Namun begitu dalam artikel tersebut saya juga memberikan amaran:
"Tetapi adalah kurang bijak jika kita buat keputusan membeli dengan 'performance chasing' atau mengejar prestasi kerana dana yang hebat tahun lepas tidak semestinya terus hebat tahun ini."
Anda boleh membaca artikel penuh bertajuk:
Tinjauan Prestasi Unit Amanah 2015: Dana Kendalian PMB Investment Tiba-Tiba Melonjak
Jadi apa yang telah berlaku sekarang? Saya paparkan jadual dengan prestasi YTD (sehingga tarikh semasa pada tahun ini) dengan prestasi paling teruk di atas. Jadual dipetik daripada laman Morningstar Asia.
Dana Ekuiti Patuh Syariah 1. Bermodal Kecil/Sederhana dan 2. Bermodal Besar:
Ini menunjukkan bahawa kita tidak harus melakukan performance chasing dengan mengejar unit amanah yang sedang hangat. Beberapa dana terbaik pada 2015, yang berada dalam kategori small cap/mid cap (modal kecil/sederhana) telah mencatatkan prestasi paling lemah setakat ini pada tahun ini.
Sebenarnya tiada apa masalah dengan dana-dana terbaik pada 2015. Jika ditinjau untuk jangka lebih panjang, kedudukannya masih memuaskan, tetapi bagi mereka yang melabur pada awal tahun, anda rugi kerana tersalah timing.
Biasanya dana yang mempunyai nama growth dan aggressive memang menggambarkan ciri pada namnya, iaitu ia turun naik dengan lebih ketara.
Maka pelabur yang melakukan performance chasing menghadapi risiko melabur dalam dana pada masa yang paling kurang sesuai. Apabila ditambah pula dengan kos jualan membeli daripada ejen, maka besar juga kerugian yang dialami.
Sebab itulah apabila memilih dana, kita jangan terlalu mengejar prestasi jangka pendek, seperti yang saya katakan dalam artikel tersebut pada perenggan kedua.
"...apa yang boleh kita tinjau ialah prestasi yang mantap antara tempoh 3 hingga 10 tahun, selain daripada prestasi jangka pendek, untuk memberikan gambaran lebih tepat."
Akhir sekali ialah apabila membeli dana ekuiti, perlu diingat juga bahawa dana tersebut melabur dalam pasaran saham. Jika kita membeli apabila pasaran saham berada di puncak dengan kebanyakan saham overvalued, ini juga akan memberi kesan ke atas pulangan kerana prestasi dana unit amanah anda sudah tentunya akan terjejas jika pasaran saham jatuh.
Kesimpulannya ialah masalah ini bukan masalah pengurus dana dan sebagainya kerana pelabur yang melabur lebih awal masih untung, tetapi lebih kepada masalah timing, iaitu membuat pelaburan pada masa yang kurang tepat hanya kerana sesuatu dana sedang hangat.
Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan serta buku Panduan Bijak Melabur, Petua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian. Untuk perkhidmatan bimbingan peribadi, klik Bimbingan Peribadi.
PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat
Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan