Peluang bagi value investor untuk mencari nilai pada tahun 2015
Pada tahun 2014, beberapa indeks pasaran yang penting telah mengalami kemerosotan selepas rata-rata mencatatkan kenaikan kukuh selama 5 tahun.
Bagi saya, tiga indeks paling penting untuk diperhatikan ialah:
- FBMKLCI -- 30 syarikat dengan modal terbesar di Bursa dan menjadi indeks rujukan utama bagi pasaran Malaysia;
- FBM Emas Syariah -- merangkumi kebanyakan syarikat patuh syariah di Malaysia, dan
- FBM Small Cap -- yang mengukur prestasi syarikat bermodal kecil.
shareinvestor.com.my
Pendek kata tiga indeks ini memberikan gambaran tentang saham bermodal besar, keadaan pasaran keseluruhan bagi saham patuh syariah dan juga prestasi syarikat bermodal kecil.
Berikut adalah prestasi ketiga-tiganya pada tahun 2013 dan juga 2014:
Ternyata pada tahun 2014, FBM KLCI telah jatuh dengan peratusan paling besar sebanyak 5.68%. Untuk tempoh dua tahun pula, indeks ini mencatatkan kenaikan hanya 4.32%. Manakala untuk tempoh dua tahun lepas, saham bermodal kecil mencatatkan prestasi terbaik dengan pulangan 30.51%.
Perkara ini tidak menghairankan kerana saham bermodal kecil telah naik di peringkat akhir bull market sedangkan saham besar yang menjadi komponen FBM KLCI melonjak terlebih dahulu di peringkat awal bull market.
Bagi tempoh lima tahun antara 2009 - 2013, pasaran saham secara keseluruhan telah mencatatkan kenaikan ketara. Justeru mungkin sukar baginya untuk menjana pulangan yang sama tinggi bagi tempoh 2014- 2018.
Pelabur perlu amat berhati-hati dalam membuat pemilihan dan timing pelaburan mereka dalam tempoh yang mendatang.
Bagi seorang value investor, tahun 2015 membuka peluang bagi pelabur setelah lama kebanyakan saham berada di paras yang tinggi dan 'mahal' dari segi nilai. Sudah mula nampak nilai berpatutan di pasaran dan kemungkinan besar lebih banyak saham berkualiti boleh didapati dengan harga menarik pada tahun 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan