22 November, 2015

Ilmu Tentang Kitaran Asas Ekonomi Bantu Keputusan Pelaburan

Apabila kita melihat kembali senario industri minyak yang berlaku enam tahun lepas, kita akan dapati ramai pelabur yang agak terperangkap dengan kejatuhan harga minyak.

Berikut adalah pergerakan harga minyak dalam tempoh 30 tahun lepas.



Harga minyak telah naik untuk tempoh lebih 15 tahun dari 1998 sehingga tahun 2014, dengan penurunan sementara pada 2008 semasa krisis subprima AS.

Apakah yang menyebabkan kenaikan harga?
Pada asasnya, kenaikan harga minyak berlaku kerana permintaan lebih tinggi daripada bekalan. Ini adalah pengajaran asas yang dipelajari di peringkat awal jika anda mengambil subjek ekonomi.

Apakah kesan kenaikan harga?
  • Banyak usaha ke arah penghasilan tenaga alternatif
  • Pengguna cuba menjimatkan tenaga
  • Syarikat pencari dan pengeluar minyak aktif mencari sumber minyak tambahan
  • Pengeluar minyak mengeluarkan lebih minyak 
  • Lebih banyak syarikat menceburi industri minyak.

Seterusnya apa yang berlaku?
Kesannya ialah lebih banyak minyak yang mula dibekalkan kepada dunia, sehingga Amerika Syarikat menerusi pasir shale kini merupakan antara pengeluar minyak utama di dunia.

Namun, pengeluaran minyak tambahan ini pula datang pada masa permintaan daripada dunia merosot. Kesannya ialah kejatuhan ketara harga minyak.

Bagaimana pula selepas ini apabila harga telah jatuh?
  • Pengeluar yang kurang kompetitif mengurangkan pengeluaran minyak
  • Sesetengah syarikat dalam industri gulung tikar
  • Proses cari gali dan perbelanjaan modal juga akan berkurangan
  • Harga minyak rendah akan menggalakkan penggunaan.

Proses konsolidasi ini mungkin mengambil masa yang lama dan mungkin juga singkat. Sukar untuk diramalkan. Jika dilihat dalam graf, sebelum tempoh 1999 - 2014, kita dapati harga minyak berada di paras rendah untuk tempoh 15 tahun sebelumnya.

Tetapi keadaan semasa mungkin berbeza daripada masa lalu. Kita tidak boleh meramalkan masa depan semata-mata atas graf di atas.

Walau apa pun, harga akan pulih kembali apabila bekalan dan permintaan akan mencapai keseimbangan, dan naik kembali apabila permintaan mula mengatasi bekalan.

Ini adalah pengajaran asas ekonomi, dan boleh dimanfaatkan untuk mengelakkan pelaburan yang merugikan, dan melabur secara menguntungkan.

Walaupun secara umumnya kita tidak tahu bila sebenarnya pertukaran fasa akan berlaku, kita sekurang-kurangnya prihatin bahawa ia boleh dan akan berlaku. 

Jika kita menggunakan kitaran ekonomi dan faktor bekalan dan permintaan seperti di atas untuk meninjau pasaran hartanah Malaysia, apa pendapat anda tentang hasil analisisnya?

Razali Razman ialah penulis ebook Panduan Asas Saham dan buku Panduan Bijak MelaburPetua Pelabur Tersohor dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Klik pada mana-mana tajuk buku untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kaedah pembelian.

PERCUMA: Risalah 16 Sifat Value Investor Hebat


Untuk mendapatkan eRisalah percuma ini, pergi ke laman Facebook Labur Niaga dan tekan butang Like serta maklumkan saya pada bahagian ulasan (comment). Saya akan hantarkan fail menerusi Facebook Messenger. Jika tiada akaun Facebook, anda boleh emel saya di razali@laburniaga.com dan saya akan menghantarnya menerusi emel.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Tn. Razali,

berdasrkan tinjauan saya menrusi google, pasaran hartanah di Malaysia belum pernah ada signifikasi kejatuhan harga. Malah pasaran harga terus menaik dalam kadar yang steady.
Pada pendapat saya, trend sebegini adalah merbahaya kerana dengan kadar kos sara hidup yang meningkat dan kesan kadar inflasi pada ringgit, peluang rakyat Malaysia untuk mlabur dalam pasaran hartanah mungkin terhad.

Malaysia berpotensi tinggi untuk menghadapi krisis sub-prima seperti di Amerika pada 2008.

Unknown berkata...

Pandangan saya pula ialah krisis seperi krisis subprima ada kebarangkalian tetapi kecil.
Kemungkinan lebih besar sikit ialah harga mendatar/menyusut sikit selama beberapa tahun
Segmen mewah dan pejabat dijangka mengalami kejatuhan lebih besar manakala segmen bawah RM500,000 tidak terjejas.
Itu pandangan saya tapi kita tidak boleh ketepikan sama sekali krisis berlaku jika situasi global/tempatan meruncing.