Dari segi minyak mentah, nampaknya harga telah mencapai tahap terendah pada awal tahun ini dan melantun kembali. Perkara yang menarik ialah bajet Malaysia telah didasarkan atas harga minyak sawit antara $30 - $35.
Ini bermakna dari kewangan, Kerajaan tidaklah berada dalam keadaan sempit kerana harga minyak mentah agak jauh di atas paras belanjawan..
Namun begitu harga semasa belum lagi boleh merangsang pemulihan penuh industri minyak dan gas dan industri berkaitan dengannya.
Masa diperlukan kerana kebanyakan pengeluar minyak masih dalam fasa pemotongan kos dan banyak syarikat akan mengambil pendekatan berhati-hati buat tempoh yang agak lama.
Harga minyak sawit mentah juga telah mencapai paras terendah lebih kurang setahun lepas dan mendatar selepas itu, sehinggalah naik kembali baru-baru ini sehingga mengatasi aras RM2,700 setan metrik.
Rasanya harga akan turun naik buat tempoh tertentu dan bukannya naik sahaja, tetapi saya rasa tidak mungkin jatuh ke paras terendah lagi seperti tahun lepas.
Tinjauan sektor penting ini bagi ekonomi Malaysia lebih positif sedikit daripada industri minyak dan gas dalam jangka pendek dan sederhana.
Berasaskan keadaan semasa, saya berpendapat tidak mungkin nilai Ringgit akan jatuh ke paras terendah kembali, tetapi pengukuhan ke tahap lebih tinggi mungkin hanya berlaku tahun depan.
Secara kesimpulannya kedudukan ekonomi Malaysia dan belanjawan Malaysia mungkin tidak seruncing pada lewat tahun lepas dan awal tahun ini.
Tetapi ekonomi global masih lemah dan kemungkinan besar keadaan ekonomi, perniagaan dan pasaran akan mendatar buat tempoh tertentu.
Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan serta buku Panduan Bijak Melabur, Petua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian.
PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat
Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan