Dengan kejatuhan agak ketara pasaran saham, tidak menghairankan jika dana unit amanah ekuiti juga turut sama mengalami kejatuhan.
Bagi mereka yang mahu meninjau prestasi (bukan sahaja harga) dana dalam talian, anda boleh melayari laman web Morningstar Malaysia dan klik di bawah tab performance.
Berikut adalah petikan prestasi dana daripada laman web tersebut:
Saya dapati bahawa untuk tahun ini (YTD), hanya satu dana yang masih mencatatkan prestasi positif, iaitu Kenangan Syariah Growth. Dana ini boleh dibeli secara online menerusi Fundsupermart.com
Saya pernah meninjau prestasi Kenangan Syariah Growth dalam artikel bertajuk Dana Yang Disyorkan Fundsupermart: Kenanga Syariah Growth dan Prudential Dana Al-Ilham Cemerlang.
Selain itu, antara dana yang mampu bertahan termasuk MAA CM Shariah Flex, CIMB Dali Equity Growth, Public Islamic Dividend, Public Islamic Select Enterprises dan PruDana Al Ilham.
Pada pendapat saya, jika anda ada wang untuk dilaburkan dan mahu mengambil kesempatan daripada pemulihan pasaran apabila ia berlaku kelak, dana yang memberikan pulangan tinggi untuk tempoh 5 tahun dan juga mampu bertahan dalam kegawatan ini (satu tahun) merupakan kombinasi yang amat sesuai sebagai kriteria pemilihan.