Baru-baru ini, Tabung Haji telah mengumumkan bonus untuk para pendeposit bagi tahun 2014. Bonus yang diumumkan ialah Bonus Tahunan 6.25% untuk semua penyimpan dan juga Bonus Haji 2% bagi mereka yang belum menunaikan Haji, sehingga simpanan maksimum RM9,980.
Ini bermakna pulangan 6.25% + 2.00% akan diterima oleh mereka yang belum menunaikan Haji, dan hanya untuk jumlah RM9,980 dalam simpanan mereka.
Bagi mereka yang telah menunaikan Haji dan juga untuk tabungan lebih tinggi daripada RM9,980, pulangan yang diterima ialah 6.25%.
Berikut adalah kaedah pengiraan yang diterangkan oleh TH:
Dari segi sejarah, kadar 6.25% adalah antara bonus yang tertinggi, dan jika anda belum menunaikan Haji dan simpanan anda berjumlah RM9,980 atau lebih rendah, maka bonus 8.25% yang anda terima adalah yang tertinggi dalam sejarah.
Sebagai contoh pengiraan, jika anda memiliki RM20,000 dalam akaun sepanjang tahun 2014. Bonus yang akan anda terima ialah:
(9,980 x 8.25%) + (RM10,020 x 6.25%) = RM1,450
Pada tahun lepas, saya ada menulis artikel mengenai topik yang sama dan memberikan contoh jumlah pulangan yang diterima pada akhir 2013 jika anda menyimpan RM10,000 pada 2003 dan tidak menambah apa-apa. Pulangan terkompaun bersih yang dicatatkan ialah 5.43% setahun.
Pada tahun ini, saya menggunakan jadual yang sama dan menambah pulangan bonus yang diterima pada tahun 2014.
Tahun
|
Nilai Awal (RM)
|
Pulangan (%)
|
Nilai Akhir (RM)
|
2003
|
10,000
|
4.00
|
10,400
|
2004
|
10,400
|
4.30
|
10,847
|
2005
|
10,847
|
4.50
|
11,335
|
2006
|
11,335
|
4.75
|
11,874
|
2007
|
11,874
|
5.00 + 2.00
|
12,705
|
2008
|
12,705
|
5.00
|
13,340
|
2009
|
13,340
|
5.00
|
14,007
|
2010
|
14,007
|
5.50
|
14,777
|
2011
|
14,777
|
6.00
|
15,664
|
2012
|
15,664
|
6.50 + 1.50*
|
16,883
|
2013
|
16,883
|
6+
|
17,895
|
2014
|
17,895
|
6.25+
|
19,013
|
(Baki minima bulanan dari Jan 2006 hingga Dis 2012/84 bulan) x 1.5%
+Saya mengambil kira hanya bonus tahunan kerana itulah yang diterima oleh semua pelabur
Bermula dengan simpanan RM10,000 pada awal tahun 2003, selepas tempoh 12 tahun anda akan menerima RM19,013. Pulangan terkompaun yang dicatatkan ialah 5.5% setahun. Kadar ini adalah pulangan bersih kerana TH telah membayar zakat untuk pendeposit.
Segala pelaburan anda, sama ada emas, saham, hartanah dan sebagainya, boleh ditanda aras (benchmarked) dengan pulangan TH.
Jika dalam jangka panjang anda tidak dapat menghasilkan pulangan terkompaun bersih (selepas menolak zakat) sebanyak 5.5% setahun, maka ternyata lebih selamat untuk simpan sahaja di dalam TH kerana risikonya jauh lebih rendah daripada pelaburan lain.
Nota: TH ialah kaedah tabungan saya kerana patuh Syariah dan memberikan pulangan terbaik dengan risiko yang amat rendah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan