27 Januari, 2011

Guna Jubin White Horse? Cuba Tinjau Sahamnya

Syarikat jubin kukuh dengan pertumbuhan untung dan hasil

Dalam usaha saya mencari syarikat yang undervalued, saya terjumpa syarikat pengeluar jubin yang bernama WhiteHorse. Mungkin anda pernah mendengar nama ini atau pernah menggunakan jubinnya.

White Horse ialah sebuah pengeluar jubin terkemuka yang berpangkalan di Pasir Gudang Johor. Syarikat ini bertumpu kepada hanya satu perniagaan, iaitu mengeluarkan dan menjual jubin bermutu tinggi.

Syarikat ini mempunyai sejarah keuntungan yang mantap dengan pendapatan sesaham (EPS) seperti berikut (sen):

2005 2006 2007 2008 2009
27.4  17.3  16.5  22.5  26.3

Berikut ialah prestasi Hasil (Revenue) White Horse


Dipetik daripada Laporan Tahunan 2009 White Horse


Pada tahun semasa, syarikat dijangka mencatatkan EPS  28 sen. Pada harga purata semasa RM2.00, syarikat mempunyai  forward P/E 7.1 serta hasil pulangan (E/P) sebanyak 14%. NTA sesaham syarikat berada pada paras 2.8.  Pulangan atas ekuiti (ROE) syarikat berada pada tahap 10%

Berikut adalah carta saham White Horse untuk tempoh 5 tahun lepas:

Dipetik daripada Bursa Station


Pada harga dagangan purata dua minggu lepas kira-kira RM2.00 saham ini nampak undervalued dan terdapat margin of safety yang agak besar terutamanya kerana syarikat tidak mempunyai hutang jangka panjang. Walaupun jika pendapatan jatuh kerana sebab tidak diduga kepada 20 sen, syarikat masih diperdagangkan pada nisbah P/E 10 yang agak rendah.

Syarikat ini berpotensi mengembangkan pasaran ke negara-negara Asean dengan produknya selain meluaskan operasi di dalam negera.  Sekiranya ekonomi serantau terus berkembang dan industri pembinaan pesat, maka syarikat dijangka terus mencatatkan prestasi cemerlang.

Namun begitu, jika sektor pembinaan mengalami kemelesetan, mungkin prestasi White Horse  terjejas sedikit. Tetapi dengan pelanggan yang pelbagai, sama ada syarikat pembinaan atau pengguna akhir, White Horse dijangka dapat mengharungi keadaan.

Seperti biasa, pelabur digalakkan untuk meninjau sendiri syarikat ini sebelum membuat sebarang keputusan pembelian saham.

Tiada ulasan: