21 Jun, 2016

Mega First Corporation - Potensi Jangka Panjang

Walaupun pasaran semasa agak kurang menarik, inilah masa yang sesuai untuk meninjau beberapa saham yang undervalued untuk jangka panjang (3 - 5 tahun).

Satu daripadanya ialah Mega First Corporation (MFCB) yang baru melaksanakan terbitan hak tempoh hari untuk membiayai pembinaan Empangan Hidroelektrik Don Sahong di Laos.

Selain membina Empangan, syarikat juga turut menerima konsesi mengendalikan operasi menjana tenaga elektrik selama 25 tahun.

Empangan dijangka siap pada 2019 dan jika semua berjalan lancar, akan memberikan lonjakan ketara kepada keuntungan syarikat pada waktu itu

Lima ukuran kewangan penting syarikat yang memenuhi kriteria saya:

1. Nisbah P/E (4 suku terakhir): 6.26
2. Hasil dividen (4 suku terakhir) 6.15%
3. Harga/NTA = 0.5
4. Nisbah Hutang Ekuiti D/E = 0.19
5. Potensi meningkatkan untung masa depan

Pada suku terakhir, syarikat telah mula mencatatkan hasil daripada pembinaan Empangan ini, dan kesannya ialah untung lebih tinggi.

Namun begitu prestasi perniagaan sedia ada syarikat kurang menyerlah disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa.

Analisis keputusan suku tahunan MFCB oleh Public Invest boleh didapati di laman i3investor: Mega First Bolstered by New Construction Revenue.

Harga Sasaran Public Invest ialah RM2.29 (BUY)

Keputusan suku tahunan syarikat pula boleh dibaca di bawah:


Pada pendapat saya, saham ini akan naik turun dalam tempoh terdekat, dan jika situasi ekonomi bertambah baik dan pembinaan Empangan Don Sahong berjalan lancar, ia berpotensi mencatat prestasi cemerlang menjelang 2019.

Jadi pelabur dalam saham ini adalah untuk jangka panjang. Jika tidak sekarang, boleh simpan dalam watchlist sehingga lebih hampir kepada penyiapan Empangan untuk mendapat kepastian.

Risiko pelaburan ialah sekiranya terdapat kelewatan atau masalah dalam pembinaan projek dan pembayaran.

Nota: Carta saham tidak begitu relevan kerana syarikat baru selesai menerbitkan saham baru menerusi terbitan hak dan carta tidak dilaraskan untuk transaksi tersebut.

Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan serta buku Panduan Bijak MelaburPetua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian. 

PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat 

Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh Tuan jelaskan dengan lebih lanjut tentang kriteria yang digunakan? Saya kurang jelas.