29 Jun, 2016

Brexit - Kejutan Tapi Kesannya Sukar Diramalkan

Dua minggu lepas, iaitu pada 18 Jun, saya ada menulis posting tentang potensi berlakunya dua senario ekonomi, dengan satu daripadanya membabitkan kejutan ekonomi.

Referendum Brexit adalah satu bentuk kejutan ekonomi kerana kesannya tak diduga dan keputusannya adalah sesuatu yang tidak dikehendaki bisnes global.

Tetapi kejutan ini, walaupun mempunyai kesan besar dalam jangka pendek, tidak pasti lagi akan memberikan sebarang kesan serius kepada bahagian lain dunia dalam jangka sederhana dan panjang.

Menurut Gavyn Davies, seorang pakar makroekonomi dalam blognya di Financial Times berkata kesan Brexit ialah besar bagi UK, kecil bagi negara lain di EU dan boleh diabaikan di AS dan Asia..

Biasanya, pasaran akan bertindak balas dengan ketara apabila sesuatu yang tidak diduga berlaku.

Ternyata Brexit tidak diduga kerana ramai pakar dan juga ramalan yang mengatakan bahawa penduduk British akan memilih untuk kekal.

Tetapi keputusan sebaliknya telah berlaku, hampir sama sekali di luar dugaan.

Dalam tempoh 6 bulan yang akan datang, dua perkara yang mendominasi pasaran ialah volatility dan uncertainty (ketidakpastian).

Ketidakpastian masih wujud di pasaran terutamanya dengan pilihan raya AS dan syarat-syarat Brexit yang masih belum dimuktamadkan.

Tetapi ini tidak semestinya bermakna pasaran akan terus turun. Jangan terlalu yakin jika ada orang yang kata mereka boleh meramalkan apa yang akan berlaku.

Tidak tahu sama ada ekonomi global akan gawat atau situasi akan stabil dengan pantas kerana tiada siapa yang tahu dengan pasti.

Perkara paling bijak ialah untuk fokus pada kesan terhadap saham khusus dan kekuatannya dalam jangka panjang dan bukannya pada pasaran,

Bagi pelabur saham, Kadangkala pendekatan 'I don't know' yang berhati-hati lebih baik daripada keyakinan palsu yang menyebabkan rugi

Bagi pelabur unit amanah pula, ada baiknya mendengar nasihat Burton Malkiel dan John Boggle, dua tokoh terkenal dalam bidang ini, "Don't do anything. Just stand there".

Maksud mereka ialah jangan buat keputusan terburu-buru yang membuatkan anda rugi. 

Tiada ulasan: