Beberapa bulan lepas saya ada menulis tentang keadaan ekonomi global yang tidak seburuk yang disangka dalam posting berikut: Kesan Global Tidak Seburuk Disangka
Di samping itu, saya juga ada menulis pada awal tahun tentang saham bermodal kecil dan sederhana yang agak kelihatan undervalued berbanding saham bermodal besar seperti yang dilihat daripada pergerakan FBM Small Cap berbanding FBM KLCI dalam posting berikut: Imbasan Pasaran Saham 2011
Dalam masa sebulan lebih, indeks FBM Small Cap telah naik dengan ketara berbanding kenaikan FBM KLCI seperti yang dilihat daripada carta berikut:
FBM Small Cap (Biru) vs FBM KLCI (Merah) - 3 Bulan
Dipetik daripada Bursastation
Kita dapat lihat bahawa FBM Small Cap telah melonjak sejak bulan Januari, dengan harga sesetengah saham modal sederhana dan kecil mendapat perhatian pelabur dengan kenaikan volum dagangan dan juga harga yang ketara.
Ada beberapa saham dalam radar saya yang pernah disebutkan dalam blog ini seperti CBIP, FFM, Petronas Chemicals, Padini, Freight Management dan BIMB telah naik. Ada yang naik kerana proses pecahan saham atau proses korporat dan bukan kerana kenaikan untung.
Walaupun suasana luar nampak seperti sudah stabil, masih ada kemungkinan kecil berlaku sesuatu yang tidak diduga di Eropah. Lagipun kenaikan berlaku sedangkan pada suku tahun ini keuntungan korporat dijangka mendatar sahaja.
Keadaan nampak positif tetapi pelabur perlu berhati-hati dan tidak terlalu mengejar saham hangat sehingga melupakan nilai sebenar saham tersebut berasaskan keuntungan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan