05 April, 2009

Panduan Bijak Melabur

Menguasai Selok-Belok Pelaburan Saham

Ramai pelabur yang melabur dalam pasaran saham tidak membuat sebarang penyelidikan sebelum membeli saham. Mereka mendengar nasihat broker, saudara-mara atau bisikan khabar angin daripada rakan-rakan tanpa menyiasat kesahihannya.

Mereka tidak sedar bahawa kaedah pelaburan sebegini mengundang risiko. Ramai orang sanggup meluangkan banyak masa membanding harga dan kualiti barangan di pasar raya. Namun apabila membeli saham, mereka rasa malas untuk membuat penilaian dan analisis sewajarnya. Keputusan pelaburan yang maklum dan bijak penting untuk menjamin keuntungan.

Buku Panduan Bijak Melabur ini akan dengan membantu anda:

1. Membuat persedian sebelum melabur
2. Mendapatkan sumber maklumat berguna
3. Memilih dan menilai saham
4. Mementukan masa paling sesuai untuk membeli
5. Membuat keputusan untuk menjual saham
6. Mempelbagaikan pelaburan
7. Membina portfolio saham dan aset anda

Menggunakan analisis asas, anda akan menilai syarikat yang menjadi sasaran pelaburan dan bukannya semata-mata meninjau pergerakan harga saham dengan carta. Malah, jika anda rasa anda tiada masa untuk membuat analisis, anda boleh menggunakan jalan pintas dengan meneliti analisis yang dibuat oleh pakar pelaburan.

Selepas membaca buku ini, anda akan lebih fasih dengan selok-belok pelaburan dan menggunakan sepenuhnya segala maklumat yang dikumpulkan sebelum membuat keputusan untuk melabur. Sebenarnya pelaburan saham tidaklah sesusah yang disangka. Secara kesimpulannya, maklumat dalam buku ini akan membantu anda membuat keputusan pelaburan yang bijak dan maklum dalam segala keadaan pasaran.

Buku pertama saya ini setebal 230 muka surat dan diterbitkan oleh Truewealth Publications (Syarikat milik Azizi Ali). Harganya ialah RM39.90. Klik sini untuk maklumat lanjut atau membeli buku.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah...
abang razali... wah teruja fahmi nak baca buku tulisan abang razali ni..

ok nanti fahmi beli kat popular...
wahhh bangga sangat...

salute abang razali...
tahniah...

Unknown berkata...

Salam Fahmi

Terima kasih. Rasanya belum ada kat kedai buku sebab buku akan launch secara rasmi pada 20 April di KL International Book Fair. Mungkin lepas tu boleh beli.

Alternatifnya ialah boleh beli dari laman web. Saya akan mula menawarkan Tiga Rencana Tambahan percuma (20 mukasurat) dalam bentuk PDF dalam tempoh terdekat dan ini bonus ini akan turut diberikan kepada mereka yang membeli dari laman web sebelum tawaran dibuat.

Khazaimi berkata...

Tahniah Saudara Razali,

Satu sumbangan yg amat bermakna kepada masyarakat umum. Wish it will be among the bestsellers.
I will support you in anyway i can.
Congratulations.

-"Thinkerich"- berkata...

tahniah ..

Saudara Razali...

kalau ada rezeki mungkin buku kita dapat launch bersama-sama pada KL International Book Fair..

Salam kekayaan,

THINKERICH

www.pemikirkaya.com

Unknown berkata...

Thanks a million for your support MiePekan.

Thinkerich, Tahniah kepada sdr juga, mungkin kita boleh jumpa di sana!

CheeWee berkata...

tahniah bro! boleh mula plan buku kedua bro!

Tanpa Nama berkata...

sila layari laman web kami untuk mendapatkan pelaung perniagaan http://www.kltp.net/b29

Unknown berkata...

Salam, Tuan Razali

Sy nak tanya, dimana sy boleh dapatkan buku Panduan Bijak Melabur ni. Sebab sy dah search kat semua online Bookstore dah Out of Stock.. kalau Tuan boleh berikan dalam bentuk ebook pun ok la.. janji sy dapat ilmu pelaburan Tuan...

Sekian..

Unknown berkata...

Sedang dalam proses cetakan edisi kedua...mungkin bulan April. Saya akan maklumkan di blog ini.

Tanpa Nama berkata...

mana nak dapat buku ni sekarang? ada jual lagi ke?

zaki

Unknown berkata...

Ada...sudah masuk edisi kedua...layari link di bawah untuk maklumat lanjut http://laburniaga.blogspot.com/p/buku-dan-ebook.html