Baru-baru ini ada soalan diajukan kepada CEO KWSP tentang sama ada orang ramai patut mengeluarkan wang mereka daripada KWSP dan melabur dalam unit amanah.
Beliau jawab hanya 1 daripada 5 pencarum yang mengeluarkan wang mereka daripada KWSP untuk melabur dalam dana unit amanah menerima pulangan lebih tinggi daripada KWSP.
Seramai 40% pula menerima pulangan lebih rendah. Ini mungkin satu tamparan hebat bagi industri unit amanah, tetapi jangan terburu-buru membuat 'judgement'.
Jika dua artikel terakhir saya mengkritik amalan dan kos jualan tertentu industri, artikel kali ini memberikan sokongan pula.
Pertama sekali keadaan semasa adalah situasi di mana ekonomi global mengalami cabaran besar dan pulangan daripada saham memang kurang baik.
Prestasi pulangan unit amanah, terutamanya dana ekuiti, akan terjejas. Tetapi persoalan dan aduan tentang prestasi unit amanah tidak banyak kedengaran antara tahun 2011 hingga 2014.
Pada waktu itu, saham tengah naik dan banyak dana mencatatkan prestasi hebat.
Dalam keadaan tersebut, lebih banyak dana dan pelabur yang mencatatkan pulangan lebih tinggi daripada KWSP.
Perkara penting yang perlu diingat tentang pelaburan ialah kehangatan tidak akan kekal hangat dan kegawatan jarang kekal gawat.
Jangan terburu-buru menjual dana unit amanah anda hanya kerana berita tersebut.
Bandingkan prestasi secara RELATIF atau perbandingan dengan dana lain. Jika ia mencatatkan prestasi yang baik berbanding dana lain, anda patut terus pegang.
Hanya pertimbangkan untuk jual sekiranya prestasi relatif dalam jangka pendek dan jangka panjang berbanding dana lain adalah lemah.
Jika anda belum melabur dan bercadang untuk melabur, bagaimana pula? Bagi saya masa nilai ekuiti adalah rendah adalah masa terbaik untuk melabur dalam satu dana yang kukuh
Bukan selepas industri unit amanah mencatatkan prestasi paling hangat, kerana yang akan terasa bahang kepanasannya ialah pelabur paling lambat.
Klik sini untuk baca artikel tentang jawapan CEO KWSP.
Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan serta buku Panduan Bijak Melabur, Petua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah.
Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan
dan kaedah pembelian.
PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat
Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan