoh beberapa hari.
Situasi harga minyak masih tidak stabil dan saham ini nampak kukuh walaupun pada harga semasa. Tetapi jika ia jatuh kembali ke paras di bawah RM1.70, maka saya berpendapat harganya amat menarik.
Memandangkan paras harga minyak mentah sekarang, pelabur mungkin perlu menunggu untuk meraih untung. Rasanya saham ini sesuai untuk mereka yang mempunyai jangka masa pelaburan antara 1 - 5 tahun.
Mereka yang berminat untuk membaca laporan penyelidikan tentang Dayang boleh klik pautan berikut untuk mendapatkan analisis daripada Alliance, HLB dan Public Invest.
Nota: Pandangan ini adalah berasaskan keadaan pada masa posting ini ditulis dan mungkin tidak lagi sesuai apabila anda membacanya. Walau apa pun, ini hanya pendapat peribadi penulis dan pembaca perlu membuat penilaian sendiri terhadap apa jua pelaburan. Artikel ini bukan nasihat atau cadangan untuk membeli. Penulis mungkin memiliki atau berminat untuk memiliki saham yang dianalisis dalam blognya.
Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan buku Panduan Bijak Melabur, Petua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian.
PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat
PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat
Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.
4 ulasan:
Salam,
Tuan Razali, sekiranya tuan tidak keberatan, bolehkah tuan memberi ulasan mengenai Tropicana Corporation Berhad? Hal ini kerana nilai PE syarikat yang rendah di samping nilai pendapatan yg tinggi hasil daripada penjualan rumah di Klang Valley dan Penang, tetapi harganya masih di tahap yg rendah.
Terima Kasih.
Wasalam, rasanya PE rendah untuk tahun lepas. Pada tahun ini untuk dua suku pertama, Pendapatan Sesaham (EPS) adalah agak rendah. Tetapi dalam jangka panjang pada pendapaan saya syarikat ini ok, cuma dalam jangka pendek untungnya mungkin tidak begitu memberangsangkan.
Cuba juga bandingkan dengan syarikat hartanah lain. Cuba juga lihat Glomac contohntya. Mungkin anda akan dapati beberapa syarikat lain yang lebih menarik daripada Tropicana. Maksudnya boleh pilih Tropicana tetpai bandingkan dengan syarikat lain dalam industri yang sama. Selain itu, pastikan jika ingin membeli syarikat hartanah, produknya ialah produk yang lebih sederhana dan bukan terlalu mewah kerana produk kos sederhana lebih mudah dijual dalam pasaran semasa.
Salam Tn. Razali,
Harga Sesaham Dayang RM1.49(23/11/2015) pada hari ini adalah lebih menggiurkan(tempting).
bolehkah saya dapatkan pendapat tuan untuk syarikat yang mempunyai balance sheet yg kukuh seperti Dayang, adakah relevan untuk menjadikan all times low (RM1.41 pada 19/09/2011) sbg turning point sebelum harga kembali dalam trend menaik?
terima kasih
Wasalam,
Saya rasa mustahil untuk menentukan exact turning point. Lebih relevan ialah analisis anda tentang bila turnaround in oil price akan berlaku. Jika akan berlaku tahun depan maka harga sehingga RM1.70 dan RM1.80 pun boleh beli. Tetapi jika harga minyak terus rendah seperti sekarang dua atau tiga tahun lagi, anda beli RM1.41 pun mungkin boleh turun lagi harga selepas itu. Fokus analisis pada apa yang akan berlaku pada harga minyak dalam tempoh 1 - 3 tahun. Memang sukar diramalkan, tetapi itulah penentu harga apa yang paling sesuai untuk membeli saham ini.
Catat Ulasan