Kaedah ini tidak menggambarkan pulangan sebenar yang diperolehi dalam bentuk peratus. Saya tunjukkan mengapa pengiraan ini tidak tepat menerusi satu jadual yang ringkas.
Andaikan anda melabur RM50,000 pada 1 Januari 2011. Kemudian pada 31 Disember 2015, nilai pelaburan anda ialah RM75,000. Pulangan yang anda terima ialah RM25,000. Pulangan dalam bentuk peratus ialah RMRM25,000/RM50,000 = 50%.
Jadi berapakah pulangan tahunan yang diterima? Adakah jawapannya 50%/5 = 10% setahun? Jawapan ini tidak tepat kerana kesan kompaun dan ia bukan kaedah pengiraan dalam jadual unit amanah seperti Lipper dan Morningstar.
Andaikan kita ambil pulangan 10% setahun:
Tahun
|
Nilai
Pokok
|
Pulangan
|
Pokok
+ Pulangan
|
2011
|
50000.0
|
5000.0
|
55000.0
|
2012
|
55000.0
|
5500.0
|
60500.0
|
2013
|
60500.0
|
6050.0
|
66550.0
|
2014
|
66550.0
|
6655.0
|
73205.0
|
2015
|
73205.0
|
7320.5
|
80,525.5
|
Didapati jumlah akhir ialah RM80,525.5 sedangkan nilai pelaburan anda ialah RM75,000.
Jadi bagaimana untuk mengira pulangan terkompaun? Ada dua cara, iaitu menggunakan mesin pengira kewangan atau dengan menggunakan laman web khusus untuk mengira pulangan terkompaun:
1. Menggunakan Mesin Pengira Kewangan
-50,000 PV; 5 N; FV 75,000; Tekan I/YR
Jawapannya ialah 8.4472%.
PV - Nilai Kini, FV - Nilai Masa Depan; N = Tempoh Masa dan I/YR ialah Pulangan Tahunan
2. Cari return rate/CAGR calculator di Internet. Salah satu daripada laman yang menyediakan kemudahan ini ialah Money Chimp. Kita masukkan parameter yang berkenaan:
Untuk membuktikan kesahihannya, berasaskan pulangan 8.4472%, kita bina jadual berikut:
Tahun
|
Nilai
Pokok
|
Pulangan
|
Pokok
+ Pulangan
|
2011
|
50,000.0
|
4223.6
|
54223.6
|
2012
|
54223.6
|
4580.4
|
58804.0
|
2013
|
58804.0
|
4967.3
|
63771.3
|
2014
|
63771.3
|
5386.9
|
69158.2
|
2015
|
69158.2
|
5841.9
|
75,000.1
|
Maka jelaslah pulangan yang kita terima ialah 8.45% sahaja, bukannya 10% jika kita menggunakan kaedah purata. Ini disebabkan oleh kesan kompaun.
Dengan penjelasan ini, diharapkan para pelabur dapat menggunakan kaedah yang betul untuk mengira pulangan saham atau unit amanah masing-masing.
Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan serta buku Panduan Bijak Melabur, Petua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian. Untuk perkhidmatan bimbingan peribadi, klik Bimbingan Peribadi.
PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat
Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.