28 Februari, 2012

Century Logistics Catat Prestasi Memuaskan

Tetap raih untung tinggi walaupun prestasi terjejas buat seketika

Century Logistics, sebuah syarikat penyelesaian rantaian bekalan, telah mencatatkan keputusan agak memuaskan untuk suku keempat tahun 2011 dan juga seluruh tahun tersebut walaupun operasi unit simpanan terapungnya (FSU) tergendala untuk tempoh dua bulan. Operasi tersebut kini telah disambung semula.

Pendapatan sesaham (EPS) Century ialah 37.8 sen untuk seluruh tahun 2011 berbanding 38.7 sen pada tahun 2010.  Prestasi ini agak memuaskan walaupun menyusut sedikit.

Tetapi kemerosotan ini berlaku kerana syarikat terpaksa menghentikan operasi 5 FSU di luar pesisir Pasir Gudang dan memindahkannya atas arahan Jabatan Marin.

Walau apa pun, perkara yang menarik tentang Century Logistics ialah harga sahamnya yang berada di paras RM1.65 - RM1.90 sejak beberapa bulan lepas, dan pada harga ini ia diperdagangkan pada nisbah harga pendapatan (P/E) di bawah 5.



Dipetik daripada Bursa Malaysia


Dividen keseluruhan pada tahun ini dijangka 12 sen, di mana 5 sen telah dibayar dan dividen 7 sen dijangka dibayar, memberikan dividend yield atau pulangan dividen 6 - 7%.  Berikut adalah carta 5 tahun Century Logistics.



Dipetik daripada Bursastation


Perlu diingat bahawa separuh kedua tahun lepas agak kurang baik bagi ekonomi dunia dan mungkin juga separuh pertama tahun ini.  Ini menjadikan prestasi Century agak memberangsangkan.

Dari segi aset, nilai aset ketara bersih Century ialah RM2.49.  Ini bermakna syarikat ini boleh dianggap undervalued dari segi keuntungan dan aset selain mempunyai tahap hutang yang agak rendah.

Secara keseluruhan, mungkin dalam jangka pendek keadaan ekonomi dan prestasi syarikat akan mendatar tetapi apabila dagangan global kembali pesat, Century berpotensi berkembang lagi dan menarik perhatian daripada masyarakat pelabur.

Harga saham Century berbanding tahap keuntungan dan aset menunjukkan bahawa saham undevalued tetap wujud walaupun indeks pasaran berada di paras yang agak tinggi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan, boleh tak kita membuat andaian bahawa dana-dana amanah yang dikeluarkan oleh Prudential BSN Takaful adalah patuh syariah kerana segala urusan syarikat dikawal oleh Akta Takaful 1985?

Unknown berkata...

Memang boleh membuat andaian tersebut...kerana dana amanah kawalan sebuah syarikat TAkaful seharusnya patuh syariah...kalau tidak takaful yang dikeluarkan itu sendiri menjadi tidak patuh syariah.

Jadi kita boleh andaikan ia patuh syariah.