18 Jun, 2016

Senario Pasaran Saham Semasa

Indeks FBM KLCI telah mencapai paras kemuncak lebih kurang bulan Jun 2014.

Selepas itu ia berada dalam keadaan terumbang-ambing dan naik kembali hampir ke paras tertinggi pada Ogos 2015 sebelum memulakan semula penurunan.

KLCI 5 Tahun

Berasaskan pengamatan saya, ini adalah antara tempoh penyusutan yang paling lama, tetapi dengan julat yang paling kecil.

Penurunan sebelum ini agak ketara dan paling lama pun 18 bulan. Tetapi kali ini penurunan adalah kecil, maksimum pun 20% sahaja, tetapi berpanjangan.

KLCI 25 tahun

Ini satu situasi yang agak berbeza kerana lazimnya kegawatan berlaku akibat sesuatu kejutan ekonomi. Kesan kejutan tersebut ialah kejatuhan ketara.
 
Namun selepas kejutan, kenaikan dan pemulihan berlaku agak pantas.

Tetapi setakat ini tiada kejutan berlaku, walaupun ekonomi dunia lemah. Tindakan Bank Pusat dengan program QE telah mengaburkan kitaran perniagaan.

Sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku kelak. Tetapi ada dua senario.yang paling mungkin.

Senario pertama ialah seperti yang diramalkan oleh beberapa tokoh terkenal seperti George Soros dan Carl Icahn, yang menyatakan pasaran AS akan mengalami kejatuhan ketara.

Ini sudah tentu akan mempengaruhi pasaran Malaysia.

Tetapi sejak setahun dua lalu, banyak pakar pelaburan yang tersalah ramalan. Mr Market telah memperdayakan ramai kali ini.

Senario kedua ialah pasaran akan terumbang-ambing dalam keadaan separa bermaya buat tempoh tertentu sebelum pulih apabila suasana perniagaan dan keunutngan syarikat kembali kukuh.

Kuncinya ialah sama ada berlaku sesuatu kejutan luar atau external shock. Jika berlaku maka senario pertama akan berlaku.

Negatifnya ialah kejatuhan ketara. Positifnya ialah banyak saham murah untuk dibeli dan pemulihan mungkin lebih pantas.

Senario kedua lebih stabil, tetapi kesannya mungkin bermakna kita akan mengalami fasa kelesuan atau mendatar untuk tempoh yang lebih lama.

Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan serta buku Panduan Bijak MelaburPetua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian. 

PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat 

Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.

Tiada ulasan: