Nilai buku tidak semestinya mencerminkan keupayaan menjana untung
Jika anda pernah membaca tentang analisis atau berita sesuatu syarikat di dalam akhbar atau majalah kewangan, anda pasti melihat rujukan dibuat terhadap book value (nilai buku) atau juga dikenali sebagai Net Tangile Assets - NTA (Aset Ketara Bersih).
Nilai ini sebenarnya ialah semua aset syarikat ditolak dengan semua liabiliti syarikat dibahagikan dengan jumlah saham syarikat (book value atau NTA per share). Ia dinamakan nilai buku kerana mewakili nilai syarikat di dalam buku perakaunan.
Sesetengah pelabur suka membandingkan nilai buku dengan harga pasaran dengan mengira nisbah harga kepada nilai buku (price to book value). Mereka yang melabur menggunakan pendekatan nilai aset menganggap saham undervalued jika harga saham lebih rendah daripada nilai buku.
Walaupun penilaian aset ialah salah satu daripada faktor yang perlu kita tinjau apabila menilai sesuatu syarikat, kita tidak harus menggunakannya sebagai kriteria utama penilaian kerana akhirnya paras dan pertumbuhan keuntungan yang akan mendorong pergerakan harga saham.
Sekiranya sesuatu saham itu undervalued dari segi aset tetapi untungnya mendatar, menurun atau mengalami kerugian, terdapat kemungkinan harga saham tidak akan naik ke paras aset sebenar.
Di samping itu, syarikat berbeza mempunyai tahap pegangan aset yang berbeza. Sesebuah syarikat berasaskan perkhidmatan umpamanya mungkin boleh menjana untung lebih tinggi dengan nilai aset bersih yang rendah berbanding sesebuah syarikat perindustrian atau hartanah.
Kaedah pelaburan berasaskan aset ini dipopularkan oleh Benjamin Graham, tetapi beliau juga menggunakan kriteria lain dalam keputusannya, dan meletakan margin of safety yang besar dalam setiap pembelian.
Namun begitu bagi syarikat hartanah, penilaian aset adalah penting, terutamanya kerana nilai aset dalam bentuk simpanan tanah mempunyai potensi untuk meningkat, dan mungkin lebih tinggi daripada nilai aset tersebut dalam buku perakaunan.
Bagi saham selain daripada syarikat hartanah, adalah lebih bijak untuk membuat penilaian berasaskan paras untung, dengan pendapatan sesaham (EPS) dan nisbah berkaitannya dijadikan pengukur prestasi utama.
Nilai buku boleh digunakan sebagai penilaian sokongan. Pada pendapat saya, cara terbaik untuk meninjau nilai buku ialah untuk melihat pertumbuhannya untuk tempoh 5 - 10 tahun.
Syarikat yang dapat meningkatkan nilai buku secara konsisten menunjukkan bahawa ia mampu mencapai keuntungan konsisten dan seterusnya berpotensi meningkatkan harga saham secara konsisten.
28 November, 2011
21 November, 2011
KDNK Kembang 5.8% Pada S3 Tetapi Prestasi Dijangka Lebih Rendah Tahun Depan
Prestasi Ekonomi Semasa Baik Tetapi Pasaran Saham Tetap Terjejas
Bank Negara baru-baru ini mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 5.8% pada suku ketiga 2011. Prestasi ini adalah lebih baik daripada dijangkakan dan disokong terutamanya oleh permintaan tempatan.
Walau bagaimanapun, untuk tempoh setahun akan datang, pertumbuhan lebih rendah dijangka dicapai, terutamanya kerana perkembangan ekonomi global yang semakin perlahan, disebabkan kegawatan di Eropah dan juga situasi yang mungkin membimbangkan berkenaan harga aset di China.
Ini akan mempengaruhi sentimen pasaran saham. Seperti yang saya tulis dalam artikel berikut Sedia Untuk Masuk? Mungkin Tunggu Dulu, kita kemungkinan besar sudah memasuki 'bear market' atau pasaran menurun dan lazimnya 'bear market' kekal selama sekurang-kurangnya 9 bulan.
Cuba kita lihat dua carta indeks, iaitu FBM KLCI dan juga FBM Small Cap:
Pada pendapat saya, tahun depan ialah tahun yang baik untuk mendapatkan nilai hebat daripada saham-saham yang telah jatuh harganya.

Dipetik daripada Bursa Station
Dipetik daripada Bursa Station
JIka dilihat daripada indeks FBM KLCI, penurunan telah berlaku untuk tempoh lima bulan bagi FBM KLCI dan lapan bulan bagi FBM Small Cap. Pendek kata jika memang disahkan 'bear market', masih ada masa lagi sebelum pasaran pulih.
Pada pendapat saya, tahun depan ialah tahun yang baik untuk mendapatkan nilai hebat daripada saham-saham yang telah jatuh harganya.
Terdapat tiga perkara yang perlu dipantau, iaitu pertama keadaan hutang Kerajaan d negara-negara Eropah yang menghadapi risiko seperti Portugal, Italy Greece dan Sepanyol, kedua harga aset dan hartanah di China dan juga prestasi ekonomi China, dan akhir sekali ialah keadaan hutang di Amerika.
Namun begitu, keadaan ekonomi di Amerika sudah menunjukkan tanda-tanda pemulihan awal. Justeru, situasi di Eropah dan China amat penting.
Bagi Malaysia, sudah tentulah keadaan di China paling penting kerana jika berlaku kemelesetan di sana, kemungkinan besar ada Malaysia akan merasai tempiasnya.
Memang sukar untuk menentukan 'timing' paling tepat untuk memasuki pasaran, tetapi mulai tahun depan, pelabur boleh mula meninjau pelbagai saham undervalued yang berpotensi naik apabila sentimen kembali pulih.
Label:
Ekonomi,
Pelaburan Saham
13 November, 2011
Kesan Global Tidak Seburuk Disangka
Volatiliti tinggi enam bulan akan datang, tapi ekonomi tak mungkin gawat
Ramai yang bimbang bahawa kesan krisis Eropah akan menjejaskan situasi pertumbuhan global, kerana para penganalisis khuatir bahawa Eropah akan menyebabkan Amerika dan Asia kembali gawat.
Namun begitu berasaskan data yang terkini, terutamanya dari Amerika, keadaan tidak seburuk yang disangka, dengan ekonomi Amerika berkembang lebih 2% pada suku ketiga.
Bagi Malaysia pula, pertumbuhan dijangka berada antara 4.5% - 5% tahun ini. Perkara yang membimbangkan pemimpin dunia ialah jika keadaan bertambah buruk di Eropah, kesan akan dirasai di seluruh dunia.
Tetapi satu perkara yang perlu diingat ialah keadaan di Eropah ialah sesuatu yang sudah dijangka dan disebut-sebut oleh para penganalisis dan orang ramai.
Fenomena penting yang diperhatikan oleh pelabur tersohor Ken Fisher ialah apabila pasaran telah menyebut-nyebut, mengetahui atau meramalkan sesuatu peristiwa, keadaan tersebut dianggap telah 'discounted' atau telah diambil kira di pasaran.
Apabila sesuatu telah diambil kira menerusi maklumat yang sedia ada, kuasanya untuk menggerakkan pasaran tidak begitu kuat kerana menurut beliau hanya kejutan (sama ada positif atau negatif) yang mampu menggerakkan pasaran.
Satu contoh yang baik ialah pada awal tahun ini, hampir semua penganalisis meramalkan pasaran akan naik sehingga ke 1,600 - 1700 mata. Tetapi pasaran dikejutkan dengan beberapa faktor seperti gempa bumi Jepun dan krisis di Eropah, menyebabkan ramalan tersebut tidak mungkin menjadi kenyataan.
Sudah tentu volatiliti akan terus dirasai dalam tempoh enam bulan akan datang di mana pergerakan pasaran yang ketara, sama ada turun atau naik akan berlaku, seiring dengan berita yang keluar dari Eropah.
Selain itu, pasti beberapa negara Eropah sendiri akan mengalami kemelesetan ekonomi. Tetapi melainkan berlaku krisis perbankan sangat serius dengan tiada campur tangan secara positif, keadaan tidak mungkin melarat begitu teruk sehingga ke seluruh dunia.
Situasi masih belum reda tetapi bagi kita di Malaysia, saya berpendapat ada banyak syarikat yang mampu menngharungi tempoh satu tahun akan datang dengan terus mengekalkan paras keuntungan.

07 November, 2011
Industri Logistik Berpotensi Besar
Syarikat logistik catat untung tinggi, harga saham undervalued
Sebagai sebuah negara perdagangan, semua sektor industri Malaysia amat bergantung kepada logistik dan pengangkutan untuk mengeksport dan mengimport bahan mentah atau barangan siap.
Satu sektor di mana syarikatnya kurang mendapat perhatian berbanding industri lain di mana Malaysia mempunyai kekuatan seperti minyak sawit, sarung tangan getah dan perbankan Islam ialah industri logistik, yang boleh diumpamakan sebagai pelincir yang melancarkan perjalanan perdagangan tempatan dan antarabangsa.
Dalam industri ini, setakat ini saya melihat tiga syarikat yang berpotensi memberikan ganjaran kepada pemegang saham, dengan satu daripadanya telah naik tempoh hari manakala dua lagi masih lagi kelihatan undervalued.
Century Logistics
Syarikat ini diperdagangkan pada anggaran Forward P/E kurang daripada 5 pada harga penutup RM1.60 minggu lepas. Selain itu, Century juga telah mencatatkan keuntungan selama lima tahun berturut-turut walaupun semasa krisis kewangan 2008/2009. Nisbah Harga/Aset Bersih (P/BV) ialah lebih kurang 0.7. Hampir kesemua penganalisis yang mengikuti syarikat ini mempunyai penarafan 'buy' terhadap syarikat.

