10 Jun, 2016

Mengapa Pelabur Asyik Terjerat

Baru-baru ini adalah laporan akhbar menyatakan orang ramai rugi lebih RM500 juta akibat melabur dalam skim pelaburan tidak sah.

Itu adalah jumlah yang dilaporkan. Saya yakin jumlah sebenar lebih besar. Bukan semua orang akan buat laporan polis kerana pelbagai sebab yang menghalang.

Mengapa skim-skim cepat kaya berterusan, sedangkan banyak pihak, termasuk SC, BNM serta aktvitis media sosial berkali-kali memberi amaran?

Ini satu misteri yang sukar untuk diketahui puncanya. Tetapi yang jelas skim-skim ini memberitahu betul-betul apa yang ingin didengar oleh pelanggan.

Berikut adalah apa yang dikehendaki atau diyakini oleh pelabur:
  1. Mahukan jaminan tidak akan rugi, tetapi tetap inginkan pulangan tinggi.
  2. Tak perlu banyak belajar dan ada jalan singkat. Serah sahaja wang untuk raih untung.
  3. Mendapat pulangan tetap dan terjamin.
  4. Menganggap pulangan awal sebagai bukti dan tidak menilai kemampanan (sustainability) skim.
  5. Mendengar kisah kejayaan daripada individu yang 'berwibawa dan berjaya', berbanding amaran pihak berwajib yang tidak bermuka.
  6. Kagum dengan pembentangan dan acara hebat dan penuh glamor.
  7. Melihat kawan atau saudara-mara sudah mula mendapat hasilnya.
  8. Mendengar orang kata patuh syariah daripada menyiasat sama ada patuh syariah.
  9. Kesungguhan promoter yang menjual, kerana promoter peringkat bawah pun tak tahu itu skim meragukan. Bak kata orang putih 'Confidence is Infectious'.
  10. Tidak faham tentang risiko perniagaan dan pelaburan
Risiko wujud dalam segala jenis perniagaan dan pelaburan.

Pujukan melabur dengan risiko minimum dan pulangan paling tinggi lazimnya mendedahkan pelabur kepada risiko paling besar dan kerugian maksimum.

Jangkaan saya ialah skim penipuan akan terus berleluasa, tetapi harapan saya ialah mangsanya bukan pembaca Labur Niaga.

Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan serta buku Panduan Bijak MelaburPetua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian. 

PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat 

Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Tn. Razali,
Exactly masalah yang saya hadapi sekarang, sy cuba yakinkan ibu dan saudara mara sy, tapi mereka lebih percaya pada testimoni2 dari pelabur2 awal skim tersebut walaupun sebelum ini mereka hampir tertipu dengan skim lain tapi bernasib baik dapat pulang modal sebelum skim tersebut lesap begitu saja.

skim yang sedang hangat buat masa ini bagi org melayu islam adalah Islamic Hotel (IH) yang sebelum ini lebih dikenali dengan Mecca Global Fund (MGF) yang bermotokan ingin membantu umat islam menunaikan haji. kalau nk tggu tabung haji panggil, smpi kesudah tak panggil2. mereka telah beroperasi selama 2~3 tahun dan tanpa gagal membayar dividen sebanyak 12%/month minimum. pada pendapat saya, dengan menggunakan slogan ibadah haji dan umrah sbg ayat pancing untuk menarik pelabur adalah sangat berjaya untuk menarik golongan yang hampir pencen dan sudah pencen (golongan veteren). Maaf saya bukan nak biadap, kebanyakan golongan veteran ini juga saya perhatikan kurang memahami ilmu pelaburan sebelum melabur dan mereka juga mempunyai ego yang agak tinggi jika golongan muda seperti saya cuba utk menjelaskan bahawa pelaburan seperti ini adalah tidak jelas dan pulangannya adalah sungguh tidak masuk akal.

adui..... tok haji, tok haji, nk menipu pon jgn la tipu mak saye=.=