pada awal tahun tetapi tidak seburuk yang disangka pada tengah tahun
Tirai tahun 2011 telah ditutup dan dalam tahun di mana beberapa kejutan luar berlaku, termasuk bencana alam Jepun, pergolakan beberapa negara Arab dan juga krisis hutang Eropah serta kemelut had hutang Amerika, pasaran Malaysia tidak mencatatkan prestasi yang terlalu buruk, walaupun telah jatuh pada pertengahan tahun.
Malah, definisi bear market pun belum lagi dapat diguna pakai kerana saham tidak jatuh lebih daripada 20%. Berikut adalah prestasi tiga indeks berbeza untuk melihat segmen mana yang naik atau turun: Nota: Semua carta dipetik daripada Bursa Station.
FBM KLCI
FBM KLCI ditutup hampir di paras yang sama berbanding awal tahun tetapi pada pendapat saya ini agak mengelirukan kerana saham-saham indeks telah 'ditolak' naik, sehingga pada 15 minit terakhir Jumaat lepas, indeks naik 20 mata secara tiba-tiba, sesuatu yang agak janggal.
Perlu diingat bahawa prestasi pelbagai dana mungkin bergantung kepada harga saham tertentu dan mungkin saham-saham ini ditolak naik untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik pada akhir tahun. Kita hanya akan tahu sama ada kenaikan ini kekal pada bulan Januari, mungkin selepas Tahun Baru Cina.
FBM Emas Syariah
Prestasi Emas Syariah (merangkumi semua saham patuh Syariah) juga naik, kerana indeks ini juga mengandungi saham-saham besar yang saya sebutkan tadi. Indeks Emas Syariah ditutup lebih tinggi pada akhir tahun walaupun telah jatuh dengan ketara pada pertengahan tahun.
FBM Small Cap
Sementara itu, FBM Small Cap, yang meliputi semua saham di luar 100 saham bermodal terbesar di Bursa Malaysia, menunjukkan prestasi yang kurang baik dengan penurunan sebanyak 9%. Bagi saya inilah yang menggambarkan keadaan sebahagian besar saham di BSKL..
FBM KLCI vs Small Cap
Jika dilihat daripada carta perbandingan antara FBM KLCI dan FBM Small Cap. Prestasi kedua-duanya hampir menjejaki satu sama lain sehingga bulam Mei apabila prestasi FBM KLCI mula mengatasi prestasi FBM Small Cap.
Pada pendapat saya buat masa ini saham-saham besar adalah tidak undervalued kerana kenaikan agak besar yang berlaku pada suku ketiga tahun ini. Sebaliknya saham small cap yang belum naik lagi nampak mempunyai potensi..
Namun begitu kenaikan harga tidak semestinya mencerminkan nilai kerana pada tahun depan pilihan raya akan diadakan dan kemungkinan harga saham-saham besar 'disokong' oleh dana-dana tertentu. Terpulang kepada pelabur memilih berasaskan gaya pelaburan masing-masing.
Secara peribadi pula, tahun ini saya akan lebih memberi tumpuan kepada saham small cap undervalued yang mempunyai P/E yang rendah tetapi Pulangan atas Ekuiti (ROE) yang tinggi dengan unjuran tempoh pegangan antara dua hingga lima tahun.
4 ulasan:
PADINI...ok ke ?
Salam...Memang ok...tapi harga saham dah naik kembali baru-baru ini...kalau tak silap saya pernah menyentuh tentang Padini beberapa bulan lepas.
sangat bermanfaat..mohon share
Tiada masalah...cuma link kepada kepada blog saya...terima kasih
Catat Ulasan