Dipetik daripada Bursa Malaysia
Freight Management
Syarikat ini diperdagangkan pada P/E lebih kurang 7 pada harga penutup RM1.06 pada minggu lepas. Freight juga mencatatkan keuntungan selama 5 tahun berturut-turut, walaupun dalam krisis kewangan 2008/2009. Syarikat ini membayar dividen 5 sen, memberikan pulangan dividen lebih kurang 4.7% pada harga semasa. Para penganalisis yang mengikuti Freight menetapkan penarafan 'buy' kepada syarikat.
Dipetik daripada Bursa Malaysia
Konsortium Logistik
Satu lagi syarikat yang mencatatkan prestasi yang agak baik ialah Konsortium Logistik. Namun begitu, baru-baru ini Ekuinas telah mengumumkan akan mengambil alih majoriti saham Konsortium Logistik pada harga RM1.55 yang dijangka mencetus tawaran awam mandatori. Seperti yang kita lihat, harga saham Konsortium Logistik telah naik disebabkan pengumuman ini dan potensi untung hanya wujud jika harga tawaran dinaikkan kepada RM1.60 atau lebih.
Dipetik daripada Bursa Station
Menurut satu laporan akhbar, industri logistik dijangka berkembang lebih pantas daripada KDNK negara dan ini merupakan antara salah satu faktor Ekuinas mengambil alih Konsortium Logistik.
Kita tahu bahawa tempoh 6 - 9 bulan akan datang masih tidak menentu bagi ekonomi global disebabkan oleh krisis Eropah. Mungkin saham logistik hanya akan mula mencapai nilai penuhnya selepas tempoh tersebut. Justeru pelaburan seperti ini hendaklah dianggap sebagai pelaburan jangka panjang.
Walau apa pun, syarikat logistik kita lebih terlibat dalam pengangkutan intra-Asia dan tidak mungkin terjejas teruk dengan kegawatan di Eropah.
Pada pendapat saya, industri ini mempunyai potensi besar, terutamanya syarikat utama dalam industri ini yang masih belum lagi menarik perhatian dan minat pelabur.
Label:
Pelaburan Saham
01 November, 2011
PM Greece Umum Referendum, Gugat Pasaran
Jejaskan keputusan yang dicapai di sidang kemuncak Eropah tempoh hari
Perdana Menteri Greece, George Papandreou (gambar) hari ini mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan referendum untuk meminta pandangan rakyat Greece sama ada untuk menerima pakej 'bailout' terbaru Kesatuan Eropah.
Dalam persetujuan yang dibuat Khamis lepas, para pemimpin Kesatuan Eropah, yang diterajui Nicholas Sarkozy dan Angela Merkel telah mendapatkan kata sepakat untuk meminta bank pemiutang untuk menerima potongan hutang 50% bagi Greece selain daripada meningkatkan dana bailout bagi menangani krisis semasa.
Persoalannya ialah mengapa Perdana Menteri Greece membuat keputusan demikian sedangkan negara mereka hampir (atau sudah) muflis dan memerlukan dana?
Sebabnya ialah sebarang dana yang diberikan datang dengan syarat di mana mereka perlu melaksanakan austerity measures atau langkah mengurangkan perbelanjaan yang pasti membebankan rakyat Greece.
Berasaskan soal selidik yang dilakukan, 60% daripada penduduk Greece kurang senang dengan pakej bailout yang diterima oleh Greece. Justeru adalah tidak menghairankan jika Perdana Menteri Greece mahukan sokongan rakyat sebelum menerima pakej ini.
Namun begitu, tanpa pakej ini, Greece mungkin menghadapi kemuflisan dan tidak dapat membayar gaji kakitangan Kerajaan mereka. Malah sesetengah pengulas mengatakan bahawa jika penduduk Greece menyatakan 'Tidak', maka Greece mungkin terpaksa keluar dari zon Euro.
Ternyata tindakan Perdana Menteri Greece ini tidak dijangka dan mengejutkan pasaran, dan reaksi awalnya sudah tentulah negatif. Tetapi kesan sebenar hanya akan dilihat dalam tempoh beberapa hari lagi, berasaskan perkembangan politik di Greece dan Eropah.
Adakah ini exogenous shock yang menyebabkan ekonomi Eropah dan global goyah, yang seterusnya menular ke Italy dan Sepanyol atau mungkinkah para pemimpin Euro dapat mengawal kembali keadaan dalam tempoh terdekat?
Kita hanya boleh tunggu dan lihat.

Dipetik daripada Yahoo Finance

Langgan:
Catatan (Atom)