29 Ogos, 2010

Indeks Saham dan Maksudnya

Pelbagai Indeks Mewakili Bahagian Pasaran Berbeza

Indeks pasaran saham umumnya mengukur prestasi pasaran saham, sektor pasaran saham atau segmen tertentu pasaran saham. Indeks boleh digunakan untuk:
  1. Meninjau kedudukan seluruh pasaran serta bahagian, sektor atau segmen pasaran
  2. Menjadi penanda aras atau pengukur prestasi portfolio saham atau dana
  3. Ditiru pergerakannya menerusi dana atau ETF supaya pelabur boleh melabur dalam indeks tersebut
Mereka yang baru berjinak-jinak dengan saham mungkin terperanjat jika diberitahu bahawa indeks yang paling menjadi rujukan ramai, iaitu FBM KLCI (Indeks Komposit Kuala Lumpur) hanya merangkumi 30 saham sahaja berbanding beratus-ratus saham di Bursa Malaysia.

Kadang kala anda mungkin tertanya kenapa banyak saham jatuh sedangkan indeks pula naik? Ini kerana FBM KLCI hanya mewakili 30 saham utama. Jadi untuk memberikan gambaran lebih jelas saya senaraikan beberapa indeks umum di Pasaran Utama dan Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Indeks Umum

FBM KLCI

Indeks utama yang meliputi 30 syrikat terbesar di Bursa Malaysia berasaskan modal pasaran penuh.

Dipetik daripada Bursa Station

FBM 70
Terdiri daripada 70 syarikat terbesar selepas saham dalam FBM KLCI, berasaskan modal pasaran

FBM 100
Gabungan antara FBM KLCI dan FBM 70

FBM Small Cap
Merangkumi 98% daripada saham dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia, tetapi tidak termasuk saham-saham dalam FBM 100

Dipetik daripada Bursa Station

FBM Emas
Terdiri daripada saham dalam FBM 100 dan FBM Small Cap. Merangkumi 98% daripada saham di Bursa Malaysia.

FBM Ace
Terdiri daripada semua syarikat yang layak yang tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

FBM Palm Oil
Indeks ini merangkumi syarikat dalam FBM Emas yang meraih sebahagian besar hasil daripada kegiatan perladangan kelapa sawit.

Indeks Syariah

FBM Hijrah Shariah

Terdiri daripada 30 syarikat patuh syariah terbesar di Bursa Malaysia yang mematuhi syarat Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti dan juga Yasaar

FBM Emas Shariah
Terdiri daripada saham patuh syariah dalam indeks FBM Emas, berasaskan syarat Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

Dipetik daripada Bursa Station

Indeks yang anda rujuk bergantung kepada jenis saham yang anda beli. Sebagai contoh, bagi saya sendiri, saya merujuk dan menanda aras (mengukur prestasi pelaburan) saya dengan indeks FBM Emas Syariah dan juga FBM Small Cap.

Contohnya jika anda melabur dalam syarikat bermodal besar sahaja, maka FBM KLCI atau FBM 100 seharusnya menjadi rujukan anda.

FBM KCLI atau FBM Hijrah hanya memberikan gambaran tentang presasi saham terbesar sahaja. Untuk gambaran keseluruhan pasaran, tinjau prestasi FBM Emas atau FBM Emas Syariah.

Ada kalanya semua indeks naik dan ada kalanya semua indek turun. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, seperti kebelakangan ini, FBM KLCI naik tetapi indeks lain turun. Jadi untuk menentukan kedudukan pasaran pada sesuatu hari, anda boleh merujuk kepada beberapa indeks yang relevan untuk memberikan gambaran yang lebih tepat.

8 ulasan:

azhar berkata...

ringkas dan bermakna..
tahniah..

teratak berkata...

Mana saya boleh dapat info tentang list company yang terdapat dalam setiap index tu. terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

indek kLCI dikuasai sepenuhnya GLC. 60% sekurang2nya. kenaikan FBMKLCI tidak mewakili bullish/bearish market overall

Unknown berkata...

SAlam,

Sdr Azhar - terima kasih

Teratak - http://www.ftse.com/Indices/FTSE_Bursa_Malaysia_Index_Series/Constituents
...tapi hanya ada bagi FBM KLCI...maklumat lain nampaknya tidak diberikan secara percuma...kalau nak factsheet mengenai setiap indeks, sila layari laman web Bursa Malaysia (di bawah market information) tapi senarai lengkap pun tiada di situ. Saya akan cuba cari dan post di sini jika saya dapat.

Tanpa nama...memang setuju

teratak berkata...

Tq ..harap2 dapat laa list2 company tuh, saya pon carik tak jumpa2.

Tanpa Nama berkata...

transparensi yang entah di mana ye? haih.

Tanpa Nama berkata...

Amanah Saham + Simpanan Tetap
Dividend 14% minimum per year.
Normal rate: 20-25% per year.
Minimum personal saving : RM5000.00
Dividend given every 6 months.
Free life insurance : 10x from your savings (No need to pay for any monthly or yearly fees)
WELL KNOWN BANK

IN COMPARISON WITH ASB

Dividend 8-10% yearly (Normal rate)
Dividend given after a year.
No bonuses (Example: NO Free insurance)

Interested to know about other benefits from my fixed deposit scheme??
CALL OR TEXT ME / WE CAN ARRANGE A MEETING


FARID
013-2037250

Tanpa Nama berkata...

mmm... syariah not-compliance scheme