16 Ogos, 2016

Peraturan 4 Peratus Dalam Dana Persaraan

Peraturan 4% atau four percent rule ialah kadar anggaran yang boleh anda keluarkan daripada dana persaraan anda setiap tahun pada zaman persaraan untuk memastikan dana tersebut dapat dikekalkan sepanjang baki hayat anda.

Angka 4% ini berasaskan kajian pulangan di Amerika tetapi saya rasa di Malaysia juga ia boleh diguna pakai kerana pulangan lazim yang diberikan oleh TH ialah 5% dan ke atas.

Andaikan, dana persaraan anda ialah RM2 juta. Katakan pulangan yang anda terima ialah 5%. Ini bermakna anda meraih pulangan RM100,000 setahun.

Jika anda keluarkan 4%, atau RM80,000 setahun, maka anda masih mempunyai baki RM20,000 untuk ditambah ke dalam dana persaraan anda.

Dalam situasi ini, dana persaraan anda sustainable dan tidak menyusut apabila anda mengeluarkan wang untuk menyara hidup anda. Anda dianggap telah mencapai kebebasan kewangan.

Untuk menganggarkan berapa banyak dana persaraan yang boleh anda kumpul, tentukan berapa yang anda perlukan untuk hidup selesa pada zaman persaraan.

Andaikan anda rasakan pada masa anda bersara, RM120,000 setahun sudah cukup untuk membolehkan anda hidup selasa.

Jadi berapakah dana persaraan yang patut anda kumpulkan?  Jawapannya ialah RM120,000 / 4% = RM3,000,000.

Kesimpulannya jika anda mahu menyara hidup anda dengan RM120,000 setahun, anda perlu mengumpulkan dana persaraan RM3 juta.

Pengiraan ini adalah anggaran sahaja, tetapi boleh dijadikan panduan untuk merancang kewangan anda untuk masa depan.

Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan serta buku Panduan Bijak MelaburPetua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian. 

PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat 

Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.

Tiada ulasan: