11 September, 2015

Penyelidikan Saham Percuma Langkah Demi Langkah

Dalam dunia maklumat tidak terbatas masa kini, pelbagai maklumat boleh didapati dengan beberapa klik sahaja. Sekarang seorang pelabur fundamental atau value investor boleh mendapatkan segala maklumat yang diperlukannya secara percuma.

Berikut adalah cadangan langkah demi langkah untuk mengumpulkan maklumat dan menyelidiki saham syarikat, tanpa sebarang kos:

A.  Laman web Bursa Malaysia
  1. Layari bahagian Listed Companies dan pilih syarikat yang berkenaan
  2. Klik pada Annual Report dan dapatkan dan baca laporan tahunan.
  3. Klik pada Company Website dan dapatkan maklumat latar belakang syarikat
  4. Pergi ke bahagian Latest Announcement dan cari laporan suku tahunan Syarikat
  5. Semak senarai pengumuman dalam Latest Announcement dan lihat maklumat penting lain seperti belian balik saham, jual beli pemegang saham utama, bayaran dividen dan sebagainya.
  6. Klik pada carta untuk melihat pergerakan saham dalam tempoh 5 tahun lepas
  7. Turun ke bahagian Research Report dan lihat sama ada terdapat Laporan Penyelidikan mengenai syarikat

B. Laman i3Investor.com
  1. Pergi ke kaman web i3Investor dan buat carian untuk saham yang ingin diselidiki
  2. Klik pada View Price Target Detail untuk melihat harga sasaran yang ditetapkan oleh firma penyelidikan
  3. Pergi ke Latest Headlines untuk meninjau berita terkini dan penyelidikan mengenai saham ini
  4. Skrol ke bahagian bawah sekali untuk melihat forum mengenai saham. Baca forum untuk meninjau apa-apa maklumat dan khabar angin tetapi jangan percaya sepenuhnya. Cuba sahkan dengan sumber lain

C. The EdgeMarkets
  1. Layari The EdgeMarkets. Log masuk dan taip nama saham anda dalam kotak pencarian
  2. Lihat markah Valuation dan Fundamental yang diberikan oleh laman ini
  3. Kaji Nisbah Penting berkenaan saham di bawah tajuk Key Ratios
  4. Kemudian klik ruang Comparison di bahagian atas untuk melihat perbandingan dengan syarikat dalam industri yang sama atau berkaitan
  5. Klik ruang Broker Reports untuk membaca laporan penyelidikan mengenai syarikat.
  6. Jika mahu, anda juga boleh membuat Watchlist anda sendiri dengan klik pada Watchlist di laman utama
Rasanya semua maklumat yang diperolehi cukup lengkap untuk membuat analisis sendiri, tanpa perlu melanggan kepada perkhidmatan berbayar. Maklumat ini boleh ditambah pula dengan data dan penyelidikan yang dibekalkan oleh broker anda sendiri.

Nota:
Saya melanggan shareinvestor.com.my pada harga kira-kira RM20 sebulan untuk memudahkan kerja dan pengiraan. Tetapi kebelakangan ini, hampir semua data yang saya perlukan boleh didapati percuma, cuma kena luangkan sedikit masa untuk mencari.

Malah sekarang buku Dynaquest pun tak banyak digunakan, walaupun saya rasa masih ada manfaatnya. Jika anda ada sumber maklumat berguna lain, harap dapat kongsikan dalam ruangan komen.

Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan buku Panduan Bijak MelaburPetua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian.

PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat

Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di  razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.

6 ulasan:

Insan Biasa berkata...

laman bursamarketplace tuan, sebuah laman bawah Bursa Malaysia juga..
http://www.bursamarketplace.com/

Unknown berkata...

Terima kasih...:)

MAS berkata...

For initial screening; http://www.klsescreener.com/v2/

Unknown berkata...

Thank you

Trader Selalu Rugi berkata...

Saya suka...so next step..setel hutang..kmpul duit utk tmpung belanja setahun,then bru guna duit utk invest

NaimRich Design berkata...

Insage online mungkin bleh di cuba...tapi dgn kos yg agak mahal...untuk menggunakan versi percuma(x selengkap yg berbayar) saya tak ingat kena pakai cds account apa...